Mindset

Hari tak kerja ni, rasa malas pula saya nak masak. Pagi-pagi lagi tinjau dapur, memang terfikir apa nak dimasak, tapi dalam otak ni macam katakan yang hari cuti tak apa lewat sikit. Bagi peluang anak-anak tidur lama sikit. Tunggu diorang bangun baru tanya, apa nak makan..

Ahmad Naim

Saya tengok nama Naim berada di kedudukan pertama dalam senarai kelas dia. Dah maknya letak nama mula dengan huruf A, nasib kamulah Naim..mesti kalau apa-apa, Naim akan jadi yang pertama dipanggil.

Lagipun, jadi yang awal lebih baik daripada yang terakhir, kan? Taklah lama berdebarnya kalau kena temuduga atau lain-lain hal yang kena menanti. Berdebar tu, lagi-lagi kalau kena tunggu lama. 

# Apa-apa pun mindset kita kena sentiasa positif. Giliran awal ke akhir ke ada kelebihan tersendiri. Masak pun sama. Bila positif kita pasti ceria...

Comments

  1. minos lagi.. hihih,,, peganti angry bird yang fenomena dulu.. hihi

    ReplyDelete
  2. masa Aniq lahir dulu pun orang suruh letak nama yang mula dengan huruf A.. Hurm..saya pilih Aniq lah..hehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah duduk paling atas..
    betul tu..
    selamat hari ahad

    ReplyDelete
  4. hehe..saya ni start dgn w..tapi saya suka:)betul tu kat mana pun kita,kna sntiasa positif

    ReplyDelete
  5. jd org berhuruf A lg berdebar rasanya.. mcm nina tunggu sampai N baru nk gelabah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je gelabah rasanya.. pandai2 la naim sesuaikan diri nanti

      Delete
  6. ahmad naim!!sama macam nama suami sy ahmad naim jugak..hehe
    memang dlm kelas orang yg pertama kena panggil,
    sy mula dgn huruf F, jd antara yg terawal jugak la, sokmo berdebar...kikiki, tp best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh... sama nama dengan suami awak pulak.. haa.. nama yg baik orangnya oun baik2 kan

      Delete
  7. Anak2 saya pun mmg mula dgn huruf A… tapi masa Irfan sekolah dulu, nama dia no 4 sbb ramai lagi AHMAD yg lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa...kls naim setakat ni xda ahmad lain.. dialah yg ke depan sekali. Masuk ke sek rendah nanti lain la pula kot..

      Delete
  8. akak pun letak nama anak2 huruf A, nampaknya semua kena dipermulaan,tp taktau lah mcmmana tu...abg adam 1st skool hari,x dpt hantar,en.azmi kata buat hal juga tu xnak duduk kat kerusi..berdiri je..adoiii

    ReplyDelete
  9. Tapi dulu masa kecik kecik...seram tau kalau nama kena cepat kena panggil...lagi lagi kalau giliran nak kena injek ke...check gigi ke hehe...mmg seremlah

    ReplyDelete
  10. Sama aje macam OKje kata, kalau dulu nama dipanggil dulu memang meremang-remang bulu roma...takut betul. Paling best yang di tengah-tengah kot :) Betullah AN, asal berfikiran positif semuanya pasti baik belaka hasilnya.

    ReplyDelete
  11. awal la bagus..duduk depan la klu mahu kedepan..sbb tu nama anak sy dua2 mula huruf A..mmg nak depa dok depan bila periksa, nama teratas dalam kelas nti..:)

    lg2 anak mama ni dua2 nama ahmad,lg depan la..yg penting mindset kan..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1