Perpisahan

Telah dijanjikan ajal, maut dan pertemuan ni hanya Allah yang tahu. Sejak dua minggu yang lalu, sekolah saya dikejutkan dengan surat kenaikan pangkat PK Petang. Dah sedih kami semua, sebab puan PK ni memang baik, macam ibu kami dah. Tapi tak disangka pula, dah tertunggu surat perpisahan puan PK ni, ada pula insan lain yang terlebih dahulu kena keluar dari sekolah kami.

Sedih lagi saya bila kawan baik, Sal pula dapat pindah ke sekolah lain. Cik Sal ni pun langsung tak sangka yang dia dapat pindah. Dah bertahun diminta bertukar ke sekolah yang dekat dengan rumah, alhamdulillah kali ni dikabulkan permintaan dengan proses rayuan. Maka terpaksalah merelakan kepergiannya dengan doa. Makin bahagialah harapnya bila duit tol dan minyak makin jimat ni ya...

Hari Jumaat hari tu, kami ke Aeon Subang. Kononnya, saja jalan-jalan sambil meraikan perpindahan Sal. Tiga mak orang sehati sejiwa keluar rumah awal di hari Jumaat tu. Baca ni mesti MD gelakkan saya.  Tak payah ke KLCC, di kompleks Aeon Big Subang ni pun jadi. Tak adanya saja-saja bila Cik Sal dan rombongan masuk Nagoya, dirembat kain pasang masing-masing. Kata nak buat pakai harian ke sekolah, tetiba tambah pula dengan baju untuk hari raya. Habisnya, dua Cik Kiah dan Cik Sal keluar dengan beg plastik berat. Saya je, yang cuma beberapa helai.

Lepas lama di Nagoya yang kononnya tak ada kain pilihan hati tu, kami ingatkan dapat terus balik lepas makan. Rupanya lepas kenyang perut masing-masing makan laksa dan mee kari, kaki lenguh tadi terasa hilang dah. Cik Kiah pula mengajak masuk kedai tudung. Sempat pula rembat dua helai selendang kat situ. Menyesal tapi gembira duit habis. Haha.. Tapi tak abis lagi, singgah lagi di kedai sticker, terbeli pula sticker. Hahaa.. bila sekali sekala mak-mak orang berjumpa,  ginilah jadinya.

Semoga kehidupan Sal lebih baik selepas ni. Kami kat sini doakan supaya bisnes dan kerja sama-sama berkembang baik ya. Maafkan salah silap yang ada.. aii sedih tau, kawan yang ada memang ramai, tapi nak dapat kawan baik yang macam ni payah. Naim pasti sedih juga lepas ni sebab tak dapat lagi makan kek air tangan Cik Sal ni. Tauke dah pindah nak ooi.. pernah Naim memuji kek sedap lalu dia nak belajar di sekolah mama. Haha.. tak tercapailah cita-cita Naim tu.

tauke kek bertudung hitam... senyum lebar sebab nak pindah tu.. mujur jauh tak pilih pergi ke tempat yang lagi meriah, agaknya kalau Ke Sunway Pyramid boleh terlupa masuk ke sekolah hari Jumaat tu.. haha..

Comments

  1. berita pertukaran mmg hepi buat dieorg kan aisy, tapi kite sebagai kawan sgt2 tumpang gembira...tapi dlm masa yg same tetap terselit rase sedih kan...ye laaah nak kehilangan kawan baik dan bos yg baik mau tak sedih....takpe laa, dunia skrang canggih...fb ade, wechat / wasap pun ade...jauh dimate tapi in sha Allah tetap dekat di hati kan heheheeh

    sonok kaloo rombongam pompuan2 jek yg pi soping...enjoy rase...lagi2 dgn geng sekepale....byk la tu hasil sopingan yeak heheehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, sikit je hasilnya.. hihi, sorok dlm kereta...

      Delete
  2. perubahan tempat mgkn memberi pandangan yg baru kan :)

    ReplyDelete
  3. Ni bukan kawan awak yg awak rindu tukan AN.... hehe...
    Tulahkan bila kita dah serasi dah mesra dengan mereka rasa tak best kalau mereka dah jauh dpd kitakan....itulah adat dunia AN.... Tapi bagus jugak sebab bila jauh, kita akan selalunya bau wangi! cuma tak dapat le nak makan cup kek selalu hehe...kena buat sendirilah gayanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okje ingat lagi ya.. betul, yang ni Sal, kawan yg saya ceritakan hari tu Zila namanya...

      adoi, bab kena buat sendiri tu yg berat tu... entah bila nak rajin

      Delete
  4. Alahai, AN... memang sikit sangat 'beberapa helai' tu :) Saya tak pernah gelakkan orang kalau keluar shopping tapi saya cuma terbahak-bahak aje gelihati :D Sebenarnya kan kita ni kalau dah gila meroyan nak bershopping, dapat masuk kedai jual alatulis anak tu pun dah rasa meriah sangat dapat keluar kedai bawa colour pencils, buku latihan etc.etc.

    Apa nak jawab ek kalau cikgu tiga sekawan tak masuk kelas hari Jumaat? Boleh bagi excuse tak kata lupa yang sekolah kat Selangor bukannya di Johor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..faham situasi ya MD.. mmg pun, rasa bangga seronok dan bahagia wlaupun dapat beli satu barang anak.. yang penting dapat keluar shopping dan jamu mata.. seronok dapat buat keluar duit yang ada..

      hha, tak tahan tu, lupa dan bagi alasan ingatkan cuti dah tukar....bagus juga ya cadangan ni..

      Delete
  5. hahaha. memori dgn korang mmg best. akan ki kenang selamanya. sob sob..... sedih ah.... tp kat skolah br kena ajar math pulak.. layankan aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai dah tu ajar math... haha.. gudluck di tempat baru

      Delete
  6. wow bestnya outing bertiga:)lepas ni makin rindulah kita kat sal yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, cik Zilla tak nak join kita dah....

      Delete
  7. aasalam singgah ptg tima kasih ziarah dan doaka saya. walaupon x bersua muka kan.

    alhamdulillah lega kan bila dpt tukar. sellaunya bukan senang

    ReplyDelete
  8. biasala kan..dh bertemu..mesti nak berpisah pulak..:)

    ReplyDelete
  9. dimana-mana, pasti ada pertemuan n perpisahan

    ReplyDelete
  10. kan, tang perpisahan tu rasa macam eerrrmm.................... tak mahu berpisah tapi apakan daya...

    ReplyDelete
  11. ehemm beberapa helai tu maknanya lebih sehelai...banyak dah tu hehehe

    ReplyDelete
  12. Jangan sedih2 ye kak...
    InsyaAllah mudah2an berjumpa kawan baru yang sehati sejiwa :)

    ReplyDelete
  13. best nyer ladies day out… sekali sekala duit habis, apa salahnya.. hahhaha
    Kalau saya bukan sekali sekala, selalu jer habis duit gara2 tak tahan godaan sale yg melampau2 kat sini… hihihi
    Insya Allah, moga lepas ni dapat puan PK yang baik juga… semoga Sal cepat menyesuaikan diri di tempat baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. mmg seronok.. cik sal kata kat sekolah baru dia sopan lagi, haha.. yelah tu

      Delete
  14. alahai kawan baik dh nak bertukar,perasaan sedih pasti memonopoli,doakan yug baik2 aje buat cik sal kan

    sesekali shopping habiskan duit tak salah,klu selalu tu yg parah.hiks

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1