Anak dara : Jom tengok bekas gula

Alhamdulillah lega dah selesai kemas dapur. Petang ni dan malam ni insyaAllah rumah saya akan dikunjungi oleh MIL dan keluarga kakak dan adik ipar. Seminggu ni memang tak sempat nak kemas, dengan anak-anak sakit dan asyik merengek je kerjanya memang terpaksa sakit mata tengok berselerak rumah dan dapur. Rumah alhamdulillah suami dah tolong kemas semalam.

Masa saya kemas dapur tadi, teringat kata-kata biras saya yang mengatakan dia dengar daripada kawannya petua nak cari menantu perempuan yang baik kena tengok bekas gula dan garam orang tu. Kalau nampak bersih maknanya ok lah tu...

Apa lagi, cepat-cepat saya lap bersih-bersih sampai berkilat bekas letak gula dan garam tadi.kot-kot dia datangnanti dia jeling tengok bekas gula dan garam saya kang selamat saya... Tapi, lojik ke? Kalau bersih tak ke macam anak dara tu tak masak? Kalau rajin masak tentu bekas gula garamnya ada kesan kotor sebab kalau macam saya, kadang-kadang masa kalut senduk pun hentam je masuk ambil garam sebab nak cepat..

Apa-apa pun, kena tengok kelakuan baik dulu paling penting, kan?

Comments

  1. Replies
    1. betul ye... mujur saya dh kawin ye..tak kisahla bekas gula saya ada kdg2 comot, huhu

      Delete
  2. nik pun baru siap kemas umh skit.walaupun tak ade org yg sudi nak datang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. la, tak jemput... meh sy datang umh, puchong dgn BSP bukan jauh mana pun..

      Delete
  3. Bukan ke kalau bersih bekas gula tu maksudnya tak rajin guna? hehee ;)

    Apapun mungkin sebab nak gula tu elok kot, sebab kan penting tu ;D

    ReplyDelete
  4. o ye ke.. tak penah dgr lak..
    tp, kalau comot pastu tumpah2 skit kan tanda rajin masak.. hihi..

    ReplyDelete
  5. hehhee..kalo bekas garam/gula bersih,maksudnya jugak anak dara tu pengemas orangnya kot.

    ReplyDelete
  6. kalau bekas garam n gula tu bersih maksud nya bekas2 tu tak pernah disentuh....dapur sue pun berterabur lebih2 lagi kalau suami rajin ke dapur tp bila tang nak kemas mmg fail

    ReplyDelete
  7. aah lah dikk
    logik gak adik cakap tuu
    ekekek kalau bersih tu tandanya anak dara tuu malas nak masak ekek .. rajin celah mana ekeke ;)

    ReplyDelete
  8. Ha??. Biar betul??. Ok la... saya terpaksa menyetujuinya sbb saya boleh jadi testimoni utk petua ini.. "saya seorang menantu yg baik dan ternyata bila diselidiki rupa2nya bekas garam dan gula rumah saya mmg dijamin bersih berkilau2"...hahaha..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah cayalah, ni mesti mak mentua sayang dgn menantunya ni. Untung dpt me anti mcm sam.

      Delete
  9. kat umah akak takde bekas gula pun..hihi,sbb jarang buat air dgn gula,guna yg 3 in 1 je..nampak sgt malas akak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bg yg dh kawin petua ni xboleh pakai lah.. Dah en azmi sayaanng, kan?

      Delete
  10. Kakak memang jenis malas masak sebab itu bekas gula dan garam kakak memang bersih Aisy hihi... kalau tak bersih takut semut sebenarnya.

    ReplyDelete
  11. mujur saya masak tak letak gula..kecuali kalau buat sambal tumis..hehe..tapi kalau garam tu, main kaut ikut suka jugak..even sudu tu dah bekas kicap ke, kari ke, belasah jer guna buat amik garam..

    tapi lepas masak, memang lap bersih2 la semua..dapur gas dgn dinding pun lap sekali..sebab kadang2 minyak memercik kat dinding..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehm.. Nampaknya ni calon suami yg baik ni.. Rajin kemas, senang hati isteri nanti..

      Delete
  12. maksudnya anak dara tu rajin la kalau bekas gula bersih..betul x? hihi

    ReplyDelete
  13. Dah selamat tiba ke MIL kat umah...Camana..? dia tengok tak bekas gula...? heheheeeee...

    akak pun cam tu... kat la dok solek umah kalau ada org nk maghi...bukan apa..kita ni bekerja....hujung2 minggu la nak solek umah elok2 sket pun....hari2 lain tu sesedap mata memandang je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...silap taip..bukan 'kat la dok solek umah'..'kalut dok solek umah' sebenarnya..

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1