Posts

Showing posts with the label Steamboat Pak Usu

Cerita pendek II

Image
Gaya sopan anak mama..  Padahal masa tu tengah main di taman mainan di Setia City Mall . Masa nak minum tu tiba-tiba dia duduk dan siap bagitahu lagi yang dia duduk dengan bahasa babynya.  Cita-cita murni walaupun nama cikgu ialah PUAN.....kononnya cuti tiga hari hujung minggu saya nak rajin menanda buku latihan karangan yang berjumlah 70 buah yang dibawa balik. Hasilnya , berjaya juga saya tanda(....). haha, biar saya je tahu jumlahnya. Lawakan nama budak ni? Dulu masa baru mengandungkan Naim, saya pernah senaraikan nama Aimy Dalila dan Iman Dalila sebagai nama anak kalau dapat anak perempuan. Haha, akhirnya rezeki Ahmad Naim... pic ; google Tercapai hasrat nak solat di Masjid NAZA di Seksyen 13 Shah Alam ni. Sebelum ke Pak Usu Steamboat , kami singgah solat Asar di masjid baru ni.  Berkenan tengok gambar di entry Zilla , alhamdulillah bila masuk rumah Allah ni memang menenangkan dan cantik dengan konsep GBI(Green Building Index)  yang...

Bersteamboat Pak Usu

Image
Sabtu, seharian berjalan. Pelbagai urusan alhamdulillah berjaya diselesaikan. Penyudahnya hampir pukul 6 petang kami berada di Seksyen 13 Shah Alam menikmati stimbot Pak Usu. Dah lama juga kami tak ke restoren stimbot, dengan famili kecil kami ni je. Masa balik kampung hari tu ada pergi makan stimbot di KB tapi saya tak kisah mana sebab kalau dengan famili saya ikut, saya macam bos besar, boleh duduk dan makan je. Anak-anak ada yang menjaga masa tu. Ini kalau makan dengan famili kecil kami je, elok makan benda lain, kecuali memang teringin macam semalam je, baru boleh datang. Risau tu.. bahaya di kedai stimbot ni. Kami ada pengalaman dah. Ingat lagi masa Naim kecil, disebabkan dia mengamuk, ditendangnya meja dengan pada masa tu ada periuk berisi kuah tomyam yang sedang mendidih. Terkedu seketika bila lihat isi periuk, periuk dan dapur bertaburan di lantai. Kuat kuasa tendangan budak lelaki dua tahun masa tu! Ikutkan hati nak saja terus balik lepas kejadian, tapi Papa N kata a...