Kelas Cik Jah lo'ni

Assalamualaikum semua. Cik Jah seronok hari ni, lepas buat-buat sibuk tiga hari, hari ni dapat bergoyang kaki...Haha... Alhamdulillah, setiap kesempitan pasti ada peluasannya, saya yakin tu.. seronok saya bila ada yang bertanya pasal saya... Okje, rindu saya ke? Alhamdulillah....rahmat ni. Bukan mudah nak ada orang rindukan kita, kan?

Tetiba jadi Cik Jah pula hari ni ya.. saja, rasa seronok je nama Cik Jah tu. Entah macam mana dapat nama Jah ni...tak kisahla..Ikutkan kata Kak Long, asalnya diorang cadangkan saya ni diberi nama Fitriah sebab dilahirkan pada malam raya puasa yang kedua. Tapi ayah kata, tak sesuai.. kalau tak pasti saya dipanggil Mek Yah kan? Orang kelantan suka panggil gitu.. selamat saya ..hihi

Ni, Cik Jah hari ni nak cerita pasal kokurikulum terbaru Cik Jah dapat tahun ni. Canggih tau. Nak tahu apa jenis kokurikulum Cik Jah kena uruskan? Boling u... haha... kejutan budaya sekejap bila dapat tahu saya jadi cikgu penasihat unit boling. Saya pernah main boling beberapa kali je seumur hidup ni, ni kena jadi guru penasihat.

Mujur budaknya tak ramai. Yelah, unit ni kena murid yang ibu bapa boleh hantar ke pusat boling tu. Lagi, kena bayar sendiri, cikgu cuma teman je dan awasi budak main sahaja. Lega bab tu. Kalau saya kena tunjuk ajar, pasti kena gelak je. Bukan strike, entah-entah, masuk longkang je semuanya... 

Saya kena perli masa perjumpaan pertama hari tu. Selain saya, ada dua guru lain. Guru yang bukan unit boling pun kebetulan ada juga yang hari tu nak datang main saja-saja. Bila dia tengok saya datang pakai baju kurung, abisla Cik Jah kena gelak. Dah la saya tak main..kena perli lagi. Saya bagi alasan, tak sedap perut, di perjumpaan lain baru nak main. Haha.. tak bersedia nak kena gelak kalau setiap kali baling masuk ke longkang je.
Murid-murid main nampak ok je. Ada yang memang mahir betul. Bola pun kebanyakan diorang bawa sendiri, patutla mahir, kan? Cik Jah dulu koko main bola jaring dan ping pong je...

MD, ada potensi saya nak lupa masuk ke sekolah pada hari Isnin pula ni.. hihi. Kat Summit ni pun macam-macam ada juga. Panjaang dah leher, tinjau sana sini lepas aktiviti boling tu. Kalau terleka apa pulak alasan nak bagi ya...

Comments

  1. haa..pecah rahsia.nanti kna jadi guru penasihat ping pong la..ganti i

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish,, tak mainla ping pong sekarang ni.. hihi, nati makan kat kantin je.. kami kat summit makan best.. secret recipe ada, kfc, mcd, subway, eh..macam2 la... hihi ayat jeles ya... mana leh komplen banyak, nati ada yang cop i ni jenis suka komplen pulak, redho jelah apa2 pun yg diberii.. baru happy

      Delete
    2. bukan apa..i tak suka timing dia..4.50-6.20pm..nnt org ingt i terlebih rajin

      Delete
    3. Ala..i tahu yang u mmg rajin. Apa nak kisah orang lain mengata... yg betul tu.

      Delete
  2. Eh!. Best ler tu!!. Seronoknya bebudak skrg ye, mcm2 pilihan kokurikulum. Rasa mcm I nak jadi budak sekolah semula lah, Aisy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... kan kan..ada yg cakap best. Koko budak sekarang mmg pelbagai.. ada kelab yang ajar penerbitan video dah macam krew tv3 macam tu.. ada kelab buat kereta f1.. canggih la..

      ha..lebih umo dah...

      Delete
  3. Haruslah rindu....sahabat alamaya katanya hehe....
    Cik Jah.....oooo cik Jah....hehe...jadi cikgu bowling ke...ok gak tu boleh soping sekali kat Summit Mall hehe... Tapi boling tak susahlah AN.....boleh je walau kita tak pernah main Dahsyat ek budak budak sekarang ni siap ada bola sendiri lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal, Cik Jah ada juga risau kot tak mampu nak shopping, member lagi dua tu bini tauke.. takpela...

      Delete
  4. Pakai baju kurung pun boleh gak apa main, angkat jelah kain....beli je legging , settle masalah tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Cik Jah kan orang kampung, sopan gitu... haha.. next time la cuba main

      Delete
  5. wah jom kita ber bowling pulak jom..kat sunway piramid jom...hahah... ala masok longkang pun xper... mula mula nak main kan... hihiih semoga bberjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..ajak main..mesti akak terror ni.. ish.. tak beranila nak join..hihi

      Delete
  6. amboi ada nama baru tu hehehe, mesti hebat berbowling ni kan !

    ReplyDelete
  7. Ni Cik Jah kena gi sopping baju sukan baru, kasut+stokin+bola bowling ikut cita rasa walaupun ada disediakan (nanti takda reason nak shopping mopping shopping mall pulak kan...) Betul tak Cik Jah? Selamat dah disitu kekusutan dalam kepala nak bagi alasan apa nak gi shopping lagi...hahaha.... Kalau lupa datang sekolah hari Isnin cakap ajelah 'the last time I checked postcode, bukan ke postcode sekolah kita start dengan '5' (postcode KL ya tu Cik Jah....) so thats why lah I tak dtg, ingat cuti Hari Wilayah!'

    Btw Cik Jah, kalau nak strike dan bola tak masuk longkang, apa kata Cik Jah bawa NaimNazif sekali pastu pasangkan pagar kat longkang tu...takdalah malu sangat, takdalah bola bowling paling ringan yang guru penasihat ni guna asyik ke longkang aje (bercakap dari pengalaman nih) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kalau bola boleh try, kalau nak bawa dua ahmad tu saya pikir 10 kali. Nanti koko dengan anak je jadinya..

      bijak cadangan MD ni.. tapi sayangnya sekolah kami mng cuti Isnin ni.. takleh guna la nampaknya.. utk mggu lain pasti tak ada cuti hari wilayah kan..

      Delete
  8. Wowwww bestnya..ada unit boling..Che Jah mmng kelas gitu...
    Beruntung budak2 skrng ni...

    ReplyDelete
  9. wahh terbaek la akak.. lama xmain bowling. dulu lepas habis klas mesti singgah main bowling.

    ReplyDelete
  10. penasihat boling?ok jugak tu pernah main sekali dua..klu sy pegang bola boling je tak pernah.mau garu kepala seminggu klu kena jadi penasihat.kehkeh..

    ReplyDelete
  11. good luck..
    baru ada cabarannya kan.. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1