Merangsang anak cepat berjalan
Alhamdulillah 7hb Mei genap sembilan bulan usia Nazif. Dua minggu ni, dia memang ligat betul. Pantang letak je kat lantai, terus dia bangun buat cubaan untuk jalan atau paling tidak pun dia akan merangkak. Tangannya akan berpegang di sofa dan dia akan jalan dan pernah juga dia cuba melangkah tanpa berpegang kepada apa-apa. Ramai yang tak sangka budak yang badan macam Nazif agak cepat nak berjalan kan?
Cara merangsang anak cepat berjalan yang saya maksudkan adalah dengan meletakkan sesuatu yang dapat menarik perhatian anak di hadapannya, dengan itu dia akan cuba melangkah ke hadapan untuk mengambil objek tersebut.
Kaedah meransang anak cepat berjalan ni saya pernah terbaca entah di mana. Cuma, kejadian sejak seminggu lalu ni, buat saya terfikir akan kebenarannya. Nazif ni, kalau korang nak tahu, sejak kebelakangan ni suka kejar makanan. Patutlah badannya bulat...Pantang tengok orang lain makan, mulutnya mulalah macam mengunyah sesuatu. Beberapa malam yang lepas contohnya, semasa Naim sedang makan kerepok lekor yang saya letakkan dalam mangkuk, Nazif ni beriya-iya kejar Naim dan tanggannya cuba rampas kerepok lekor tu. Kelakar suasananya waktu tu. Korang bayangkan, Naim bergerak ke kiri, Nazif pun ke kiri, Naim ke arah sofa kanan, Nazif maju ke kanan. Kalau tempat yang tak ada boleh berpegang pun, dia usahakan merangkak semata-mata dia nak dapatkan mangkuk kerepok tu. Gelak besar kami tiga beranak masa tu.
Kalau orang lain gunakan permainan berwarna warni untuk merangsang anak berjalan, nampaknya kami kena gunakan makanan untuk Nazif ni.. Memang mamanya kena pantau sepanjang masa, entah ke mana perginya dia dalam sekelip mata. Sekejap boleh jatuh bila dia mula leka dan kedua dua tangannya pegang objek yang dia berkenan, wal hal bukan dia boleh berdiri tanpa sokongan lama pun lagi..ada masanya dia lupa nak berpegang, selamba je melangkah dua tiga langkah, akhirnya kepala benjol....
Mama yang gembira ni seronok betul sebab semalam kali pertama saya tengok Nazif melangkah dua langkah tanpa berpegang sebelum dia duduk semula... Gambar memang tak sempat nak ambil sebab keua dua tangan sentiasa stand by untuk sambut dia... Adik, cepat membesar dengan sihat ye...
moge cepat berjalan dengan gagahnye :D
ReplyDeletealololo...mcm tergambaq balik kisah budak berdua tu time kecik2 hihihihi...good luck mummy...
ReplyDeletedah boleh berjalan nanti..habislah satu rumah dikerjakannya hehe
ReplyDeletePening2..
Deletetahniah bb nazif..go baby go
ReplyDeletewahh.. cepat betul berjalan nazif ni ye.. misha 11 bulan baru bleh, tu pun tak stabil lagi. jaga-jaga la bila dah start dpt kaki nanti, rajinla dia tolong aisy mengemas... hehehe
ReplyDeleteMcm cepat juga... Tapi baru sikit sikit je kina.. Mamanya suka lebih..
DeleteTapi mmg ligat, kalau dh dapat kaki agaknya akan lebih ligat
ewahhh dah pandai berjalan yer....mesti dia happy tak terkata tu
ReplyDeleteEh belum... Cuma mula bertatih...baru selangkah dua boleh jalan tanpa pegang.
Deletebadan nazif ringan tu yg cepat berjalan.. lagipun nazif rajin mencubakan... :)
ReplyDeleteWahhhh... bestnya nk berjalan dah...
ReplyDeleteBagus cara ni =)
wah, good job nazif... permulaan yang baik.. dah tak sabar nak main kejar2 dengan naim yer?
ReplyDeleteMasa adib dulu bg dia jalan atas embun pagi2 kat laman rumah , tapi masa amni dia tau2 je boleh jalan heheheh
ReplyDeletesama pulak mcm adrien pantang nampak makanan..laju je dia nak kejar...hehehe
ReplyDeletemoga nazif cepat berjalan ye,lepas ni bole pg taman dgn abg naim
Tomey je kejar keropok... Hihi. Esok dpt kaki puas ibu kejar
ReplyDeletehebatnyer nazif.ada tanda2 nak berjln dah tu.
ReplyDeletessiap berusaha nak daptkan mknan lagi...hehe
hebatnya anak mama.. hehe, tak lama lagi boleh la berjalan
ReplyDeletetahniah Nazif..comelnya dia...sama dgn Nur Maryam Aisy dah mula melangkah..3 4 langkah gitu la..lepas tu jatuh...
ReplyDeleteOKje dulu siap buat gaya nak bangun ...tunjuk dekat anak sebab nak suh dia buat benda yg sama hehe
ReplyDeleteMoga Nazif cepat lari hehe