Diari Sabtu kami

Petang tadi saya berkunjung ke rumah kakak di Keramat bagi memenuhi permintaan diorang yang nak mengomol pipi Nazif yang tembam tu..

Seperti yang dijangka, memang sejam pertama di rumah kakak saya tadi, Nazif dan Naim memang kena gomol dengan sepupu-sepupunya. Lagi-lagi Nazif, memang tak lepas pun, daripada seorang ke seorang bergilir-gilir jaga dan main dengan dia. Maklumlah diorang je budak kecil yang ada dalam keluarga kami, yang lain dah besar.

Sementara tu, mamanya apa lagi, sempat la berfoya-foya. Duk melepak je sebab anak-anak ramai pengasuh yang boleh jaga. Sempat lagi saya belajar buat kek apricot walnut dengan kakak saya tadi.. Inilah hasilnya.. Sedap tul kek ni tadi, makan semasa panas, keraknya terasa rangup sangat. Mahu je rasanya nak habiskan semua kek tu tadi.
 
Seronok sangat Naim bermain dengan kakak-kakaknya tadi. Sampaikan bila kami dalam perjalanan balik tadi menangis dia.. "Naim nak kawan  dengan kakak"... itulah yang dia asyik cakap sampai tertidur. Semoga hubungan diorang ni akan rapat walaupun dah dewasa nanti..

Comments

  1. itulah..semoga anak2 kita ni rapat dgn sepupu diorg kan.naim seronok la ramai yg layan dia main tu..
    sedapnya kek tu..nti bole la akak rasa hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1