Posts

Showing posts with the label majlis

Berakhirnya minggu yang buat sesak nafas

Image
Assalamualaikum semua.. Harapnya korang semua sihat sihat je.. ada banyak perkembangan di blog rakan rakan yang saya terlepas ni, in shaa Allah akan saya tengok nanti.. Minggu terakhir sebelum mula cuti sekolah ni memang banyak betul kerja yang perlu diselesaikan. Dengan Nazif dan Naim yang payah nak tidur awal pula, memang terasa menguji kesabaran dan zon selesa yang ada. Apa taknya, makin mamanya sibuk, diorang pun makin berjaga malam. Pernah dua malam diorang ni tidur pukul 3 pagi, bayangkan lah korang.. Seronok betul rasanya hari ni sebab tak kena mengajar. Sekolah kami buat sambutan hari guru pada hari ni.. Walaupun kalut awal-awal pagi tadi kerana nak siapkan anak-anak sambil mengejar masa nak masuk ke sekolah sebelum pukul 7.20 pagi, tapi  bila tak perlu mengajar, lain perasaannya.. Haha, memang terserlah ciri orang yang tak berapa rajin, kan? Tengoklah muka-muka gembira para guru yang melihat persembahan anak murid. Tahniah kepada rakan comel yang memakai tudung b...

Selesai salah satu tanggungjawab

Image
Alhamdulillah semalam selamat buat majlis akikah untuk Ahmad Nazif. Duduk melayan kerja-kerja PBS tak sempat nak buat entry ni semalam..Majlis ni sebenarnya gabungan dua orang, Nazif dan Alia, sepupunya. Alang-alang umur lebih kurang sama, kami setuju nak gabungkan majlis ni supaya senang sedara mara nak datang.. Lokasinya di rumah mak mertua, Temoh Perak. Di sini majlis akikah ni meriah betul, ada panggil kumpulan marhaban, dua jam Nazif kat atas bakul sementara siap bacaan oleh kumpulan marhaban ni. Masa Naim dulu pun buat kat sini, tertunggu-tunggu saya bila nak siap marhabannya, maklumlah kat Kelantan tak ada buat gini. Rupanya dua jam baru siap. Berdua Nazif dan Alia dimasukkan dalam bakul untuk majlis akikah ni.. Sepanjang dua jam Nazif diam je duduk dalam bakul ni tapi dia tak tidur pun, tapi bila bakul ni tak ditarik, terus menangis meraung dia. Sepupunya lak, baik je, tidur sepanjang dua jam tu.. Mamanya ambil peluang masukkan keputusan dalam sist...