Panadol se!

Masuk minggu kedua sekolah, badan mula rasa kesan keletihan dan penat. Apa taknya, hari Ahad je lapang, dua kali Sabtu memang ada program di sekolah setakat ni. Sejak petang semalam pula, badan macam lain je, hidung mula berhingus dan telinga juga terasa tak macam biasa.

Agaknya berjangkit dengan Nazif, selsema ni. Sejak mula tinggalkan dia di taska, balik je hidung basah.. nak buat camna, redha jelah. Mujur tak demam, taklah meragam sangat dia, kerja mama pun tak bertambah setakat kini.

Suara tak payah cakapla, baru-baru buka sekolah ni, memang suara saya agak serak bila bercakap kuat. Dah lama bercuti kan, biasanya saya jerit manja dengan dua Ahmad ni je, ini nak kena jerit untuk satu kelas, 40 orang atau untuk kendalikan satu unit kokurikulum yang ada lebih 80 orang ahli. Itu yang serak jadinya..

Tengah hari tadi, walaupun berhingus, masih tak insaf.. makan juga tomyam pedas, hingga meleleh air hidung. Pedas betul nampaknya, tapi sedap..
Jadi, malam ni telan panadol sebelum tidur, untuk hari esok yang lebih ceria. Tak seronokla kalau hidung macam tersumbat, kepala berat dan telinga pun tak macam biasa kan? 

Kena jaga kesihatan ni, usia dah bertambah... makan tak boleh sebarangan makan dah...Nak kerja 27 tahun lagi ni...

Comments

  1. Saya Kalu Selsema pun cr tomyam
    :) , mmg ank kite Kalu mula je Msk Taska hidung asyik meleleh aje , semoga Cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... ok dah...hingus mmg lambat juga nak hilang...kepala dah ok ni.

      Delete
  2. saya pun macam nak demam..saya 24 tahun lagi..hihi:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl ke kira tu? Apalak sikit sangat tu....

      Delete
    2. betulla..i amik 56 tahun..yahoo

      Delete
  3. Penat tu....badan terkejut, tengok student ramai no haha....
    Biasalah duk nursery....nak buat camne itu je pilihan yg ada....bagi vitaminlah kat Nazef tu AN....biar badan dia tak lut dik jangkitan sikit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. risau saya nk bg vitamin ...kot jadi gemuk pula.. dia dah la jenis semua nak makan...pantang tgk makanan.. kot makan vitamin nanti dia lagi berselera makan....

      Delete
  4. macam mana hari ni. rasa dah sihat ke?
    sy doakan smga esk pagi kembali cergas ye..
    cer buat air barli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arini dah ok.. hidung je masih lagi berhingus. Huahua..
      oh air barli ye? Boleh cuba ni..

      Delete
  5. sedapnya tom yam tu.... get well soon sis :)

    ReplyDelete
  6. tu la.. kdg tu lbh rela demam sikit2 drp selsema ni..
    klo selsema ni smpai skit kepala n tekak buatnyer

    ReplyDelete
  7. org kata skang musim..tp factor cuaca mmg boleh jadi punca...klu sy la.klu selsema boleh tahan lagi..sakit tekak pening tu yg perit..jgn smp demam sudah..semoga cpt sembuh

    ReplyDelete
  8. kena rehat cukup2 tu AN… badan dah beri warning…. badan nak rehat yg cukup… nanti kalau badan dah merajuk, kita juga yang susah….

    ReplyDelete
  9. Terkejut tu, AN. 2 bulan tak menjerit berkumpulan :) Hari ni dah boleh buat bihun goreng, kira dah ok, ya tak? Jangan jerit kuat-kuat lagi kat sekolah. Jerit manja-manja aje :)

    Anak-anak saya kalau demam susah betul. Liat nak makan ubat. Saya bagi Vit C. Takdalah asyik sakit aje. Tapi si Abang tu tak kuat makan pun badan tetap maintain. Mungkin dek kerana kalau makan aje mesti ada ayam.

    ReplyDelete
  10. get well soon akak.. suara nk kena latih semula tu. nanti suara rock murid2 xtakut. hehe

    ReplyDelete
  11. elok juga bagi vitamin pd anak2 spya xmudah sakit. sy tengok tom yam tu jd terliur pulak..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1