Alternatif

Kebelakangan ni Naim minta nak makan roti bakar sebagai sarapan. Bab ni memang kena jaga, sebab mood dia akan berubah kalau semasa bersiap tu ada yang tak kena. Jenuhla nak pujuk kalau dia dah mula merengek. Nak dijadikan cerita, mamanya pun keluarkanlah pembakar roti yang lama tak guna. Dapatlah Naim makan roti bakar dengan jem pada hari pertama. 

Malang tak disangka, hari kedua Naim nak makan roti bakar lagi, tengok-tengok pembakar rotinya dah rosak. Adalah seseorang yang main dengan benda tu, rosak jadinya. Bila Naim dapat tahu, bendanya rosak sudah, menangis dia sekejap. Lantas saya pikir macam mana nak pujuk ni. Ditunjukkan mee goreng, tak nak pula. Alahai.

Tiba-tiba saya teringatkan alat pembuat wafer yang dah jadi harta karun, pernah guna beberapa kali je. Pujuk Naim dengan tunjukkan saya bakar roti kat dalam wafer maker. Haha.. jadi juga rupanya. Bolehla untuk pujuk Naim.

hasilnya.... 
Roti yang dibakar dengan alat pembuat wafer Trio.. kelakar tengoknya, tapi alhamdulillah Naim suka. Dah empat hari dia makan roti bakar macam ni. 

Nampaknya taklah saya kena perli beli tapi tak guna barangnya lagi kan? Naim dah tolong mama tau.. haha.. ok juga, lagi mudah disediakan dan mama tak payah susah hati, kurang-kurangnya sementara Naim nak makan roti bakar ni. 

# Saya tak nampak pun perkara ni menyusahkan atau payah. Biasa je. Sebaliknya saya rasa seronok Naim gembira nak ke sekolah. Siap dia tolong ingatkan esoknya ada sekolah, macamla mamanya tak tahu esok hari sekolah atau tidak. Layankan jelah apa yang dia nak makan dan baju apa dia nak bawa ke sekolah untuk dipakai lepas waktu belajar. Pasti cikgunya atau kawan Naim ni ingat Naim tak ada banyak 
baju. Apa taknya, dua helai baju bergambar kereta Lightnjng Mc Queen tulah yang pantang kering, pasti disuruh bawa ke sekolah. 

Comments

  1. wah bole cuba jgk ni. dah lama jgk wafer maker bertapa tu

    ReplyDelete
  2. kreatif aisy!! mane ade kelaka tapi nampak lagi cantik dan menarik pada lieya tau heheeheh...seb baik aisy terfikir nak pakai wafle maker tu...kalo tak merajuk laa naik tak dpt makan roti bakar peberet die yeak heheeheheh

    betul aisy, as long as buat anak kite hepi kite tak rase pun tu bende yg menyusahkan kite kan....good boy naim...rajin2 study key...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 lagi lieya.. saya dah happy kalau Naim seronok ke sekolah. Itu yang ikut je kehendak dia.. bab belajar tu biarla slow2 dulu...tak nak dia stress...di usia bermain2 lagi ni

      Delete
  3. Aisy... bijak².. ala² sandwich maker jugaklah kan... rangup pun rangup... Naim tak suka makan roti guna oven toaster ke?

    ReplyDelete
  4. Melayan keletah anak-anak ni memang kena bertabah selalu :) Nasib baik Naim tak buat perangai, janji dia happy nak ke sekolah. Nasib baik juga maknya cikgu, pandai juga psiko mengpsiko nih :) Tapikan AN, tak bolehlah pakai wafer maker tu untuk buat roti bakar. Mestilah nak pakai bread toaster jugakan.....tak nak beli baru ke? gilah shopping online...klik,klik aje pun...pakai baju kelawar dari rumah pun boleh....hehehe....(masalah kalau ada penghasut macam ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..akan diusahakan tu.. kalau tgk prestasi Naim ni ok dari segi nak makan roti bakarnya, saya usahakan la beli yg baru. Kalau tak, pakai jelah wafer maker tu je.. itu pun tak guna juga.. haha.. jimat2..

      Delete
  5. anak2 kecik mmg seleranya sellau berubah..ikut mood dia ja nak makan ke tak..kalau dia suka makan yg tu...hari lain pulak meragam tak mau makan..

    ReplyDelete
  6. Budak budak mmg cam tu kalau dah suka kat satu satu baju tu mmg sampai sudah dia pakai hehe.....sama le mcm budak kat sini AN....
    Buat le wafer pulak AN....pas tu mcm biasa lew tempek dalam blog hehe.... Buat Wafer pakai pembakar roti tu boleh tak......mesti tak jadikan...huhu Teringin pulak nak buat wafer hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. perlu kegigihan tu nak buat wafer. Bila lah tu saya nak bancuh tepung n telur...hihi..alasan malas...

      Haha.. pembakar roti buat wafer ya?

      Delete
    2. Yelah....dah tak de pembakar wafer tu ....hehe...tp teringin nak buat wafer....so pakai je pembakar roti....harus tak garing tengah wafer tu hehe...

      Delete
    3. Geng sekapal ni memang selalu aje belot kalau time masak-memasak. Lebih afdal kalau tak ikut cakap dia...hahaha....

      Delete
  7. Mcm muhammad suka roti bkr..
    nmpk comel aje tu..tak adalahh bnda tu tk di gunakkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..berbaloi juga beli...kalau x tersimpa je kat bawah

      Delete
  8. kreatif mama naim ni..

    ReplyDelete
  9. Acik punya pun dah rosak..acik guna yang permbakar yang kepit tu..jimat kan AN..tak yah fikir nak beli lain

    ReplyDelete
  10. Idea kreatif...saya follow sini ;)

    ReplyDelete
  11. haha. lawak la kak. tapi, kreatif.. nasib baik boleh selesaikan masalah. kalau tak, jenuh nak pujuk budak2 ni.

    ReplyDelete
  12. betul tu setakat nak melayan permintaan makan anak bukan susah mana.yg penting anak mau mkn..suka kesekolah dh besaq rahmat..nk pakai baju apa nak makan apa sediakan je la..

    kreatif plak roti bakar ada lubang2..yg penting bakar ye tak..nmpk pun comel..:)

    ReplyDelete
  13. Kreatif Mama Naim.. biarpun alternatif, lg menyelerakan roti tu, berpetak2 lagi!!. :)

    ReplyDelete
  14. untuk anak-anak,mesti ada je idea nak puaskan hati dorang kan..memang idea terbaik....

    ReplyDelete
  15. menarik juga kan.
    sapu jem pon menyelerakan kan

    ReplyDelete
  16. sesekali mmg kna kretif jugak..cam lya selalu potong roti keping ni bentuk love la, segitiga la..n mcm2 la..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?