Tahniah, korang HOTS!

HOTS? Apa tu? Pernah dengar pasal HOTS ni? Meh nak ceritakan pada korang. Bagi yang dah tahu  baguslah, boleh komen untuk tambah info kat sini.

Asalnya saya dapat ilham nak menulis pasal HOTS ni bila membaca kesemua 14 komen untuk entry sebelum ni. Bagi saya, luar biasa tu, jarang sekali saya menulis di mana saya sendiri anggap santai dan memang sekejap sangat masa penghasilan entry tersebut, tetapi mendapat komen yang membina dan menunjukkan pencapaian Higher Order Thinking Skills (HOTS). Kalau komen sebegitu, di entry yang saya memang buat kajian dan fikir panjang nak menulisnya, saya tak hairan sangat, sebab patut pun. Kalau tak, kecil hati saya, beriya menulis siap ambil masa beberapa kali simpan baru siap, tapi korang komen  sepatah je , " Setuju", "Ya, Betul tu". Eh, ke korang tak perasan pun saya tulis tu ? Nampak sama je semuanya? Alahai, nak merajuk tak nak menulis lagilah.......

HOTS ni sebenarnya bermaksud , pemikiran logik, reflektif, metakognitif, dan kreatif kritikal. Mereka diaktifkan apabila individu menghadapi masalah yang tidak dikenali, ketidaktentuan, soalan, atau dilemma. (Rujukan : http://childrenthinkingskills.blogspot.com/p/high-order-of-thinking-skills.html)

Ayat macam tu, saya pun tak faham maksudnya dengan jelas. Kita mudahkan, supaya semua boleh faham apa perkara ni sebenarnya. Tengok dulu carta ni ya..


Ini bendanya, kebanyakan dalam situasi sekarang, murid kita menguasai kemahiran rendah dari segi berfikir. Anak-anak kita cenderung untuk menghafal, memahami dan sebilangan sahaja mengaplikasikan apa yang dipelajari mereka.  Tak ramai yang menunjukkan penguasaan aras tinggi iaitu dengan menganalisis, menilai dan apatah lagi mencipta sesuatu yang baru berdasarkan ilmu dan bahan yang sedia ada.

Di Malaysia ni, setakat ini, HOTS ni sangat dititik beratkan melalui mata pelajaran Sains dan Matematik. Subjek lain pun ada juga tau. Dah beberapa tahun, murid PBS diuji dengan set soalan yang dikeluarkan oleh PISA ( PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh dunia.) untuk mata pelajaran Sains dan Matematik.

Sumber : sini

Nampak tak kedudukan Malaysia di nombor 57 tu? Itulah yang kita sedang nak membuat penambah baikan supaya bukan sahaja mencapai kedudukan yang lebih baik, malah murid kita, anak-anak kita ni lebih menguasai pemikiran aras tinggi dan boleh mempunyai kehidupan yang lebih baik serta secara tak langsung dapat menyumbang kepada kemajuan negara.

gambar : sini

Paling senang cakap ini melatih kemahiran berfikir di luar kotak. Murid bukan sahaja tahu menyelesaikan apa yang dihafal tetapi jika didatangkan dengan pelbagai masalah, mereka masih mampu nak mencipta penyelesaian. Sekali gus, kemahiran ini boleh diaplikasikan dalam situasi hidup seharian..


Jadi, terima kasih semua yang menguasai HOTs ni.. Mama, Mummy, Ibu , Ummi semua dah HOTS, anak-anak kita pun InsyaAllah menguasai HOTS di sekolah dan kehidupan seterusnya..

Comments

  1. woo baru tahu apa tu HOTS.TQ cikgu perkenalkan sy dengan istilah ni.hehe

    Insyaallah semoga kita semua menjadi blogger HOTS,mak yang HOTS dan melahirkan anak2 yg HOTS belaka.haha

    ReplyDelete
  2. Susah jugak nak mencapai HOTS ni aisy tapi tak mustahil jika kite melatih diri untuk ke arah itu sewaktu mengajar anak2

    ReplyDelete
  3. Malaysia di tangga ke 57 ya untuk Maths? Napa tak suruh saya masuk join sekali? Sap,sap soi saya tolong upkan lagi tangganya :) Menyentuh pasal entri AN semalam tu, saya baca balik reply AN. Saya ni nak kata perfectionist pun tidak juga kot. Dalam hal ni nak perfect, dalam hal tu tak pulak perfect :) Tapi yalah, membimbing anak-anak sekarang ni dalam pelajaran memang sukar. Saya tak mahu memaksa anak tapi dalam masa yang sama saya nak dia berjaya dalam bidang yang disukainya. Susah pulak rasanya...

    ReplyDelete
  4. mari kita hot hot kan diri kita.. hihi

    ReplyDelete
  5. kat uni pun masih guna kaedah mengingat utk jwb soalan. sy memang lemah bab mengingat..tp mengingat penting. sangat penting. sgt kagum dgn penhafaz..

    ReplyDelete
  6. Baru baru ni Papa Zir ada bacakan sesuatu tak ingat kat mana rasanya dalam Whatapp..... berkaitan pasal nilah soalan dengan gaya pemikiran aras tinggi, mengajar murid murid pasal konsep...macam macamlah dia cerita, sama mcm yg awak tulis ni AN.....bini dia pulak, dengar mcm tak dengar maklum le penanam anggur hehe....

    ReplyDelete
  7. HOTS… ilmu baru bagi saya ni… Terima kasih atas perkongsian :)
    Kalau masalah Maths, mmg perlu kepada critical thinking… kalau sekadar hafal apa dalam buku, belum tentu pelajar dapat menyelesaikan masalah dengan baik…
    Harapnya M'sia dapat naik ke angka yang lebih baik pada masa akan datang :)

    ReplyDelete
  8. setuju dgn pendapat nurbijen..sama juga kalau kita menghafal satu lirik lagu..just untuk menghiburkan sahaja..dan tidak cuba berfikir macam mana penghasilan sebaris lirik yang sedap didengar dan tidak sumbang..sebaris ayat nurbijen..sekadar hafal dlm buku blum tentu dapat menyelasaikan kalau kita tidak berusaha untuk berfikir jalan penyelasaian..terutama Maths..
    thanks AN atas perkongsian info HOTS..mudah2an kita semua mnjadi seorang bloggers dan ibu kepada anak2 yg mengcapi HOTS ni...:)

    ReplyDelete
  9. HOTS atau KBAT. .kemahiran berfikir aras tinggi

    ReplyDelete
  10. baru zizie nak perasan diri ni hot.. kuikuikui.. patut la sains dan math dititik beratkan melebihi subjek lain.. nice info kak.. takpernah tahu pun.

    ReplyDelete
  11. Semua kena HOTS nampaknya sekrg hihi ;)

    ReplyDelete
  12. ini baru betul2 HOTS...bkn artis hots,gosip hots,radio hots hehe

    ReplyDelete
  13. ooo semoga semuanya menjadi HOTS ye....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1