Dapat "i love u" di awal pagi

Seronok tau, pagi lagi saya dapat ucapan I love u cikgu.

Kisahnya, tengah mengemas tadi, saya dapat panggilan daripada ibu seorang murid. Anaknya dah masuk tingkatan tiga, mamanya saja bertanya khabar cikgu. Katanya pada mula-mula. Saya dah agak, takkan nak tanya khabar saya je, pasti niat lain nak tanya pasal akademik anak dia.

Memang ya pun,selepas beliau tanya pasal saya, beliau mula tanya pasal perkembangan anaknya. Memang mak ayah risau pasal PBS ni. Sistem sekarang ditutup, pihak sekolah tak boleh nak bagitahu pasal pencapaian anak secara umum. Bagi mak yang prihatin macam ni, bagusla, dapat diorang tahu tahap anak.
Anak puan ni memang baguslah pelajarannya. Jadi, dengan yakin saya boleh bagitahu apa jawapan yang diharapkan. Sebab tu gembira je suara puan ni. Itulah pasal saya dapat ucapan i love you tadi..

Gembira. Menggembirakan orang lain memang membahagiakan kita..

#ps : korang pun ada ambil nombor telefon cikgu yang mengajar anak ke? Ke saya je yang tak sampai hati, kalau ditanya secara langsung, memang saya bagi no telefon saya.

Comments

  1. seronok ada cikgu mcm ni..

    layan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sekolah kami, mmg kerani akak forward call kepada cikgu. Cikgu akan jawab sendiri persoalan parents... jadi sama je kita bagi no fon kepda parents yang berminat nak tahu pasal anak..

      Delete
  2. Hah, baru nak tanya macamana mak budak ni boleh telefon cikgu! Kalau saya dapat nombor telefon cikgu, memang saya akan 'I love you, teacher' memanjang, AN. Biasanya saya beri 'surat cinta' pada Abang suruh pass kat cikgu. Nanti samada cikgu telefon ataupun akan jawab balik dengan surat cinta juga :) Tahun ni, baru nak cari cikgu kelas dah kena marah.... kesian mak budak macam saya ni.... Too much sangat ke kalau mak nak tanya perihal pelajaran anak atau apa-apa yang tak pasti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... apa pulak melampau...bagus sebenarnya..bukan call selalu atau tiap3 hari, waktu ada hal sjaa kan? Cikgu pun faham parents nak tahu perkembangan anak2..

      Kat sini ada masanya parents ok, ada juga yang melebih2...

      Delete
  3. memang bahagia rasanya kalu dpt menggembirakan org lain...

    mesti la ada no telefon cikgu,boleh tanya pasal anak sendiri..hehehe penting tu

    ReplyDelete
  4. seronokkan kalau dpt menggembirakan hati org lain.. :)

    anak tak sekolah lg.. hehe..
    cara yg bagus utk berkomunikasi ngan cikgu.
    nnt kalau aimy skolah, kene mintak no tepon cikgu dia ni. hehe

    ReplyDelete
  5. setuju..yg membaca pun tumpang bahagia..msti AN senyum sepanjang hari..seronok juga jadi cikgu..i love u cikgu..so sweet.hehe

    ReplyDelete
  6. Seronoknya. Akak yg baca ni pun senyum memanjng. Tumpng gembira.

    ReplyDelete
  7. as-salam
    alhamdulillah. bhagia kn.

    ReplyDelete
  8. aida x pernah minta. but kali ni nak minta la :-)
    kedua dua mereka agar dpt call and tanya...

    ReplyDelete
  9. Pagi2 dah dapat aura positif… bagus bagus :)
    Saya tak pernah minta no phone cikgu…segan pun ada… maklum lah pemalu orang nya…. hihihi

    ReplyDelete
  10. Untung jadi cikgu ni tau....disayangi, bukan dgn anak murid jer sampai mak pak mereka pun ....
    Okje nak jer mintak no hp cikgu...bukan nak call selalu pun, tapi pernah sekali tu....cikgu tu tak mesra alam tau AN, dia tak bagi hehe...malu mak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish2..mmg tak mesra alam...

      tapi ada juga cikgu yg tak nak bg sebab tak nak ganggu privasi diorang.. saya senang je, masa lapang angkat call tu, jadi takla timbul isu ganggu privasi.. lagipun bukan ramai pun yg nak call... kan?

      Delete
  11. alhamdulillah..inilah hadiah seorg gurukan..lg2 dihargai oleh ibubapa pelajar kan

    ReplyDelete
  12. dulu mak telefon opis je. no cikgu xda pulak. mungkin sbb nina xberapa nk nakal kot. hehe
    untung pelajar2 akak sbb ada guru yg prihatin mcm ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1