Mula mengalami

Ikutkan saya, dah 7 kali melihat proses orientasi untuk murid. Boleh lihat pelbagai ragam masa tu. Mak ayah ataupun murid sendiri, macam-macamlah kelakuan diorang yang ada masanya sebagai pemerhati, saya tersenyum sendiri.

Sebab tu ada pepatah melayu, " Berat mat memandang, berat lagi bahu memikul" , memang sesuai nak gambarkan pengalaman yang ada. Bila sebagai pemerhati atau guru, saya tak rasa susahnya nak pujuk anak menyesuaikan diri dengan sekolah. Saya juga tak rasa tertekan nak yakinkan anak bahawa itulah tempat terbaik yang kami dah pilih untuk pendidikan diorang. Guru terima je murid, dan murid ni ada sebilangan kecil je yang buat hal. Selebihnya yang lain bila mak ayah diorang dah jauh, elok sahaja mendengar arahan kami.

Semalam, 1.1.2014, hantar Naim ke tadika untuk hari pertama, agak mencabar juga. Naim tak nak masuk ke kelas mulanya tu. Telah dipujuk oleh cikgunya pun dia tetap menolak, jadi terpaksalah Papa N sama-sama jadi pelajar. Papanya temankan Naim di kelas buat aktiviti sikit hampir sejam.

Saya pula, berada di khemah mendengar ceramah. Separuh je sempat dengar. Nazif pula tak nak bagi kerjasama.

ni kerja si adik. Nampak ada tempat main kat situ, maka itu sahajalah yang dia tuju. Mama nak dengar ceramah pun payah.


Tadika ni bukan pilihan pertama kami sebenarnya. Awal-awal hari tu, kami pilih tadika yang ada memang ramai orang tahu namanya. Kawan bagitahu pasal tadika ni, jadi kami pergi. Akhirnya kami pilih yang ni, memandangkan pendekatan yang diorang gunakan menarik perhatian kami. Insya Allah cikgu-cikgu kat sini bakal membentuk Naim menjadi insan yang baik dan berilmu. 


Hari pertama dan minggu pertama banyak aktiviti macam ni, ikut kata cikgunya. Semoga Naim seronok berkawan dan dapat tambah ilmu sedikit sebanyak.


Jadi inilah Ahmad Naim dengan pakaian sekolah pada hari kedua. Pagi ni menangis dia apabila dikejutkan dan dimandikan seawal pukul 7.15 pagi. Papa N yang nampak bersungguh-sungguh. Kejutkan saya bangun untuk masak bihun goreng. Kejutkan? Jarang sekali suami saya ni kejutkan saya bangun, sebab saya memang biasanya bangun lebih awal. Hari ni, dia pula tak boleh lena sebab nak hantar anak ke sekolah.Mujur Naim makan sikit bihun yang saya masak tadi, biasanya memang Naim ni payah nak makan pagi.

Papa N yang hantar. Saya tak ikut. Sengaja tak nak bagi dia sedih lama. Kalau ramai pula hantar, makin mengada-ngadalah dia. Alhamdulillah, Papa N cakap pagi ni Naim ok je. Berjaya cikgunya bawa masuk dalam tempoh yang tak lama pun. Lega.

Best wishes for you my dear...

Comments

  1. Insya Allah, semoga Naim cepat sesuaikan diri.. mama jangan risau2 yer...
    Nampak cantik tadika Naim tu…
    Bagus papa Naim temankan Naim main sama2 :)
    Lepas ni kena selalu standy pen dan kertas utk Naim berkarya di rumah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... semalam beli banyak2 pensel n pensel warna. Harapnya kali ni dan seterusnya takla dibuang sia2..

      Delete
  2. teringat pengalaman akak masa anka ke 3 dulu masuk tadika..dek kerana tadika tu hanya selang beberapa buah rumah dari rumah akak..anak akak sellau lari balik rumah..cikgu terpaksa datang rumah..dia tak maupergi semula...cikgu kena dukung hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... macam tu ya.. macam2 gelagat anak2 ni kan.. kita cerita balik bila diorang dah besar, mesti gelak besar dengar kisahnya sediri.

      Delete
  3. hehe...macam macam kerenahkan AN.... Naim mcm tak de mood je kena bangun pagi tu...hehe .Gitulah kerenah anak anak AN..... teringat masa anak kecik dulu dulu...first day dua dua mesti cuti, bayar yuran bagai ...Tahun ni je hubby tak cuti ....OKje pulak hantar ke sekolah je....yuran bayar kendian

    ReplyDelete
  4. mmg itu la yg lieya lalui dulu...mase mule2 mia nak masuk tadika....tdo mlm tu tak lena dibuatnye heheeheh....

    in sha Allah, naim budak bijak....tak lame lagi mesti boleh serasikan diri tu...mule2 mmg gitu...anak2 lieya dulu mase tadika pun 2 minggu gak nak sesuaikan diri.....lepas die dah ade kawan die boleh berdikari sendiri....

    ReplyDelete
  5. budak sekarang pandai bergaul..cepat je dapat sesuaikan diri.
    kita dulu jenis malu..
    sekajap je tu sedih, esok2 seronoklah ramai kawan.

    ReplyDelete
  6. Adib pun tadi opah nya Msg gtau muka nak nangis n tak bg opah blk , suruh tunggu padahal thn lepas dh mmg kt kemas tu , mcm mana la nk g kelas mengaji lak nnt , rasa nya naim nangis sebab kna bgn awal tu ;)

    ReplyDelete
  7. adam minggu depan baru masuk tadika,taktau la mcm mana lg tu,risau juga akak ni

    ReplyDelete
  8. mula2 mmg macam tu,harapnya dh lama2 nti naim suka sekolah..papa yg nebes lebih ekk siap tak lena tido..sweetnya.haha

    Aiman Alhamdulillah dr 4taun bab sekolah mmg takde masalah..:)

    ReplyDelete
  9. biar dia adapt dl dengan environment baru..okla tu:)

    ReplyDelete
  10. waaa. abe naim dah masuk skolah.. blaja rajin2 ya. nanti bole balas jasa papa n mama

    ReplyDelete
  11. Memang sukar perasaan tu. Tempat baru, persekitaran baru, kawan baru. Tak perlukan tadika yg famous pun. Kalau ada yg lain yg lebih serasi, why not?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. kami memang pilih persekitaran dan pengisian. mengharapkan yang terbaik dengan karektor Abang Naim ni....lagipun tadika ni dah lama juga, 7 tahun sudah di shah alam, cawangan sini je baru buka.. Orang yang tahu tu tahulah, bayar pun beza berapa hinggit je daripada tadika femes...mahal juga tu...

      Delete
  12. wah..dah mula sekolah..xpe, lama2 nanti dia mesti ok je nak pegi sekolah. Nak jumpa kawan.. :)

    ReplyDelete
  13. Akhirnya, dapat pengalaman baru ya, AN. Saya sendiri tak senang nak melepaskan anak. Tapi itulah, bila Mommy ada sama, lebih-lebih pulak emonya. Kalau tidak, ok aje. Dah masuk fasa baru untuk Naim, ya!

    ReplyDelete
  14. comelnya naim dengan baju seragam sekolah...hehe...alhamdulillah naim dah dapat suaikan diri dengan persekitaran sekolah barunya..amin

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah.
    in shaa Allah, naim boleh.. awai awai biasa la kan nk sesuaikan diri dgn persekitra, kwn baru yg tak pernah jmpa..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1