Lawatan pertama ke zoo

Assalamualaikum semua..
Harap semuanya sihat-sihat je .. Rasanya buat kali pertama dalam tahun ni saya mengharapkan minggu ni dan minggu depan menjadi lebih panjang. Biasanya memang saya harapkan setiap minggu cepat berlalu. Tiba hari Jumaat memang rasa seronok sangat, tapi minggu ni saya mengharapkan
minggu ni lebih panjang supaya kerja yang banyak tu akan berjaya diselesaikan sebelum cuti sekolah.
 
Apa pun, sempat lagi saya dan keluarga jalan jalan ke Melaka pada hujung minggu yang lalu. Tak sampai hati bila Naim asyik sebut nak jumpa kakak dan abang sepupunya.  Sebenarnya, kami ke Melaka untuk menghadiri kendiri akikah cuci Mak Su Rok. Pagi Ahad tu sempat singgah di Zoo Melaka sebelum bertolak balik ke BSP semula.
 
Nampak je burung ni di kawasan depan terus Naim menjerit seronok.

 
Kali pertama ni sebenarnya kami bawa anak-anak ke zoo. Melihatkan reaksi Naim, memang boleh dibawa lagi berkunjung ke zoo nampaknya. Seronok dia tengok binatang yang dia kenali dan ada juga yang dia tak kenal langsung. Berkali-kali dia menjerit keseronokan bila tengok binatang di zoo tu.
Naim paling seronok bila dapat tengok zirafah sampaikan dia marah orang lain duduk di depannya.
 
 
Tapi, yang tak tahannya,  penat mama dan papa bergilir tolak stroller Naim dan dukung Nazif masa pusing dalam kawasan zoo tu. Bukan kecil tempatnya.  Naim pula banyak menikmati pemandangan dari dalam stroller, berjalan sendiri sekejap je. Mujur Nazif banyak tidur, legalah sikit sebab kami dapat luangkan masa untuk terangkan tentang binatang yang ada kepada Naim.
 
Nama-nama binatang yang dia tengok diulangnya berkali-kali. Papa dan mamanya pula lupa nak bawa kamera. Sempat tangkap gambar dengan telefon je. Itu pun selepas Naim yang suruh, " Papa, ambillah gambar gajah".
 
Gajah ni tunjuk bontot je masa kami datang hari tu. Walaupun pada masa yang sama, serombongan budak-budak tadika sedang jerit-jerit panggil gajah tu, dia tetap je selamba teruskan aktivitinya yang macam tengah main golf. Gelak je Naim waktu tu.
Bila jumpa burung unta ni pula, Naim marah betul. Tak nak dia dekat. Agaknya Naim takut bila burung ni dating dekat macam nak patuk dia bila kami mula-mula sampai kat situ.. Haha..kelakar tul masa Naim jerit takutkan burung ni hari tu.
 
 Bawa budak-budak kecil ni macam-macam cabarannya. Nampak gerai ais krim, Naim nak beli ais krim. Nampak orang lain beli belon dia pun nak beli belon juga. Sambil tu, beli biskut dan coklat lagi. Nampak pula taman permainan dia pun berguling-guling sebab nak main. Penat dan lenguh jadinya badan mama dan papa lepas balik. Tapi bila mengenangkan masa tu bersama-sama anak-anak, saya rasa seronok pula. Lain kali kita pergi lagi ye Naim, tunggu adik dah boleh jalan pula.

Comments

  1. Zoo tempat yang anak-anak saya paling suka... bukan anak-anak jer, saya pun suka pergi zoo....
    Ingat lagi saya kena gelak dgn kawan2 masa pergi KL zaman belajar... mereka tanya, nak jalan kat mana? saya kata la zoo... mmg kena gelak sakan dgn kawan2... tapi gelak2 pun mereka bawa juga saya pergi zoo... ekekekke
    Kat Uk belum sempat lagi bawa anak2 ke zoo, harapnya ada peluang utk ke zoo di sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok, betul kata nur, seronokke zoo negara, lagi banyak binatang yang lain2 jenis...saya pun ada plan nak ke zoo negara lak ..

      Delete
  2. Waahh.. dah sampai Zoo Melaka.. best tak? Zoo Negara tepi rumah saya ni je haa.. x sampai 5 minit pon dr rumah.. hehehe.. Tu pon baru 3 x pergi.. ni nak tunggu Misha boleh bercakap, baru nak bwk dia pulak.. sekarang ni buasnya bukan main, susah nak control...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kina..pergi zoo mmg best tapi kena tahan pgai dioranglah...ni belum lagi Nazif, entah mcm mana nati

      Delete
  3. best nya pergi Zoo... bieha pun suke pergi zoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naim n bieha boleh kawan nampaknya...pergi zoo sama sama nanti

      Delete
  4. seronok bawa anak ke zoo. tahun ni belum ke zoo lagi. walaupun penat nk tolak stroller/dukung anak, tapi kegembiraan mereka tu yang buat kita happy. hihii...

    kalau ikutkan hati, saya bukan suka ke zoo - panas. tapi memang pergi beberapa kali setahun semata-mata untuk keceriaan anak. itu yg sanggup berletih-letihan. tahun ni, mungkin tak pergi. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..samalah kita, mmg tak tahan panas kalau ikutkan

      Delete
  5. anak2 saya pun suka ke zoo..penat mengejar mereka laju ke depan..serenok tengok binatang dalam zoo..

    ReplyDelete
  6. Seronoknya gi Melaka, lg2 pegi tempat2 mcm ni... mmg saya suka.
    Cakap juga dgn hubby semalam.. "jom cuti sekolah ni gi Melaka".
    Dia kata.. "kan dah pernah pegi". Adehhh...

    ReplyDelete
  7. agaknya gajah memang suka tunjuk bontot kt org kot..masa kat zoo negara hari tu pun sama..mentang2 bontot diA seksi.hihi

    ReplyDelete
  8. anak2 mmg suka g zoo... akak tak suka...ehe

    ReplyDelete
  9. firas suka tengok binatang kat dalam tv, tapi kalau bawak pi zoo rasanya memanjang mulut dia duk sebut takut , takut hehe

    ReplyDelete
  10. Miss uuuuuuuuuuuuuuuuuuu. sorry dear belum dapat baca properly all the missed entries, now singgah melepas rindu kejap. really really miss u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. miss you and jj too...... nanti rajin2 la update blog lg ye..

      Delete
  11. anak2 memang seronok kalu dpt pegi zoo ni kan

    ReplyDelete
  12. Dulu OKje masa anak2 kecik macam AN rajin gak ke ZOO hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1