Takku Duga

Assalamualaikum semua... sihat ye semua?
Saya pernah cerita pasal sakit ni aritu kan? Jadi, berikutan tu, barulah saya beriya-iya mendapatkan kembali pati haruan. Insaf la bila dah rasa sakit. Nak dijadikan ceritanya, masa keluar nak beli pil pati haruan ni saya tunggu je di dalam kereta. Saya dah pesan kepada suami supaya beli pil, al maklumlah isterinya ni memang tak reti dan tak boleh nak telan cecair ubat, lagi-lagi kalau pati haruan yang ada bau. Korang tahulah sendiri macam mana ye..

Masa suami saya masuk farmasi tu, dia telefon saya. Katanya nak yang mana, ada jenama Polleney dan Harwany. Jawapan saya, " tak kisahla, mana-mana pun tak pe". Suami tanya lagi, "Ada yang original flavournya, ada yang dengan gamat, ada dengan aloe vera, nak apa ni?' . Sekali lagi jawapan saya , "Tak kisahla, amik je,".

Tunggu punya tunggu dalam kereta, akhirnya suami masuk semula ke dalam kereta. Masa tu, muka saya dah berubah. Plastiknya besar. Kalau pil, mustahil besar macam tu. Bila tengok isi kandungannya, "alahai", kata saya di dalam hati.. Diam jelah sepanjang perjalanan balik ke rumah..

Nak tahu apa yang dibeli?


ni dia PATI HARUAN
oh no... masa dalam kereta tu saya tak komen apa- apa memikirkan memang salah saya sendiri. Dua kali cakap " tak kisahla,".. Ha, amik kau.. Bila dah sampai ke rumah baru selidik, dia cakap yang jenis pil dah tak ada stok tadi dan disebabkan saya cakap tak kisah , maka dia pun belilah apa je.

Ai, suami... Nak kata apa lagi, dah beli. Jadi, saya cuba positifkan diri. Tutup hidung rapat-rapat, tutup mata dan cuba telan secepat mungkin. Lepas tu makan benda yang menghilangkan rasa pati haruan ni.. Alhamdulillah dah 3 hari 2 botol telah habis.. Kali pertama tu, maafla, separuh dimuntahkan balik,  tak daya tekak ni nak terima.. Siapa sangka, yang sakit manja-manja ni saya boleh lak telan benda ni, sedangkan masa bersalin Naim yang kena tahan di wad 23 hari saya sampai ke akhirnya memang tak boleh telan langsung benda ni.. Memang campak je botol-botol yang dibeli dulu. Mindset kot...?

Comments

  1. La... Aisy macam anak sulung kakak susah telan ubat ye. Kalau pil/capsule telan senang ye hihi.. Sebaiknya kan Aisy selepas sarapan pagi minum dan selepas makan malam minum lagi.

    Nak baik tak? Haa.... kena paksalah telan:)

    ReplyDelete
  2. haha . alhamdulillah da sembuh , menjadik yee ubat nii

    ReplyDelete
  3. saya kalau mkn pati ikan haruan ni, saya akan rendam dulu botol tu ngan air panas, supaya hilang hanyir..

    tahniah, dah boleh mkn pun...harap cepat baik ye....

    ReplyDelete
  4. mmg betul..bila kita positifkan diri smuanya pasti mjadi..akak dolu2 pun tak suka dgn ubat jenis cecair ni tp mmandangkan ubat camtulah yg cepat myembuhkan luka dalaman lepas bersalin..alhamdulillah spi skrg smua jenis ubat cecair akak bole minum

    ReplyDelete
  5. salam..
    harapnye dah sht kembali. maaf lama LM tak jln2 ke sini dan blog kwn lain juga. mak aiii LM pernah mkn sekali polleney. ingat lg dulu2 duta dia fauziah latif.senyum je dia minum kata tak hanyir. sekali LM cuba, muntah 4 kali nak habiskan sebotol tu.ahaha

    ReplyDelete
  6. pati haruann?? tak sanggup nak minum..
    rasa dan bau tu..euww..first time minum termuntah sy dibuatnya.

    ReplyDelete
  7. kalu akak pun confirm takleh nak telan..masa dlm pantang akak makan gamogen tu je,jamu2 lain pun xder

    ReplyDelete
  8. teruk sgt ke rasanya? erkkk..moga cpt sembuh ye :)

    ReplyDelete
  9. nasib dah leh hbskan 2 3 botol jugak.. :-)

    ReplyDelete
  10. akak rasa pati harwan ni yg imam muda asyraf jadi duta dia..kan..

    ReplyDelete
  11. Myra brand polleney boleh telan lagi, brand ni memang out-langsung tak boleh telan..
    Ada lagi kat rumah, sentuh sebotol je, itupun terkeluar balik... huhuuu

    ReplyDelete
  12. Saya rasa kalau pati haruan Harwany yang original tu memang tak sedap lah rasanya. Tapi setakat ni saya makan pati haruan Harwany dengan aloe vera takderlah teruk sangat rasa. Rasa macam gula melaka pun ada 😛😛 yang gamat tu tak tahulah pulak sedap ke tak. Insyallah nak cuba.

    ReplyDelete
  13. Bru lps minum pati htuan hrwani + gamat.. jenuh cri air utk disulam2kan.. bau ta usah crita la.. syahdu ja rasa.. lastly sulam air asam.. takda la berasa sgt.. minum pati tu seteguk trus sulam air asam.. ulang2 smpai hbis sebotol.. hmm knp la ta pk ttg gamogen..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?