Mengajar Naim mengira

Mama tolong buatkan azam tahun baru untuk Naim. Tahu apa azam tu? No more ipad and tab.. haha.. ingat mudah? Agak susah sebenarnya. Banyak perkara kami buat untuk buat Naim lupakan ipad.

Antaranya saya pujuk Naim bermain dengan permainan yang berinfomasi. Kononnya nak merangsang minda Naim dan Nazif sekali. Bila dapat tahu banyak mainan murah dijual di MR D.I.Y, saya ajak kawan, Nisaq pergi ke 19 Mall. Pelaburan RM 35 dapat pelbagai mainan. Mulalah saya bandingkan mainan Naim sebelum ni, beli kereta Mc Queen yang mahal lagi pun  boleh, yang ni murah je.. patutnya dari awal kami dah beli mainan yang macam ni. Taklah anak cuma dapat seronok sahaja, sebaliknya ada juga belajar sesuatu.

Saya bagi Naim main sikit demi sikit mainan yang dibeli ni. Mulanya saya bagi Naim main dengan kayu ais krim berwarna warni ni. Saya suruh dia pilih kayu-kayu ni ikut warna yang sama. Ada banyak lagi warna sebenarnya tapi Naim tak berapa minat nampaknya. Dia pilih yang ni je, lepas tu terus lari ke tempat lain.

Mula-mula saya tunjukkan kayu berwarna kuning tu, Naim jawab "YELO." Selepas dipujuk dia pun tunjukkan beberapa lagi kayu kuning ni. Kemudian, saya minta Naim ambil kayu merah, dia jawab," bukan, ni Mc Queen.." Hasilnya, Naim tunjukkan 3 batang kayu merah pula. Alhamdulillah, warna McQueen pun McQueen lah, asalkan dia faham konsep sama warna. Selepas tu, saya minta Naim cari kayu berwarna sayur hijau. Setelah dipujuk berkali-kali, maka dapatlah kayu berwarna hijau ni. Bila nak teruskan ke warna CARROT, Naim cuma bagi kerjasama setakat dalam gambar tu saja, lepas tu terus dia lari.

Tak apalah. Mana boleh paksa budak-budak ni. Lain budak, lain pencapaiannya. Mungkin budak lain di usia 4 tahun dah cekap mengecam warna, Naim ni nampaknya kena lebih latihan lagi. 

Tak lama lepas tu, Naim ternampak mainan lain yang memang juga saya beli di MR D.I.Y. Terus dia buat main dengan benda ni. 
Korang ingat saya ajar ABC ke? Tak sebenarnya. Mulanya bila saya tengok Naim memungut plat ABC ni, saya pun berniat nak ajar ABC, sebab Naim memang cuma cam huruf A, B dan C sahaja setakat ni. Kononnya nak ajar huruf lain. Budak... manalah dia nak ikut. 

Sebaliknya masa Naim susun benda ni satu persatu, dia mengira 1 hingga 10 dalam Bahasa Melayu. Lepas tu, dia ulang lagi mengira dalam BI pula. Pandai dia buat berulang-ulang ke bahagian tepi peti sejuk dan selepas tu ke bahagian hadapan pula. 
Nampak tu, siap panjat bakul lagi, tujuan tak nak adik ambil...

Nazif pun ikut sama bergedik mengira, menyusun atur benda ni. Abangnya sebut one two three, dia sahut twee.. haaa. Kira bolehla dik ya.. opss.. model bulat ni tak ada baju.. haa.. terseksi pulak...
Masa abangnya masuk tandas, Nazif pun panjat juga bakul, naik untuk letakkan plat ni.

Hasilnya .... Abang Naim tersenyum riang bila siap susun. Dua bahagian , satu di bahagian depan, lagi satu pula di bahagian tepi peti sejuk. Muka gembira tu cukuplah sebagai bukti objektif pembelajaran dah tercapai. Alhamdulillah, syukur anak mama minat apa yang dibeli.

Comments

  1. yg penting kita ibubapa kena bg semangat dan cepat berputus asa,kan..

    ReplyDelete
  2. Melentur buluh biarlah dari rebung......dah mmg meletop sangatlah pendekatan yang awak buat tu AN....katanya cikgu yek hehe
    Meragam lagi tak pergi sekolah hari ni si Naim tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naim? ada hari ok dia, pagi tadi meragam sebab nak bawa baju Mc Queen yabg baru dibasuh..

      haha..meletop ya..

      Delete
  3. heheeheh good boy la naim....pandai dah kenal warna....betul tu aisy kite nak ajar budak ni mmg penoh kesabaran...kene tgk mood die....dieorg dpt pay attention 15minit pun dah cukup baik dah...takpe2, walaupun sekejap tapi buat selalu in sha Allah die belajar gak something kan.....

    pandai jek susun tgi2 tak mo adik kaco heheheeheh...terkulat2 adik nak capai hah .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naim mmg cukup pandai bab tu.. kalau benda dia sayang macam itulah..alasan dia.."adik kecil lagi, tak boleh"

      Delete
  4. seronok ye naim menyusun abjad2 tu... akak pun baru nak beli juga batang ais krim tu kat mr diy utk adam belajar mengira juga..tp sgt susah bila mama nak mengajar sbb kurg nak ikut pastu sibuk pulak dgn adik adam yg dua org tu, semalam habis buku iqra' abg dikoyak adrien...berasap mama dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. macam2 ragam ye.. saja nak uji mama

      Delete
  5. bagusnya cara akak mengajar.... :) menarik dan tertarik... mama boleh praktikkan ni..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.
    inshaa Allah boleh tu
    belajar sambil bermain.

    jgn straight je ajar, dorng cepat boring pastu mula la nk tido la, nak mkan la, nk minum la, semua ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..kena ikut diorang....mood ubah2

      Delete
  7. wahh..bagus..saya pula sekarang kalau tak bagi main fon masa caj mmg off.Dan bateri pn sikit2 je tinggal.nampak berkesan..
    Oo..bagus permainan tu.merangsang minda.memang betul,diorang klu nak lari dari main gajet ni,memang kena alih perhatian mereka kt bnda2 yg dia minat..semoga berjaya untuk saya juga!!

    ReplyDelete
  8. Oh, memang bukan mudah nak menjauhkan budak-budak sekarang ni dengan segala gadget yang ada di rumah. Pantang aje kita leka, mereka dah duduk di depan komputer, main game. Untung juga macam ni, dapat 2 dalam 1. Ajar Abang, Adik pun boleh join sekaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak boleh berenggang pun dua beradik ni.. bolehla saya ajar kedua2 sekali

      Delete
  9. bijak2..

    kesian kat adik tu..hehe
    warna warni mmg merangsang otak kanak2..tambah2 warna merah..kena banyak pengunaan warna merah..

    ReplyDelete
  10. pandai dia main susun2 sambil kira…
    Bagus jihad mama utk buat Naim lupakan Ipad…
    Anak2 saya cuma akan berkreativiti sesama mereka bila Ipad habis bateri… Atau kena denda tak boleh main Ipad… baru la mereka buat aktiviti yg memerlukan pergerakan motor… cuma kena rajinkan diri mengemas semula apa yang mereka sepahkan masa beraktiviti tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...Haa.. bab kemas...adeh..m sabar dan tabah je

      Delete
  11. bagusnya..belajar smbil bermain...mmg kena dgn budak2...good job akk.. :)

    ReplyDelete
  12. a.. bagusnye mama..
    mama, ibu nak tanye.. kalau baby usia 8 bulan nk beli mainan ape ek yg leh rangsang minda.. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..soalan macam mencabar je.. hihi.. terima kasih bertanya.. nanti saya lapang, saya buat satu entry ya.. harap dapat membantu.

      Delete
  13. biasa usia naim kita kna bijak mcari cara utk mgajar.. biasa dlm keadaan santai /belajar sambil bmain kan.. apa2 pon ni salah 1 tips y bagus utk mransang anak..

    ReplyDelete
  14. mungkin akan ikut jejak langkah saya.. xsuka huruf, tapi suka nombor.. hehe..
    lain budak, lain progress nya :)

    ReplyDelete
  15. semoga berjaya akak..kena byk bersabar tp ada la peningkatan tu :)

    ReplyDelete
  16. Bijaknya naim!bagus tu niat nak kurangkan pgunaan gajet tu.good luck.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts