Selamat pagi semua..

Assalamualaikum....selamat pagi.
Mesti pagi yang ceria kan? Apa taknya minggu ni banyak cuti, esok dan Jumaat tak kerja kan? Harus kita bersyukur dan memulakan hari Isnin ni dengan ceria..
Jangan lupa amalkan selawat kepada Rasulullah ya....Banyak fadhilatnya bacaan selawat ni....


Alhamdulillah, seharian semalam saya ambil ubat selsema dan paracetamol, ditambah pula dengan rehat panjang(tidur seawal lepas maghrib), pagi ni saya bangun dengan segar. Syukur. Dapatlah buat sarapan untuk ahli keluarga.

Sarapan Naim pagi ni, bihun goreng, dengan kerepok. Bihun ni juga jadi bekal Papa N ke pejabat. Papa N tumpang ada bekal sejak Naim bersekolah ni. Manja gitukan.. alang-alang saya memasak lepas subuh, masak lebih sikit untuk bekal Papa N. Sejak minggu lepas, saya mula masak guna sejenis bawang je, alhamdulillah yang lain makan tanpa sebarang komen. Bagus, ikut sunnah Nabi dan jaga kesihatan pada masa yang sama, kan?

Comments

  1. Selamat pagi AN.. kami baru nak tidur ni…
    Sedap pula tgk mee hon tu… tetiba rasa lapar pulak…. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berehatlah ya buat Nur dan famili kat sana..

      Delete
  2. kat kedah,ahad depan sekolah cuti-harijadi sultan kedah..byk cuti,kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..seronok bergandalah orang Kedah....banyak cuti tu...

      Delete
  3. nampak sgt sedap bihun tu..

    p/s tgok juga tanyalah ustaz tadi..angkat bakul..bab2 agama kadang kena angkat bakul juga ,kalau tak orng tak reti2..

    ReplyDelete
  4. pestime dtg cni...sis surirumah ke?? sm mcm sy, sll bekalkan suami lauk sng dia mkn thari nt hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. nampak mcm entry surirumah separuh masa tak? Akak keje dik.. keje petang...ada masa bg bekal ada masa sibuk, mmg tak sedia apa pun

      Delete
  5. Untung Papa N kerana Naim, papa pun dapat bekal hari-hari. Itulahkan AN, sayang anak dengan suami ni memang lain banyak...hehehe... Apa anak nak makan, kita usaha sedaya upaya, apa suami nak makan, tengoklah kalau senang...hahaha...sayalah tu, bukan orang lain!

    Memang seronok rasanya minggu ni sebab hari bekerja jadi pendek dengan dua cuti umum tu. Saya pun sejak pagi lagi senyum sorang-sorang, tak kisahlah orang nak kata apa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..saya pun sama... sedia sarapan sebab anak...

      Delete
  6. Tq kerana mengingatkan AN....tetiba terus berselawat....hehe
    Amboi nampaknya bermula tahun ni sure setiap pagi Papa N dapat makan air tangan isteri.....tambah sayang le gamaknya Papa N cenggini!

    ReplyDelete
  7. Untunglah Papa N.....dapat rasa air tangan Isteri dia tiap tiap pagi....tambah sayang le cenggini ....hehe...
    Tq kerana mengingatkan AN....tetiba terus berselawat

    ReplyDelete
  8. kenapa nak kena guna sejenis bawang je

    ReplyDelete
  9. kenapa nak kena guna sejenis bawang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz dlm Tanyalah Ustaz bgtahu bawang merah dan bawang putih tak elok dimasak bersama dlm satu hidangan

      Delete
    2. serius baru tahu ni.
      saya kalau masak sayur kadang kadang letak bawang putih saja. kadang cmpur juga ikut mood rajin nk menggopek. thanks akak berkongsi. tambah ilmu..

      Delete
  10. sedapnya nampak bihun goreng tu. nak nak letak kucai pulak..

    salam maulidul rasul

    ReplyDelete
  11. Acik cuti selasa rabu dan jumaat AN..din9 tambah satu hari lagi cuti Yam Tuan Besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah....jelesnya acik....lama tu cuti...

      Delete
  12. salam maulidur rasul juga buat akak sekeluarga :)

    ReplyDelete
  13. tak terlambat nk ucap salam maulidur rasul..jumaat thaipusam,ahad sultan kedah plak..kedah byk cuti.hehe..kiteorg kem tentera amik semua cuti..:)

    untung papa dpt bekal bila naim dh sekolah

    ReplyDelete
  14. samalah..sy masak guna 1 jenis bwg je skrg..xcmpur dah..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1