Bercakap tentang anak

Pagi ni saya rasa lain macam pula. Dah terbiasa bangun awal dan siapkan sarapan dan kelengkapan Naim ke sekolah, hari cuti macam ni terasa tak ada kerja nak dibuat pula. Semalam pagi, ada juga target nak masak nasi arab, jadi awal lagi dah masuk dapur. Hari ni memang tak ada target, jadi sambil saya menanda buku latihan ni, terasa masa lambat sangat berlalu.

Dua Ahmad masih lagi lena. Semalam macam nak gaduh, semata-mata nak tidurkan Nazif. Akhirnya dia lena pada pukul 12.30. Naim pun boleh tahan, pukul 11.30 baru lelap. Berkali-kali saya tepuk dan gosok barulah dia lena. Mamanya pula, bila dah lewat tidur, mulalah oayah nak lena. Terasa dah lari masa tidur sebenar. Haha, mula terbiasa dengan rutin tidurkan diorang pada pukul 10-11 malam.

Saya suka sebenarnya kehidupan yang mengejar masa. Bangun awal bergegas masak dan kemas, lepas Naim mandi pula seronok riba dia dan suapkan dia makanan sambil cakap-cakap kosong dengan dia. Seronok bila Naim cakap, "Mama, Naim baby".... haha.. dia pun perasan dia dimanjakan sejak mula bersekolah ni. Yang pastinya, waktu pagi sebelum ke sekolah memang Naim diberikan layanan istimewa oleh Mama dan Papanya.

Anak-anak ni memang anugerah yang terindah. Melihat perkembangan anak memang seronok. Hampir menitis air mata saya melihat gambar Naim dalam FB  tadikanya. Padahal, dalam banyak-banyak gambar tu, terselit muka Ahmad Naim saya ni cuma beberapa keping sahaja, mamanya pun dah cukup seronok.

Nazif pula, usia hampir setahun setengah sudah. Alhamdulillah membesar dengan baik. Penerimaan abang pun semakin baik. Kurang episod Nazif kena tolak, mainan kena rebut dan lain-lain, malah di kebanyakan masa diorang dah pandai berpakat buat sesuatu. Sampaikan ada masa Naim ni gunakan adik sebagai perisai. Bila dia buat, dijadikan adiknya sebagai alasan. Contoh, dia habiskan semua ais krim dan ais yang ada dalam peti sejuk. Bila ditanya kenapa sepahkan rumah, jawapannya, sebab adik yang nak makan. 

Risau juga saya kadang-kadang. Keakraban dua orang ni bila tak kena masanya, ai macam-macam boleh jadi. Pernah Naim kuncikan pintu bilik air dan dua beradik ni sama-sama main air kat dalam. Ya Allah berdebarnya saya. Tengah solat tu. Terus saya ketuk pintu bertalu dan cari kunci untuk buka. Mujur dalam 1 minit lebih tak ada apa yang jadi. Mintalah tak berulang lagi.

Nak katakan dua beradik ni nakal, bagi saya ni biasa bagi budak lelaki. Anak orang lain rasanya lebih nakal. Syukur saya sebenarnya. Tahap diorang ni sederhana, tak nakal dan taklah pasif. Kedua-duanya menunjukkan tanda mudah memahami arahan yang diberikan walaupun biasanya diorang ikut mood pada masa itu juga. Apa pun syukur padaMu Ya Allah atas kurniaan ini...teruskanlah berikan kami kemudahan dan kebahagiaan ...

Gaya nakal diorang

Comments

  1. Mmng betul...anak adalah anugerah terindah...karenah mereka mmng cukup menghiburkan..

    ReplyDelete
  2. seronok kan bila anak makin membesar? Aktif tu mmg buat kita penat, tapi terhibur juga..

    ReplyDelete
  3. singgah pagi... hihihihi,,... jgn sesekali simpan dalam hati anak2 kita nakal or sebagai nya... kata mak cik azue... apa yg terdetik di hati seorang ibu yg buruk2 senang Allah makbulkan... so sgt lah susah nak didik hati supaya selalu berlapang dada n pikir yg positip ajer..
    semoga kita kekal menjadi yg terbaik utk anak2 kita dan org2 di sekeliling kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan cuba implikasikan sebutan yg positif sahaja. Tahu.. tp ada masanya tak perasan terlupa dan gunakan juga yg perkataan nakal tu... thanks atas ingatan cik azue

      Delete
  4. ntri yg membuatkan saya berpikir dan berpikir. mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku apda sy skrg. myb saya blom kuat untk mndidik anak anak. anak anak ni amanahdri Allah buat kita kan.

    thanks akak sharing ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah tak lama lagi giliran QR untuk membimbing anak2 sendiri. Budak2 ni memang tak leh nak kita nak belajar dari orang lain atau buku sepenuhnya..kena alami dan belajar sambil membesarkan diorang.

      Delete
  5. amin..semoga anak2 kita menjadi anak yang soleh solehah

    ReplyDelete
  6. setiap dari kita mahu yg terbaik utk anak2 walaupun kita ni tak baik mana..sentiasa tiupkan aura positif dalam diri setiap anak ada kelebihan kekurang masing2..jgn lupa titipkan doa yg baik2 utk anak..doa seorang ibu paling makbul.

    pada sy penerimaan setiap org tak sama..perkataan nakal takde salahnya bagi sy,jahat tu yg perlu jauh dari sebutan.budak nakal biasanya bijak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga PK cakap ni.. niat di hati kena amik kira juga...

      best ayat Pk tu.. kita nak yang terbaik utk anak walaupun kita ni tak baik mana..

      Delete
  7. ada dua heroes yang panjang akal mmg macam ni la kan, pernah terbayang tak macam mana bila mereka besar, remaja nnt.

    ReplyDelete
  8. semoga akak terus menjadi ibu yg terbaik buat mereka.. in shaa allah. tak dpt lg nk gambarkan perasaan jd seorang ibu tu. hehe

    p/s: bebola kfc tu xsedap sbb dh sejuk. kalau goreng panas2 cheesenya cair lg

    ReplyDelete
  9. nakal tu biasa la bg budak2 anak2 akak pun sama je aisy,jenuh nak kejar kalu keluar...

    ReplyDelete
  10. Samalah kita. Ada dua superheroes di rumah mana ada amannya. Tapi bila sunyi sepi dan penuh dengan keamanan, lain macam pulak rasanya. Tak best pun ya juga. Kat rumah ni kalau tak tinggi suara, memang hiruk pikuk sentiasa. Tak heran mereka berdua ni dengan jelingan Mommynya.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1