Ayam Kicap

Kes mama terbeli kicap manis ABC, seminggu ni tiap-tiap hari Naim minta saya buatkan ayam kicap. Minta berkali-kali selagi dia tak dapat makan. Rajin pula tolong kat dapur, dia ambil sendiri kerusi, panjat dan tunggu tepi mamanya masak. Nampak bahaya, saya marah dia supaya beredar dari dapur, makan meraunglah Naim. Kemain gembira Naim bila saya bagi dia peluang tuangkan kicap kepada ayam yang dah masak tu. Siap dia nyanyikan lagu dalam iklan tv lagi.
sumber: google

Hai budak-budak. Kagum saya, macam mana dia hafal lagu iklan kicap manis tu. Mamanya baru kali pertama beli kicap ni. Masakkan ayam kicap untuk dia setiap hari dah seminggu ni dah habis kicapnya. Kalau tahu Naim suka sangat, tentu saya dah beli yang botol besar. Ni tak, botol kecil ni, wajarlah cepat habis.

Lagi satu, sejak Naim suka sangat makan ayam kicap ni, makan nasi pun ada bertambah sikit. Alhamdulillah, lega saya tengok dia seminggu ni. Sebelum ni, kalau makan nasi memang ciput. Diberi benda lain, macam buah, sayur atau ayam je dia boleh pula makan banyak. Jadi, memandangkan dengan kicap manis ni anak dah suka sikit makan nasi, kicap pun kicaplah. Hari hari menu lauk wajib ialah ayam kicap pun ayam kicaplah. Janji anak suka.

Lagipun masak ayam kicap Naim ni tak payah pun. Goreng ayam macam biasa, bila dah masak, tuangkan kicap manis ikut kesesuaian dan hidangkan. Naim ni, kalau seminggu ni sampai habis stok ayam dalam peti sejuk tu. Kalau hari biasa, kami makan paling banyak pun seekor ayam je untuk seminggu. Kalau berterusan pesen ni, macam Nampak gayanya kena tambah ayam dua ekor seminggu. Barulah faham situasi orang yang ada tiga empat orang anak remaja yang dalam senarai belian mingguan diorang empat ekor ayam atau enam ekor ayam. Tak mustahil. Budak-budak memang suka ayam. Diorang tak kenal erti muak macam kita yang dewasa ni.. Ikan tak pandang pun bagi sesetengah budak, kan?

Comments

  1. Kicap ABC ni manis sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin bg Naim sedap kot...tu yg heran tak jemu dia makan berkali kali

      Delete
  2. Hihihi. Kami bertiga pun 2 ekor ayam. Tu pun masak simple2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...mmg biasa rupanya.. saya selalu makan ikan. Kalau masak ayam untuk naim dan papa. sebelum ni, cukup je sminggu seekor, ni Nampak gayanya mmg kena ikut shopping list mama adam..

      Ni belum lagi Naim dan Nazif sekolah, kan? Umur remaja nanti agknya saya kena beli 4 ekorlah kot?

      Delete
  3. I pun like masak kicap jugak tau AN, bukan Na'im sorang je hehe...
    Tulah AN .... Hari tu beli ikan kat Aeon 2 ekor tuk lauk ptg tu....kes jemu asyik mkn ayam je le...Yg tak bestnya baulah pulak, nmpk rupa mcm ok.... Potong betul!

    ReplyDelete
  4. anak saya tak suka ayam...dia suka ikan keli...hari-hari pun takpe..

    ReplyDelete
  5. La... kalau anak-anak kakak memang kicap manis kena ada Aisy. Tapi rumah kakak kicap kipas udang yg merah tu. Makan asam pedas pun curah kicap sikit baru sedap.

    Naim kalau dtg rumah auntie tak susah sebab rumah auntie kicap manis sentiasa ada stok. Ayam pun no problem. Boleh geng dgn kakak-kakak rumah auntie tau:)

    ReplyDelete
  6. Yeay, dah jumpa makan kegemaran Naim... makin berisi la Naim lepas ni...
    Kalau Danish, makan apa2 pun kena letak kicap... kalau nak suruh dia makan banyak, kena suapkan... kalau dia suap sendiri, lauk pauk aje la yg habis...
    wah, ayam seekor tahan seminggu? Jimat tu... kalau kami, seekor baby chicken tu utk sehari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Mmg jimat kalau tgk gitu. Tp makan kat luar tetap juga jadi aktiviti di kala ketidaklaratan dan malas...

      Delete
  7. Dulu org pki kicap ni kat qatar beli kat kedai indon sbb sana xde kicap. Tp sy setia angkut kicap dr sini bawa qatar. Mmg x lalu mkn jenama lain. Blk sini terkejut kicap indon pun ada dlm iklan sini.. Hihi

    Anak sy pun suka mkn ngan nasi kicap tu cuma jarang sy beli sbb manis.

    ReplyDelete
  8. Pernah try masa balik kampung hari tu..tak bolehla..manis sangat..mungkin budak2 suka kot..

    ReplyDelete
  9. Sama la ngan anak2 I.. suka sgt dgn ayam, klu masak daging, terkulat2 nak abiskan.
    Nak cuba gak la kicap ABC tu..

    ReplyDelete
  10. kalau masak mee goreng pun sedap kicap ni.

    ReplyDelete
  11. anak sy kalau tanya hari ni mkn apa kat taska. mesti mkn nasi lauk kicap jawabnya

    ReplyDelete
  12. ayam kicap saya pun boleh hari2, tambah sikit halia dan bawangs putih and besar, fuhhh nak sedap lagi letak cili padi. Papa JJ pun hantu ayam kicap ni, dulu masa kat kl mmg faveret saya abc ni tapi sini payah la nak dapat, still mencuba kicap itu ini belum dapat yang setaraf abc.

    ReplyDelete
  13. ooo..iklan yg Syanie balun ayam grg tu sampai licin ya?

    ReplyDelete
  14. Okla kalau anak minat makan, layankan jela dari dia xnak makan lagi kita pening kan :)

    ReplyDelete
  15. mesti sebab mamanya masak tu yg lebih berselera naim makan tu,air tangan mama mmg takde tandingan.

    selagi anak suka kena la masakkan, seronok tgk klau anak makan bertambah

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?