Apa yang penting kerjasama

Alhamdulillah,  syukur, misi yang dianggap payah kini berjaya. Dua malam sudah kami berjaya menidurkan dua beradik ni awal.

Mesti buat, tak kira apa keadaan. Haa, dah macam misi sempena tahun baru. Nak  wujudkan keadaan di mana sekitar pukul 10.30 malam, anak-anak dan mak pak dah kena lena di tilam empuk kami ni. Memang dapat dibuat. Pukul 10.15 malam saya dah angkut dua beradik ni masuk bilik, gelapkan bilik dan tak bercakap, pura-pura tidur dan tak layan apa sahaja pujuk rayu Naim dan Nazif. Pastinya juga kena tahan gelak, sebab dia ni akan buat apa saja untuk kami buka semula lampu.

Kononnya tidur awal ni kerana nak Naim dapat berikan tumpuan dengan aktiviti di sekolah dan tak mengantuk bila dibangunkan pada awal lagi.
Alhamdulillah juga, Naim nampak seronok di sekolah baru. Balik kerja petang semalam, Naim bercerita tentang kawan baru dan cikgu. Tengok gaya dia bercerita tu, lega hati saya. Hari pertama yang menggembirakan, maka legalah..berbaloi mama masak dua hidangan setiap pagi. Haha, dualah sangat ya, yang mudah-mudah je, semalam masak sandwich dengan bihun goreng, pagi ni saya masak yee mee goreng dan roti telur. Sengaja buat dua untuk Naim pilih. Naim makan mee dan bihun.

Berbahagia Naim nampaknya, pagi-pagi dia didukung oleh Papa N. Kata papanya, layankan saja untuk sementara waktu ni. Asalkan Naim seronok dan berlapang dada untuk pergi ke sekolah.

Dua hari yang berjaya, kerana kerjasama....sekian..
Hari Jumaat pakai baju sukan....

Comments

  1. hehe...misi berjaya...tapi betullah AN......kalau kita tidur awal malam tu, kuranglah liat bangun paginya hehe....semalamkan OKje bangun awal .....ececeh untuk diri sendiri...hehe...
    Tak sabau nak tunggu esok pulak! cutiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak cuti lagi esok... ada taklimat...gane nih?

      Delete
    2. hehe...nak buat gane...sabau jelah

      Delete
  2. Seronoknya kan... tidur awal, nanti senang bangun pagi. Bangun pun ceria =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat dua hari ni, alhamdulillah macm tu.. memang rasa ceria je naim tu..

      Delete
  3. Wahh 2 menu setiap pagi. Rajinnya. Asal anak gmbira,kita pun turut merasa..
    Akak masih lagi tak bermenu setiap pagi. Mulai mnggu depan kena merajinkan diri..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaha.. saya masak yg simple je kak.. suami yg beriya2 kejut saya untuk sediakan makanan naim ni..

      Delete
  4. bersamalah kita... dok pakat tido awal dah sekarang...pukul 10 mesti ttp tv,,masuk bilik... mg anak anak kita bersemnagat terus nak g sekolah kan...

    ReplyDelete
  5. Singgah ari ni & terima kasih mendoakan kesihatan saya yer!

    ReplyDelete
  6. saya pun dah niat nak tidurkan Aniq awal. anak2 elok lah tidur awal. lg pun boleh bg ruang kat mak ayah nak berdua pulak..

    ReplyDelete
  7. tak sabar tunggu abg adam masuk sekolah minggu depan...hehehe ntah apa pulak ceritanya nanti..

    wah rajin tu mama naim memasak setiap hari,akak pun kena buat juga ni,seronok kalu anak2 dpt makan hasil dr air tangan mama sendiri

    ReplyDelete
  8. Anak bongsu saya biasanya tidur awal. Pukul 9 malam dah keletihan tapi kalau tidak, Mommynya kena angkut masuk dalam bilik dan tutup lampu. Tak kiralah dia melenjan macamana atas katil tu, kita kena buat tak tahu aje dan pura-pura tidur. Bila penat tengok takda respons dari Mommy, dia tertidur sendiri. Tapi yang tak tahan tu, Mommy nya dalam pada nak tidurkan anak, boleh tertidur sama kadang-kadang. Itu yang pukul 2,3 pagi bangun balik menyelesaikan kerja rumah yang tak siap!

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..semua lancar:)

    ReplyDelete
  10. nk buat apa2 pun yg pentIng ada kemahuan..paling best ada kerjasama dr papa n..

    Aiman sy mmg dh set dlm kepala otak dia hari sekolah kena tidur awal.hari cuti bg chance tido lewat...masa tadika dulu biasanya sekitar pukul 9 dia mmg dh tido..ibu kena masuk bilik sekali bacakan buku cerita pastu tido sama..bila dia tdo baru sy bngun..sama macam MD..:)

    rajin mama msk smp dua menu..untung naim ada mama rajin..:)

    ReplyDelete
  11. bagusnya cara ain...asalkan naim dapat ke sekolah tanpa rasa ngantuk kan...naim pon nampak semangat kan..yg penting anak2 happy kan ain

    ReplyDelete
  12. Bgs tdo awal, sng bgn pagi. Mesti naim seronok dpt mkn masakan mamanya.. Naim blaja rajin2 ye..

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah.
    bagus cara tu..
    semoga dipermudahkan buat Naim utk menyesuaikan diri di sana. aamin

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1