Posts

Showing posts with the label Jaga diri

JPN KP-12 korang tahu?

Susah juga kalau banyak urusan terpaksa tangguh atau batal kerana jari, kan? Memang kepentingan cap ibu jari tak dapat dinafikan sejak dari zaman dahulu lagi. Kalau dalam drama tu selalu kita tengok yang orang tengah nazak diambil kesempatan oleh orang yang nak ambil hartanya dengan curi-curi ambil cap ibu jari orang tersebut. Dalam kehidupan harian biasa pun, saya kerap kali berhadapan dengan masalah sekiranya sesuatu urusan melibatkan cap ibu jari. Nak tahu kenapa? Sebabnya kedua-dua ibu jari saya ni kulitnya dianggap terlalu kering. Mesin kat bank selalu tak dapat nak kenal pasti cap jari saya.. Akhirnya penyelesaiannya ialah kena guna borang perakuan dari JPN iaitu JPN KP-12.. Bawa borang ni apa-apa urusan di bank atau yang melibatkan cap jari jadi mudah sikit.. Kalau korang pun ada masalah macam saya, bolehlah pergi ke mana-mana pejabat JPN yang berdekatan untuk minta dokumen ni yang disahkan. Saya buat ni di pejabat Putrajaya pada pertengahan tahun lepas, dalam sejam lebi...

Cabaran bersiar-siar dengan anak kecil

Assalamualaikum.  Sebenarnya saya tak berapa ada ilham nak menulis. Dengan kepala berat dan hingus yang meleleh ni, terasa nak baring aje. Ni semua hasil seminggu bersiar-siar.. Dengan cuaca yang tak menentu di tempat-tempat yang berbeza, kami satu keluarga balik sini dengan selsema. Ni cabaran yang utama kita kena hadapi bila bawa anak-anak keluar. Seminggu meronda sana sini, bila balik rumah, diri sendiri dan anak-anak demam, tak syoklah kan? Tapi apa nak buat, penyakit datang kita usaha dengan berubat je lah. Cabaran yang kedua, bila nak bercuti dengan anak kecil ni, barangan yang kena dibawa memang banyak. Aritu, sepupu suami saya tegur barangan kami macam nak balik kampung sebulan.. Kami gelak je sambil cakap dengan dia, " nati dah ada anak u tahulah macam mana keadaannya". Apa taknya, baju budak kena banyak, takut kotor. Tambah lagi pampers, carrier, makanan dan mainan diorang, memang lebih separuh kereta terisi barangan untuk anak je. Lagi, bawa anak bermakna me...

Takku Duga

Image
Assalamualaikum semua... sihat ye semua? Saya pernah cerita pasal sakit ni aritu kan? Jadi, berikutan tu, barulah saya beriya-iya mendapatkan kembali pati haruan. Insaf la bila dah rasa sakit. Nak dijadikan ceritanya, masa keluar nak beli pil pati haruan ni saya tunggu je di dalam kereta. Saya dah pesan kepada suami supaya beli pil, al maklumlah isterinya ni memang tak reti dan tak boleh nak telan cecair ubat, lagi-lagi kalau pati haruan yang ada bau. Korang tahulah sendiri macam mana ye.. Masa suami saya masuk farmasi tu, dia telefon saya. Katanya nak yang mana, ada jenama Polleney dan Harwany. Jawapan saya, " tak kisahla, mana-mana pun tak pe". Suami tanya lagi, "Ada yang original flavournya, ada yang dengan gamat, ada dengan aloe vera, nak apa ni?' . Sekali lagi jawapan saya , "Tak kisahla, amik je,". Tunggu punya tunggu dalam kereta, akhirnya suami masuk semula ke dalam kereta. Masa tu, muka saya dah berubah. Plastiknya besar. Kalau pil, mustahil ...

Jangan tidur lepas subuh kalau nak awet muda!!

Ha, angkat tangan siapa yang nak awet muda? Mesti semua pun nak gitu kan? Nanti takke bangga kalau tetiba terjumpa kawan yang dah lama korang tak jumpa, dia tegur korang tak berubah pun muka sejak dari dulu. Lagi kembang hidung korang tu kalau kawan tu direct cakap, " wei, ko awet mudalah, tak nampak macam 30 tahun pun".. ha, tu satu contoh situasi.. Petua awet muda yang saya nak kongsikan hari ini ialah korang kena bangun awal setiap pagi . Maknanya kena bangun solat subuh awal dan jangan tidur lagi selepas itu untuk kekal awet muda . Kemudian, sebelum solat tu kena bersihkan diri, kena mandi dulu . Sebaiknya mandi pagi ni dengan air biasa , bukan air panas. Amalan ni bukan sahaja untuk awet muda tapi Allah pun suka korang beribadat dengan diri yang bersih, kan bagus tu. Amalan ni moyang saya yang praktikkan sejak dari muda. Mengikut kata Kak Ja saya, moyang saya ni semasa hayatnya memang kulitnya bersih, lembut macam kulit bayi dan kurang kedut walaupun dia meninggal pu...