Berakhirnya minggu yang buat sesak nafas
Assalamualaikum semua.. Harapnya korang semua sihat sihat je.. ada banyak perkembangan di blog rakan rakan yang saya terlepas ni, in shaa Allah akan saya tengok nanti.. Minggu terakhir sebelum mula cuti sekolah ni memang banyak betul kerja yang perlu diselesaikan. Dengan Nazif dan Naim yang payah nak tidur awal pula, memang terasa menguji kesabaran dan zon selesa yang ada. Apa taknya, makin mamanya sibuk, diorang pun makin berjaga malam. Pernah dua malam diorang ni tidur pukul 3 pagi, bayangkan lah korang.. Seronok betul rasanya hari ni sebab tak kena mengajar. Sekolah kami buat sambutan hari guru pada hari ni.. Walaupun kalut awal-awal pagi tadi kerana nak siapkan anak-anak sambil mengejar masa nak masuk ke sekolah sebelum pukul 7.20 pagi, tapi bila tak perlu mengajar, lain perasaannya.. Haha, memang terserlah ciri orang yang tak berapa rajin, kan? Tengoklah muka-muka gembira para guru yang melihat persembahan anak murid. Tahniah kepada rakan comel yang memakai tudung b...