Jom cuba


Nampak sangat lapang ya.. Selepas dua jam buat entry lain pula. Haha..alhamdulillah, bila tak dikejar dengan beban insya Allah boleh je melapangkan diri untuk menulis. Kalau tak, rasa bersalah pula mencuri masa menulis sedangkan tanggungjawab sepatutnya masih belum selesai. 

Korang cuba buat yang kat atas tu, tengok apa yang korang dapat bila dah buat. Bagi tahu kat komen ya.. 

Saya baru nak mula tanda buku yang berpuluh dibawa balik tu. Alang-alang dah hantar Nazif ke taska, Naim pula bersekolah hari ni, ambil peluang nak tanda sikit. Hihi..entah sikit tu berapalah hasilnya nanti. Naim tadi macam tahu je mamanya bercuti..dia tanya, " mama tak pergi sekolah ke?". Saya cepat-cepat jawab, 'nanti mama pergilah'. Dia pesan lagi lepas tu, ' mama pergi sekolah elok-elok tau.'. Haha.. kalau dia tahu mamanya sedang bersenang lenang kat rumah, pasti Naim tak nak ke sekolah tadi.

Tapi, sebelum tu....
Kelakarlah komen korang sepanjang dua hari saya buat-buat sibuk ni. Komen MD dalam entry ni, gelak besar saya baca. Tak tahan betul komennya... komen Okje, NurBijen, Lieya, MD dan Chegu dalam entry ni pun amat memberikan semangat dan menghiburkan saya di saat penat hari tu. Terima kasih semua...

Comments

  1. Cuti sekolah pun kena bawa buku balik ye Aisy. Tandalah buku bila free. Sekolah anak kakak cuti seminggu. Hari ini mereka dah di rumah semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan anak2 di rumah bercuti lama... haha...sedang usahakan menanda.. esok lusa entah dapat buat ke tidak

      Delete
  2. Saya dah pernah cuba sampai nak juling biji mata tak boleh tahan menunggu!

    Saya ni tengah membayangkan kalau saya seorang guru, apalah agaknya nasib anak-anak murid saya ya... Saya ni kalau nak suruh tanda buku, tengok tulisan tak cantik aje saya terus pejam mata buat pangkah X sebesar mungkin! Habislah anak-anak murid merana dan derita setahun dapat cikgu macam ni rupanya.... Yang pasti anak-anak murid memang suka aje tengok saya pakai tumit tinggi, biar sesekali terjelepuk kat sekolah bolehlah mereka ketawakan...

    Eh, apsal mengarut-ngarut ni komen? Saya hari ni malas sangat and nyampah tengok muka boss yang satu ini !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..tak fokus tu..

      Budak2 mmg suka dengan cikgu2 yg bergaya ni.. pasti MD bakal jadi cikgu kegemaran. Haha.. bab tanda buku ni saya pun buat sebab terpaksa.. tu yg ada masanya rasa nak termuntah kalau menanda banyak. Kalau disuruh mengajar saja kan bagus... haha.. cita3 tak leh tahan betul..mmg jenis tak rajin..

      apa hal bos tu? Esok nak cuti dah.. jangan stress ya..

      Delete
  3. nampak..indahnya ciptaan itu..:)..baru blh rest skit ye..

    ReplyDelete
  4. ilusi optik...kalimah ALLAH terbentuk didinding..

    ReplyDelete
  5. assalam,

    selamat bercuti cik gu...tapi cik gu mana ada cuti..tetap dengan buku ye tak?

    bunda dah cuba dah...pening sekejap..tapi hasilnya menakjubkan...ALLAH..

    ReplyDelete
  6. aah..nampak..Allahuakbar..

    Saya pun sama.zahin je pergi sekolah..ain tau umi cuti saja buat2 lmbat..last2 tak g sek

    ReplyDelete
  7. nampak ilusi optik..kalimah Allah..
    selamat bercuti AN..:)

    ReplyDelete
  8. titik fokus tu...nampak bayangan kalimah Allah :)
    selamat bercuti dan bersantai. .

    ReplyDelete
  9. Hilang Stress jap..nampak kalimah Allah kat dinding..
    Dik kita samalah..berpuluh2 buku bwak balik nak tanda ...tapi masih tak terusik lagi....

    ReplyDelete
  10. subhanallah nampak kalimah allah di dinding.. tenang rasanya. cuti pun kena kerja juga di rumah nk siap tanda buku pelajar.

    ReplyDelete
  11. kalimah Allah didinding, dh byk kali dh buat ni.setiap kali buat mesti takjub.:)

    ni namanya cikgu berdedikasi,cuti2 pun kena menandas.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..dapat pujian malula pulak.. tak banyak pun keje dibuat.. angkut je lebih buat sedapkan hati sdiri..

      Delete
  12. Yelah AN .....nampak benda yg sama kat dinding .....subhanallah!
    Mmg wajib hantar dak 2 orang tu kalau tidak tak dapat tanda buku...asyik melayan budak comey dua tu le gamaknya

    ReplyDelete
  13. I did it, nampak kalimah Allah tu terbayang2. Btw Naim amboi dia... siap pesan2 kat mamanya, kalau la dia tau... hahaha

    ReplyDelete
  14. nampak kalimah Allah tu dekat dinding
    thanks sharing kak

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1