Cerita pendek II

Gaya sopan anak mama..  Padahal masa tu tengah main di taman mainan di Setia City Mall. Masa nak minum tu tiba-tiba dia duduk dan siap bagitahu lagi yang dia duduk dengan bahasa babynya. 

Cita-cita murni walaupun nama cikgu ialah PUAN.....kononnya cuti tiga hari hujung minggu saya nak rajin menanda buku latihan karangan yang berjumlah 70 buah yang dibawa balik. Hasilnya , berjaya juga saya tanda(....). haha, biar saya je tahu jumlahnya.
Lawakan nama budak ni? Dulu masa baru mengandungkan Naim, saya pernah senaraikan nama Aimy Dalila dan Iman Dalila sebagai nama anak kalau dapat anak perempuan. Haha, akhirnya rezeki Ahmad Naim...

pic ; google

Tercapai hasrat nak solat di Masjid NAZA di Seksyen 13 Shah Alam ni. Sebelum ke Pak Usu Steamboat, kami singgah solat Asar di masjid baru ni.  Berkenan tengok gambar di entry Zilla, alhamdulillah bila masuk rumah Allah ni memang menenangkan dan cantik dengan konsep GBI(Green Building Index)  yang pertama di negara ini yang menitikberatkan ciri-ciri mesra alam dari segi pembangunan serta penggunaan sepanjang jangka hayatnya.
 Syukur ada orang kaya yang macam ni, sediakan masjid untuk kemudahan umat Islam sekitar Shah Alam ni.

Setakat ni, kalau kami ke masjid, Naim lebih banyak ikut saya masa bersolat, sedangkan bila Papa N keluar solat, Naim ok sahaja tunggu dengan adik dan saya di dalam kereta. Setakat ni ok lagi, masa mengambil wuduk dan masa solat, Naim pandai bawa diri dan tak kacau orang. 



Adik mula panas badan masa balik dari taska pada petang semalam. Abangnya pula terlebih risau, berkali-kali pegang kepala adik dan bagitahu papa yang kepada adiknya panas..minta diberikan ubat. Awal tu Nazif masih lagi aktif bermain, tambah-tambah masa temankan mama berbuka puasa kat luar, Nazif dan Abang main macam-macam, tak ada tunjukkan tanda tak sedap badan langsung. Pukul 10 malam baru Nazif merengek, terus buat apa yang patut untuk kurangkan panas badan, barulah Comel mama ni lena tidur.

Comments

  1. inshaAllah...akak doakan moga nanti akan lahirlah aimy dalila atau iman dalila tu ye. mana tau mcm akak yg ke 3 baru dpt princess

    ReplyDelete
  2. salam pagi selasa AN :)
    baru akak tau yg AN sorang Cikgu rupanya..:)
    yup..lawa Iman Dahlia..seindah maknanya...cantiknya masjid Naja tu,sy penah pegi masjid shah Alam... tu pon makcik akak yg dok kelana jaya yg bawak hehe...:)

    ReplyDelete
  3. Mana pulak dia dapat nama puan tu yerk...
    sedap namanyatu...
    tak penah sampai masjidtu lagi... nampak cantik...

    ReplyDelete
  4. Masih muda lagi Aisy... boleh aje nak tambah adik buat hero-hero tu.. rezeki mana tahu dapat Dalila idaman kan...

    Anak sebenarnya kalau dari lahir dah nampak org bersolat dia tahu tak akan kacau. Sebab itu kakak percaya Aisy kata adik tak kacau pun org bersolat sebab dah biasa dan dia tahu nak buat apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tgklah dulu kak.. risau beban keje yg ada ni tak terbuat kalau ada baby kecil lagi sorang

      Delete
  5. agaknya murid tu nak tggu cikgu umum nama..lupa kut..knor pun mcm tu tanda kelas darjah 1 dulu..baru je dpt tau kelas apa..n masih kelas yg sma..kalau tau awal2 sng cerita..

    dlm ramai2 anak murid, muhammad saja yg ingat nama cikgu dia..hari2 dpt hadiah gula2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni sorang je tulis nama cikgu tak abis.

      Delete
  6. sopan la gaya dia tu...jangan tumpahkan air tu yer sayang...
    gigih menanda buku balik umah... berjaya lak tu...tu yang best...
    kemain lawo..masjid naza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. berjaya () tu... bukan semua habis tanda..mng jenis malas

      Delete
  7. Assalammualaikummm....
    yuuhooo,,... tengok buku sekolah.. teringat kat arwah ayah... masa kecik2 dulu.. suka juga tolong tengok dia tanda buku sekolah.. pastu gelak ramai2 tengok ayat budak2 tulih... hahaha...
    oh si kecil tu demam.. mmm pantau jer lah yer.. demam nak besar jer tu kekadang nyer... hihihi... selamat berbakti buat anak bangsa noh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pun boleh geli hati tgk jawapan budak2 ni.. kadang2 langsung tak sama dgn yg kita dah ajar.. memang tepuk kepala.

      Delete
  8. Insyaallah rezeki akan dtg boleh letak iman Dalila ;)

    ReplyDelete
  9. Banyak masa lagi, AN maybe boleh guna nama yang diidamkan tu :)

    Adui, banyaknya buku karangan nak ditanda. Kalau sayalah cikgu, mesti tidur, bangun, tidur, bangun baru tanda 2 buku...

    Oh, ada masjid baru di seksyen 13 ya? Mami tu suka benar melawat masjid kat Malaysia ni. Mesti nak bawa solat di sana juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha bawalah mami ke sini.. mesti mami suka..di luar tu ada taman sikit tapi lawa juga pemandangan

      Delete
  10. Ha ah la...cantik nama tu, I nak pinjam la letak dalam senarai hehehe. Masa kat masjid, si JJ ni bantai ambik wuduk sampai basah habis baju, then dia pun sibuk solat tapi orang sujud, dia baring terus ngan kepala teleng tunggu masa untuk bangun. Mmg takleh khusyuk ngan budak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..ambillah nama tu..takpe.. JJ tu teruja masuk ke dlm masjid..

      Delete
  11. Yelah nampak redup jer pun masjid tu AN....
    Dah namanya Puan bukan Cik..... mmg le tak sempat nk menanda, ada Nazif yg tolong tanda buku nanti hehe...
    Moga Nazif cepat sembuh AN

    ReplyDelete
  12. Insyaallah tmbh ahli kelaurga nti akan ada dalila yg dtg..:)

    Cantiknya masjid,untung klu dpt kesana selalu.syg betul abg ke adik ye..nasiblah adiknya tak demam..klu tak kesian kt mama la kan kena berjaga sepanjang malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.m entah bila nak tambah ahli lagi tu.. tulah..mujur tak melarat.. panas badan hilang lepas berkali2 basahkan kepala dan sapu dgb air asm jawa

      Delete
  13. wah siap ada simpan nama bb girl rupanya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dulu punya citer..kononnya nak baby girl sbg anak sulung..

      Delete
  14. Iman Dalila?oo..comey2..budak tu iman dalia?

    ReplyDelete
  15. hehehe comel je gaya bergambar dier tu !

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1