Bersteamboat Pak Usu
Sabtu, seharian berjalan. Pelbagai urusan alhamdulillah berjaya diselesaikan. Penyudahnya hampir pukul 6 petang kami berada di Seksyen 13 Shah Alam menikmati stimbot Pak Usu.
Dah lama juga kami tak ke restoren stimbot, dengan famili kecil kami ni je. Masa balik kampung hari tu ada pergi makan stimbot di KB tapi saya tak kisah mana sebab kalau dengan famili saya ikut, saya macam bos besar, boleh duduk dan makan je. Anak-anak ada yang menjaga masa tu. Ini kalau makan dengan famili kecil kami je, elok makan benda lain, kecuali memang teringin macam semalam je, baru boleh datang.
Risau tu.. bahaya di kedai stimbot ni. Kami ada pengalaman dah. Ingat lagi masa Naim kecil, disebabkan dia mengamuk, ditendangnya meja dengan pada masa tu ada periuk berisi kuah tomyam yang sedang mendidih. Terkedu seketika bila lihat isi periuk, periuk dan dapur bertaburan di lantai. Kuat kuasa tendangan budak lelaki dua tahun masa tu! Ikutkan hati nak saja terus balik lepas kejadian, tapi Papa N kata alang-alang dah datang, makan jelah dulu. Maka, masing-masing pura-pura tak ada apa-apa berlaku dan makan je macam biasa selepas pekerja datang gantikan peralatan. Mujur tak ada yang terkena kuah panas tu. Naim pun terkejut agaknya, lepas tu berkelakuan baik pula. Masa nak bayar tu, saya tunggu rapat je belakang Papa N sambil bersedia dengan beg duit. Mujur kami tak dikenakan bayaran ganti rugi, cuma bayaran macam biasa.. lega selamat duit.
Berbalik kepada kisah semalam. Setengah jam pertama berlalu tanpa apa-apa. Kedua Ahmad ni duduk elok, makan tembikai, agar-agar dan bebola. Semua senyum elok je sambil memuji sedap. Memang ikut perangai papa diorang, suka betul Naim puji makanan yang sedap. Kalau boleh memang tanya nama tukang masak lagi kalau dia makan benda yang sedap. Lepas tu angkat tangan tanda terbaik makanan tu.
Alhamdulillah dapat kami makan tanpa risau. Persekitaran di restoren ni sesuai, jadi lepas kenyang kedua Ahmad masih lagi terkawal.
Dah makin matang agaknya diorang ni. Haha..
Komen daripada pengomen tetap, a.k.a Papa N, dari segi rasa keseluruhan, stimbot kat sini sederhana je. Tempat yang kami biasa makan lagi lebih sedap. Tapi kelebihan makan di Steamboat Pak Usu ni, makanan untuk
grill kita tak payah sediakan sendiri, ada pekerja bertugas jadi kita pilih je makanan yang kita nak grill kemudian serahkan kepada pekerja tu dan akan dihantar semula makanan yang siap ke meja kita. Sesuai sangatlah dengan orang yang ada anak kecil, memudahkan kita kan?
Satu yang saya perasan, entah apa yang masin menyebabkan kita nak minum banyak air semasa makan tu. Naim ni lagilah, sebelum makan dia dah sedut secawan air, kemudian tambah lagi beberapa cawan. Lepas tu berkali-kali minta nak pergi ke tandas. Mujur Papanya tak kisah melayan Naim ni. Tapi, akhirnya terkucil juga dalam seluar bila kami ingatkan dia main-main nak ke tandas buat kali ketiga. Naim...tapi taklah basah lencun seluarnya, sikit je terbasah.. dia sedih je lebih. Tapi tak insaf juga, lepas tu masih lagi minta nak minum air..
Semalam yang penuh peristiwa. Hasrat saya tercapai. Kerja penting selesai urusannya. Nak beli barang untuk Naim dah jumpa. Nak makan stimbot pun dapat. Nak bersolat di masjid baru di seksyen 13 juga tercapai. Alhamdulillah atas kurniaanMu Ya Allah.
wah sedapnya mkn stimboat. dah lama tak mkn. wah pahit betul kenangan tu. hebat jgk naim ni
ReplyDeleteMood dia tak elok masa tu...
DeleteAlhamdulillah.. semua hajat akak tercapai. kuat juga naim tendang meja. hehe. lama nina xmakan steamboat
ReplyDeleteseharian berjimba nmpknya..anak2 pun dah besar dah molek perangainya bila makan..sng la nk mkn kt luar..sy blom masanya lagi..klu mkn kt luar rasa macam tak kenyang plak melayan bambam yg makn aktif..kt opis skang pun kemain ligat..letih mak!hehe
ReplyDeleteHaha.. kami pun sama juga. Kalau boleh elakkan makan kat luar... ada masa diorang ni ok ada masa mmg mamanya makan macam tak masuk ke perut pun, duk asyik mengejar je.. cuma kena plan masa keluar tu.. kena bg diorg tenang dlu
DeletePak usu steamboat tak penah try lagi...mmg betul kalo kits mkn benda madin mmg nak minum air jek...
ReplyDeletepenah sekali makan steambot kt flamingo tp lepas tu taknak pegi dah..kena tunggu anak besar dulu lah..risau dgn periuk yg panas dan wayar yg berselirat...hehehe
ReplyDeleteBukan mudah kan AN nak enjoy makan-makan dengan anak-anak. Yang paling kelam kabut dah tentulah emaknya. Saya pun memang selalu macam tu. Rasa nak tercekik-cekik makanan kat tekak tak sampai2 ke perut nikmatnya. Nak buat macamanakan? Nanti bila mereka dah besar, kita pulak rindu keletah lelebih mereka masa kecil2 ni. Alhamdulillah, semuanya dapat ya :)
ReplyDeleteWow....macam sedap je tu..
ReplyDeleteMahal ke idak AN? Sekepala berapa yeh?
RM 29 sekepala..
Deletehaa dah agak, panjang I taip komen entry ni duk rasa dah ianya hilang somewhere huhuhu.
ReplyDelete