Kembali ceria selepas demam sawan

Assalamualaikum semua..
Lega rasa semuanya kembali seperti biasa. Nazif dah sihat, demam dah tiada, malah semasa ditahan di wad pun dia tetap aktif macam biasa waktu demamnya kebah. Terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang mendoakan kesihatan Comel saya tempoh hari. Ingin saya sebutkan di sini
          Nea Lopah
          Intanfirdaus247
          Mamaaryan
          Cikzaniff
          Umi alya
          Mama adam
          Nurbijen
          Miss Mirror
          Myra Jay
          Ceqgu
          Kina
          Nastyna
          Wahida
          Nik Ros
          Mama Rey

Korang semua memang kawan yang baik.. Semoga Allah balas keprihatinan korang ni dengan pahala yang berganda.

Dengan kejadian pada awal pagi 13hb yang lalu, telah banyak menguji ketabahan dan mengajar saya sebagai seorang mama. Betapa ceteknya pengetahuan saya ni, banyak lagi yang kena ditambah ilmu saya nampaknya.  Saya nak kongsikan kat sini antara ilmu baru yang saya pelajari daripada kejadian ni.

Demam sawan ialah sawan yang berlaku apabila suhu badan melebihi 38 C di mana tanpa demam anak tiada sawan. Biasa berlaku pada hari pertama atau kedua demam dan cuma berlaku untuk beberapa minit. Kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 2 tahun terdedah kepada demam ini.

Tanda-tanda sawan :
  • badan panas
  • kaki/ tangan tergoncang tanpa ransangan
  • muntah atau mulut berbuih
  • terkencing atau terberak
  • mengetap gigi
  • mata putih berpusing ke atas, bernafas dengan kuat
  • badan/ kaki/tangan tegang
  • terjatuh
  • tertidur / tak sedarkan diri seketika
Kecuali tiga tanda dari bawah, semua berlaku pada Nazif masa dia diserang sawan ni. Bayangkan perasaan saya masa tu, panik, sedih, tak keruan dan terlalu risau. Walaupun tak lama masanya ( dalam 2 minit), namun bagi saya yang kali pertama menghadapi situasi macam ni sepanjang 3 tahun menjadi ibu, tak terhurai perasaan sebenar pada masa tu. Saya terbayang keadaan yang mungkin Nazif jadi apa-apa yang tak normal, lalu terus berkejar ke wad kecemasan walaupun sawannya telah berhenti selepas itu.

Bagi ibu-ibu yang mengalami kejadian ni, korang jangan macam saya ye, sebaliknya ikutlah  langkah yang berikut :
  • letakkan anak dalam keadaan mengiring ke sebelah kiri dan biarkan mukanya terdedah ke sisi
  • longgarkan pakaiannya untuk memudahkan pernafasan
  • sentiasa berada di sisi anak
  • lapkan apa apa cecair atau muntah yang keluar daripada mulutnya
  • jangan letak apa-apa benda di dalam mulut anak , dikhuatiri akan tercekik.
Tunggu sehingga sawan berhenti, tetapi sekiranya melebihi 5 minit, segera bawa anak ke hospital yang berdekatan.

 Semoga perkongsian kali ni akan memberi manfaat kepada semua. Sebagaimana anak penting dan berharga bagi kita, perlunya kita tahu perkara seperti ini supaya perkara yang tidak sepatutnya tidak berlaku kepada anak-anak kita.

Comments

  1. Salam dear, Alhamdulillah takder apa yang teruk and dia pun dah kemabali ceria. I dengar sawan senang kena pada kanak2 kan, thanks for the info. At least tau la apa nak buat in this case.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kembali, tulah kita share info semoga anak yg lain tak jadi mcm ni..

      Delete
  2. Alhamdulillah.Nazif dah sihat yea.
    dengar sal sawan pun dah menakutkan.apa lagi bila tgk anak sendiri yg kena kan. nik tak boleh dgr kisah baby sakit, rasa sgt kesian.
    moga Nazif sentiasa sihat dan ceria.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg rasa menakutkan.. terbayang macam macam.. mujur alhamdulillh tak ada apa apa

      Delete
  3. Alhamdulillah, semua dah kembali seperti biasa... saya faham perasaan tu sebab saya pun pernah mengalami masa Irfan kecil...

    Entah macam mana boleh terlelap masa duk jaga dia demam panas.. tiba2 nampak badan Irfan kejung (badan/kaki/tangan keras)... tapi saya tak panik sbb pernah baca tentang ni dan jerit kat hubby suruh ambilkan air... nak dijadikan cerita, dia pergi ambil air dalam cawan... saya pun terus ke toilet ambil kan air dalam gayung untuk basahkan (sponging) tubuh irfan bagi mengurangkan panas badan dan sangat lega bila irfan terus ok lepas tu dan dia celik mata macam biasa.. lepas tu mmg selalu berjaga-jaga tiap kali anak-anak demam panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, saya pun rasa bersalah sebab terlelap masa nazif kena sawan tu. sebelum tu mmg banyak kali lap badan dia dgn tuala basah dan juga basahkan badan dia dengan air asam jawa...
      dah kena seawal 6 bulan ni, doc dah bagi peringatan suruh berhati hati bila demam lagi, risiko berulang lagi

      Delete
  4. Alhamdudlillah dah sembuh...pernah juga dengar kes macam ni masa anak saya admitted Hospital Pantai. Kes macam ni kalau demam je memang kena ada di hospital. Kena monitor paras suhu badan.

    Semoga anak u cepat baik ye

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah, dah sembuh. Semoga Nazif sentiasa terhindar dari penyakit merbahaya dan membesar dengan sihat. Kadang2 kita ibu muda banyak perlu belajar untuk membesarkan anak. Tq for sharing information.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah nazif dah sihat.....anak murid anis selalu kena sawan. memula dulu tak biasa gak, panik jugak la. tapi bila dah selalu berdepan dengan kes mcm ni, dah tak panik. tapi kalau kena kat anak sendiri mungkin panik tu datang lagi hehehe.....apa pun yg penting, JANGAN JANGAN dan JANGAN letak sudu or apa benda sekali pun dlm mulut time anak kena sawan. BAHAYA!

    ReplyDelete
  7. Ya Allah...lega sgt aku dgr...Alhamdulillah Nazif dah sihat...serius aku risau...

    tengs sharing info ni...kalau aku ada kat tempat ko pun, mmg aku panik...tak tau nak buat apa...huhu...

    ReplyDelete
  8. harap sawan Nazif tak berulang lagi...kita sama2 doa...

    ReplyDelete
  9. Ya Allah... baru akak tahu Aisy. Moga Nazif terus sihatlah hendaknya.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah akak.. nazif dah baik ye..

    ReplyDelete
  11. salam..alhamdulillah nazif dah sihat. Tertanya2 jugak sebab tak ada n3 slps itu. sabarlah, mmg bukan mudah nk mmbesarkan anak. Bila renung kembali mcm tulah juga bagaimana perit dan sukarnya ibu nk membesarkan kita dahulu. Tq share info. Lepas ni standby dlm freezer ubat demam yg masuk melalui punggung tu. Kalau demam panas sgt, masuk ubt tu insyaallah bole cepat kurang suhu nya.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...
    Takut kan. Mujur x jadi apa2

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah si Nazif dah sembuh.
    Org tua selalu berpesan...Selagi anak belum 4 tahun mmg itulah dugaan2nya..



    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah... si Nazif dah sembuh.
    Org tua kata, selagi anak belum 4 taun, mmg itulah dugaan2nya... sakit pening, demam.

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah semakin sihat
    risau juga bila kena macam nie ..
    akak x pernah ada pengalaman kena demam sampai sawan nie

    ReplyDelete
  16. alhamdullilah Aisy, Nazif dah okey..
    lega juga dgr Nazif pulih kembali..risau kalau anak kena sawan..
    harap2 sawan Nazif tidak berulang lagi..

    ReplyDelete
  17. salam aisy..alhamdulillah semua dah ok,perkongsian yg berguna juga dari aisy nih,kena amik perhatian nih,sbb akak jugak jenis mudah panik.2 minit tu mesti terasa lama jugakan..

    akak percaya aisy juga akan doakan anak kawan2 yg lain juga bila anak2 mereka tak sihat kan,inilah gunanya kawan kan,bukan waktu gembira je,tp waktu susah juga mereka tetap ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak..
      kita sama samalah saling ingat mengingati ye...
      kawan susah dn senanglah kita nak cari...

      Delete
  18. Mau tak panic....kalau okje pun...so far alhamdulillah tak pernah berlaku...harap dijauhkan...
    Apapun anak dah sihatkan...syukur!

    ReplyDelete
  19. salam aisy.. elok spare termometer.. anak-anak saya semuanya jenis demam tinggi.. up to 40. So bila temp cecah 39c saya sumbat ubat buntut (suppository)..boleh beli dekat klinik. kalau travel pun saya bawak termometer tu. apapun, syukur dah sihat..

    ReplyDelete
  20. Baru tau pasal Demam Sawan ni..

    Apapun moga dijauhkan, insyaAllah

    ReplyDelete
  21. Ya Allah.. nasib x apa2.. bahaya jugak demam sawan ni yer..

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah ain..naseb semua dah ok...

    ReplyDelete
  23. erkk..nama sy takde? kenapa? kenapa? kenapa???? hahaha

    ReplyDelete
  24. salam..k.ain..blejd ni??sori..lame xbkak fb..msuk hospital..misscarriage..ni, bru dtg blik jb..mm..org doakn semuanye selamat..amin..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1