Mama dah pandai masak nasi

Haha... tajuk macam entry daripada seorang isteri yang baru mendirikan rumah tangga pula hari ni. Padahal setiap hari pun kalau tak penat memang saya masak di rumah.

Ini nasi yang tengah hangat di dapur saya. Nasiblah Papa N dan anak-anak makan nasi arab ni sepanjang hari ni. Beras setengah kilogram ni biasanya untuk lima orang makan. Jadi jimat tenaga saya di hari cuti ni, masak nasi sekali je nampaknya..

Saya rendam beras ni seawal pukul 6.45 pagi tadi. Pukul 8.30  tadi saya toskan beras dan lepas tu terus saya bersiap-siap untuk masak nasi ni. 

Ikut kiraan saya, ini dah kali kelima saya masak nasi arab dengan rempah siap yang dibeli dengan set beras panjang ni. Memang mudah je cara masaknya, sepatutnya siapa pun memasaknya pasti akan sedap nasinya. Apa taknya beras dan rempah dah siap, kita cuma perlu rebus air ikut sukatan dan masukkan rempah dan beras. Tapi, kali pertama saya buat agak masin dan cubaan kali kedua pula lembik berasnya. Entah kat mana silapnya.

Saya masak lagi untuk kali keempat pada hari Sabtu minggu lepas, Papa N memuji sedap dan katanya " Mama dah pandai masak nasi". Haha... nampak sangat jenis suka masak ikut suka hati je kan? Bila dah tahu teknik sepatutnya, hari ni pun saya gunakan lagi untuk masak kali kelima. Alhamdulillah menjadi elok sebagaimana korang tengok tu. 

Nak sediakan lauk pula ni. Rasanya saya nak sediakan ayam masak merah dan acar timun sahajalah nampaknya untuk makan tengah hari ni. Untuk malam saya fikir lain pula. Nasi sama tak pe, lauk kena lain. Kalau tak tak abis nasi nanti...yang kelakarnya Papa N tak komen kalau tak sedap, tapi saya tahulah kalau masa dia makan tu, sikit je dia habiskan. Kalau sedap, meleretlah pujinya.. Katanya, ada seorang kawan pesan macam tu masa mula-mula kawin dulu. Tips nak galakkan isteri rajin masak.. haha.. korang tryla..

Comments

  1. amboi pandai AN masak nasik arab..bagus juga ye beras dah siap rempah ni.sy selain nasi putih,nasi lemak,nasi ayam je pernah msk..yg lain tak pernah.haha

    bagus tips tu..tp en suami selalu komen ikhlas..sedap puji kaw2..tak sedap takdelah hentam kaw2,cuma ikhlas cakap kureng sikit sedap.sy no hal sedap tak sedap tetap rajn masak.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. saya pulak ada masanya merajuk kalau dikomen.. haha. Padanla suami diam..tau dah pael bini dia ni..

      Mana pandai ..percubaan ke4 baru hasil memuaskan.

      Delete
    2. yelah suami lebih kenal peel isteri..sy tak mudah tersentuh klu dikomen bab masak..klu masak tak makan baru sy marah.klu tak nak makan ckp siang2 tak payah ssh2 nk msk..haha

      klu dengan aiman sng je, goreng telur mata ngan kicap pun jalan.hehe

      Delete
  2. wah dah pandai masak nasi arab..terernya akak baru bercadang nak ajak hubby makan nasi arab..sebab xreti nak wat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... makan di kedai lagi banyak pilihan...

      Delete
  3. hihi..pandai..bukan mama..papa naim:)

    ReplyDelete
  4. wah panjangnya nasi..beras basmathi ye..guna jenama apa ye..?
    nak try jugalah selalu beli yg halus tu..yg panjang tak jumpa lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beras ni saya tak tahu jenama apa kak. Sebab mmg masa beli dah ada sekali berasnga dan tak ada pula label pada paket beras. Lain kali saya tanyakan kalau saya beli lagi

      Delete
  5. cantiknya nasi arab u, berselera tengok. owhh gitu yer, kalau sedap puji, kalau kurang sedap... diam diam telan. hehehe bagus la jugak, at least u pun dah faham kan. apa pun, air tangan isteri la yg termahal, sedap tak sedap belakang kira. miss u.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks....

      haha..akhirnya Mama JJ kembali.. tak sabar nak dengar kisah masa balik kg...

      Delete
  6. panjangnya nasi..basmati jenis apa yg AN guna,sempurna nampaknya kejadian nasi arab ni..resepi takde ke AN ? boleh try :)
    hehe sapa lagi nak puji kalau bulan encik hubby kan ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda resepi..beli yg dah siap..rebus je ni..

      Delete
  7. Ok la kalau papa suka puji masakan mama.. kalau si abah kat rumah ni, jangan harap la nak puji apa yg bini dia masak… kalau tak sedap, baru la dia komen… kalau tak komen dan tgk dia makan bertambah, kita buat kesimpulan sendiri yang dia suka dgn apa yg kita masak…. kalau tanya, mmg tak mengaku laa…. org lelaki kan ego… pernah depan tetamu dia boleh kata kenapa sup ni tak rasa apa pun? Haa, mau tak sentap…. tapi buat2 tak faham aje la… dah perangai dia mcm tu… dah 9 tahun hidup bersama… ekekeke
    Bagus nyer ada pek nasi arab mcm tu… boleh masak sendiri kat rumah… saya pun dah lama teringin nak masak nasi arab, tapi sampai ke hari ni terbuat lagi… tgk nasi AN tu terliur pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara setiap orang tak sama kan? Suami Nur mungkin jenia yg macam tu.. tapi Nur dah faham dia kan..itu yg penting. Saya pun dah 5 tahun ni faham sangat dah si dia ni. Ada masa tu buat2 xtahu je, kalau fikir sangat mmg tak aman..

      haha.. bila balik nanti makan puas2 k... sorry buat orang jauh berkenan pulak...

      Delete
  8. assalam AN..apa nama beras tu AN...memang cantik..panjang2..
    suami acik pun jenis tak suka puji AN..tak pernah dia puji..bila dah ada anak2 baru la tau sedap ke tidak apa yang acik masak.

    ReplyDelete
  9. Wahhh AN dah pndai masak nasi Arab rupanya...beras apa yg AN guna ya..?? Akak Pn nak bljar buat jugaklah..

    ReplyDelete
  10. umy saya pandai masakan arab, tp anaknya ni xsuka..ntah kenapa..

    ReplyDelete
  11. nak juga la yg instant macm ni.
    sy setakat ni nasi pelik pelik jrg masak. habis kuat nasi ayam. sbb kalau nasi lain suami kureng. lebih baik beli je.sbb mkn pon berdua. kdang kdng nasi lemak sy buat, cikabe mkn cikit je. selebihnya sy la kna habiskan.

    kalau style suami sy pulak lain. dia akan habiskan apa yg dimakan tu, pastu dia ckp tak sedap. maknanya sedap la tu. terbalik kot. hihi. tak pon dia akan ckp nti masak lg mcm ni. maknanya sdap dan mnjadi la tu. dia jrg nk puji. kalau puji binik dia mula la kembang semngkuk. haha. pastu bla buat lg pasti x dpt sepeti seblm tu..

    ReplyDelete
  12. sedapnya akak.. nasi beras panjang ni kena pandai sukat air je akak.. memang sedap dimakan dgn ayam :)

    ReplyDelete
  13. en.azmi jarang puji kalu sedap tp selalu bg kritikan kalu tak sedap...sentap kejap

    ReplyDelete
  14. Saya selalunya masak nasi sekali sehari. Lauk kalau tak cukup (biasanya memang tak...) kena tambah menu lainlah untuk makan malam. Belum pernah cuba masak nasi Arab. Nak kena test try cuba juga ni. Kalau response bagus, senanglah hati saya tak payah fikir benda lain. Nasiblah menu sama 2-3 kali dalam seminggu :) Hubbydearie pun macam tu, tak pernah kata tak sedap walaupun kadang-kala saya rasa macam kurang aje.

    ReplyDelete
  15. Bestkan sesekali ubah selera masak nasi gini :D

    ReplyDelete
  16. Memang cantik tu... beras apa yg awak pakai AN? Basmathi cap apa yek?
    Dah teringin pulak nak makan nasi Arab hehe

    ReplyDelete
  17. nasi Arab..aduhai,time berpantang ni teringin nak makan macam2..nasi Arab + Ayam masak merah..marvellous...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1