Berakhirnya minggu yang buat sesak nafas
Assalamualaikum semua..
Harapnya korang semua sihat sihat je.. ada banyak perkembangan di blog rakan rakan yang saya terlepas ni, in shaa Allah akan saya tengok nanti..
Minggu terakhir sebelum mula cuti sekolah ni memang banyak betul kerja yang perlu diselesaikan. Dengan Nazif dan Naim yang payah nak tidur awal pula, memang terasa menguji kesabaran dan zon selesa yang ada. Apa taknya, makin mamanya sibuk, diorang pun makin berjaga malam. Pernah dua malam diorang ni tidur pukul 3 pagi, bayangkan lah korang..
Seronok betul rasanya hari ni sebab tak kena mengajar. Sekolah kami buat sambutan hari guru pada hari ni.. Walaupun kalut awal-awal pagi tadi kerana nak siapkan anak-anak sambil mengejar masa nak masuk ke sekolah sebelum pukul 7.20 pagi, tapi bila tak perlu mengajar, lain perasaannya.. Haha, memang terserlah ciri orang yang tak berapa rajin, kan?
Tengoklah muka-muka gembira para guru yang melihat persembahan anak murid. Tahniah kepada rakan comel yang memakai tudung berwarna biru dalam gambar di bahagian atas tu, Zilla yang dapat anugerah perkhidmatan cemerlang untuk tahun ni... Tumpang gembira..
Sekali setahun ni, enjoy our day..Pagi - pagi kami sempat alas perut dengan nasi lemak dan kuih yang ditaja oleh ibu bapa seorang pelajar tingkatan 5. Sedap nasi lemak ni.. Alhamdulillah rezeki, terima kasih kepada insan yang baik hati ni..
Banyak persembahan yang dibuat oleh pelajar sesi pagi dan petang. Sesekali dihiburkan oleh bakat bakat cilik ni, memang terasa terhibur. Ada antaranya yang kami tak sangka budak tu ada bakat, memandangkan prestasi di kelas memang lain. Itu yang dikatakan orang, jangan nilaikan seseorang dari luarannya, kan?

Perjalanan majlis tadi panjang lagi sebenarnya, tapi tiba-tiba tak ada ilham nak menulis pula. Sebelum akhiri entry ni tunjuk sikit gambar kek yang dibuat sendiri oleh salah seorang rakan guru dan gambar Tupperware yang saya dapat sempena undian pelajar sesi petang. Terima kasih kepasa murid-murid yang pilih cikgu ni ye... Entah layak ke tidak hadiah ni cikgu terima....
Seronoknya esok dah mula bercuti.........
Selamat bercuti....
ReplyDeleteBukan main meriah lagi sambutan hari guru...
Dapat hadiah sempena ada tu? Tahniah :)
Sempena : guru paling penyayang sesi petang. Hihi..betul tak sangka.. Pakai selipar buruk he naik pentas.
Deletebestnya dah cuti. buka sekolah ni anis pun start ngajar balik.huwaaaaaaaaaa takuttttt, kecuttt, semua ada huhu
ReplyDeleteDah tahu dapat sekolah mana? Lama cuti ni tentu rasa bercampur baur tu
DeleteA bit terlambat..apa pun selamat hari guru ;)
ReplyDeleteYayy cuti sekolah bermula, cuti2 kemana? Kelik kappung ko? hehhe
kali ni tak balik kappung.. gi jalan ke tempat lain..
Deletethanks utk ucapan tu...
tq..hehe..jangan dipandang selipar yang buruk,ilmu di dada paling utama..(dah tok ser pakai kasut comey)haha
ReplyDeletebukan tok sir, tapi tak da... hihi.. cik zilla lain la, banyak kasut pilihan
Deletelupa..lupa..tahniah dapat guru penyayang..u deserve it!!
ReplyDeletethanks...
DeleteHehe..... Mcm budak jugak..... Kalau gi sekolah tp tak belajar..... Bukan ke seronok hehe.....
ReplyDeletethaniah Aisy...dah mula cuti..anak2 pun suka sgt sekarang hehe
ReplyDeletemeriahnya sambutan hari guru...
ReplyDelete