2013 in memories

Cepat tulis..dah nak habis hari pertama ni. Haha, nak juga taip kisah untuk tarikh 1.1.2014 ni.

Tak sangka banyak betul entry saya sempat tulis dan tak padam sepanjang tahun 2013. Terima kasih kepada MamaZir, PK, MamaAryan dan Mamakacukan yang menjadi pengomen tegar. Ada masanya diorang ni sibuk, sekali mengomen tu sampai 17 komen untuk 17 entry. Sampaikan masa ni, saya pulak rasa bersalah sebab menulis banyak. Diorang ni, pasti akan bagi komen juga tak kira apa yang saya tulis. Lain kali, korang komen sikit-sikit pun tak pe. Saya dah kenal dan tahu korang sahabat yang baik.

Selain tu, terima kasih juga untuk NurBijen, Acik Erna, Zilla, Adyna, Kak Wan Intan, Kak Nur, Kak Kamsiah, Miss Mirror, Nina, Izan Mama Mia, QasehRania dan  semua yang lain walaupun yang saya tak sebutkan nama. Oops, lagi satu NasMamaJJ yang lama menyepi, lama balik kampung tuh. Sorry, tak ada warna biru. Malas nak buat link sebenarnya. Maklumlah, selalu buat entry guna hp je, sekali sekala guna laptop ni, rasa payah pula.

Sepanjang tahun 2013, banyak yang telah berlaku. Bulan Februari, Nazif demam panas dan kena sawan. Cukup mengejutkan saya, sampaikan masa ditanya oleh doktor di hospital tu, nak menjawab pun masih panik. Bulan Jun, impian nak pergi Korea tercapai dan seronok sangat pergi ke Rose Park, Suncheon Bay, Railpark, menaiki bullet train dan macam-macamlah. Tahun 2013 juga tahun yang paling banyak saya rasa nak letak jawatan. 2013 juga pengurusan diri saya macam kelam kabut. Banyaklah juga pengalaman yang mungkin dikenang selamanya.
.
Dah jadi acara tahunan di lorong rumah kami ni buat BBQ menjelang hari pertama tahun baru. Tahun pertama kami pindah sini, saya pergi makan sambil bawa anak seorang, tahun kedua saya pergi sambil mengendong Nazif yang berusia empat bulan lebih. Alhamdulillah tahun ketiga pulak, masih lagi dengan anak dua..
\
Antara menu yang ada. Tak nampk pula bihun goreng yang saya masak. Haha, saya pilih menu mudah dan selamat.

Semoga tahun baru ni makin banyak kisah menarik dapat dikongsi bersama....Insya Allah..

Comments

  1. terima kasih akak sbb mention. thn 2013 bermacam2 kenangan yg ada. semoga thn baru ni akan lebih bermakna buat akak sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru..tahun baru pekena BBQ mmg best la.:)

    ehh dah namanya pengomen tegar,haruslah komen setiap entry.hakhak..

    ReplyDelete
  3. sama-sama.. macam terbalik pula dgn saya… kalau taip entry dgn handset mmg terkial-kial… kena cari laptop juga baru puas hati :)
    Insya Allah, teruskan menulis utk tahun 2014… mmg suka baca coretan dari hati AN… terasa dekat jer bila baca tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...

      ikut kesesuaian masing2 kan. Dengan anak kecil berhimpit dengan saya 24 jam ni..lagi mudah kalau saya tekan hp..

      Delete
  4. Btl tu , sekali byk idea byk. Benda nk tulis kan , aiseh nama saya naik gak tu hihi , tu la kite tak sedar rupanya dah berthn berkenalan walaupun cuma dlm maya tak pernah bersua muka lagi ;)

    ReplyDelete
  5. Mcm tk berapa ingat plk..thn lps..
    rasanya bisnes maju n anak semua masih kekal top 1 hingga top 6..alhmdulillah.risau juga selalu di ataskn..mohon doa Allah redha je..inipun satu bntuk ujian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bisnes akak terus maju n anak berjaya terus

      Delete
  6. semoga persahabatan maya semakin utuh..:)

    ReplyDelete
  7. bestnya kan bila buat mcm ni. dpt eratkan silaturahim.
    selamat bertugas ..
    tima kasih..tu la saya pon dah rindu kat jj.. balik klate langsung mama jj x online. lepas rindu bersama keluarga kan.. kita tunggu kepulangan mereka nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah...JJ ni, jumpa Oma tak nak share pun pengalaman..

      Delete
  8. banyak kenangan pahit,manis,masin,kelat di tahun 2013 yg lepas, moga tahun 2014 ni akan penuh dgn cerita2 indah dan bahagia buat kita, dan juga moga kita lebih positif dalam menjalani hidup ni...

    eh ada juga nama akak tu..hehehe sebenarnya taknak ketinggalan cerita2 yg lepas bila dah baca tu teringin pula nak komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada..akak kan pengomen tegar sejak tahun tahun sebelumnya lagi... mmg sayang ni.

      Delete
  9. Terima kasih AN.....bukan masalah pun mengomen ni tak yah keluar modal pun hehe....
    Kalau OKje guna HP tak pandai nak buat link bagai tu...kalau pakai lappy paling juara haha....
    Nampak mcm lebih kuruslah awak AN kat gambar tu...ke sebab tudung tu....
    hei...ni kalau Papa N tengok senyuman manja Mama N ni....hish ....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hais...jangan buat ayat2 gitu... bahaya..

      mana ada kurus, makin bulat adalah...nk kuruskan semula ni..

      Delete
  10. Sebelum ni, tulis dan padam ke? Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak juga saya padam entry yg saya rasa tak sesuai.. hihi

      Delete
  11. part yg BBQ tu saya suka..hehe..ingat nak buat juga nanti, jemput jiran2..

    ReplyDelete
  12. Harapnya ya AN tahun 2014 ni membawa lebih banyak kegembiraan dan keberkatan buat AN sekeluarga. Saya pun excited nak tulis sempena 1.1.2014. Sampaikan abaikan ajelah MIL dan suami yang sibuk berborak. Teruk betul menantu yang satu nih. Best juga dapat makan-makan dengan jiran tetangga setiap kali tahun baru. Saya tidur cepat malam tu lepas siap entri :D

    ReplyDelete
  13. syoknya kawasan umah ain..kerjasama semua org..dan meriah..selamat tahun baru ain, nazif , naim dan papa N!!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1