Maafkan daku

Sebentar tadi ada orang lelaki datang mengetuk pagar rumah saya sambil melaungkan bertanya rumah ada orang tak. Berkali kali juga dia panggil tu.. Laungannya memang saya dengar, memandangkan saya dan Nazif memang ada di ruang tamu sedang buat kerja sekolah sambil pantau Nazif bermain. 

Tapi, saya tak buka pun pagar. Jenguk ke luar pun tidak. Sengaja membiarkan orang tu anggap penghuni rumah ni sombong atau tak sedar kehadirannya tu. Langsung tak bersahut laungannya walaupun saya agak kedatangannya adalah bertujuan untuk meminta derma.

Jahat, kan? Saya sempat berfikir sama ada untuk menjenguk atau tidak. Namun, sepantas kilat saya buat keputusan, lain kali sahajalah. Keselamatan lebih penting, sebab saya beranggapan mungkin yang datang tu orangnya berniat jahat yang menggunakan taktik untuk mengaburi mata orang lain. Kalau di rumah pada waktu tu suami atau keluarga yang lain ada, in shaa Allah akan dilayan orang tu tadi.. berdua dengan Nazif sahaja buat saya rasa tak selamat tadi...

Negara kita ni dah tak selamat ke sebenarnya? Kenapa kita merasa curiga dengan wajah selain bangsa kita sendiri? Apa pun semoga Allah maafkan saya. Saya juga harap kalau orang tadi tu betul berniat baik, semoga insan insan baik yang lain di luar sana sudi berikan derma untuknya....

Comments

  1. Kena berhati hati jugak,

    Psst pic Tue dari fb ;)

    ReplyDelete
  2. Hati-hati, banyak orang tak baik skrang.

    ReplyDelete
  3. Keselamatan tu lagi penting.... bukan sombong, cuma berhati-hati :)

    ReplyDelete
  4. saya pun mcm tu Aisy..tak akan buka pintu kalau rasa ragu2..wlpn kenal tp kalau suami x di rumah sy tak buka pintu

    ReplyDelete
  5. kalu akak puntakut aisy,kalu jiran2 ada kat luar baru lah akak keluar,kalu tak akak pun duduk senyap2 dlm rumah,utk keselamatn diri

    ReplyDelete
  6. Setuju tu,....sekarang ni tak boleh bagi muka...tulah kesiankan yg jujur tu kena sekali tempiasnya

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?