Posts

Showing posts with the label IOT

Salah teknologi ke salah diri sendiri ni?

Image
 Kalau dalam kelas pengaturcaraan, saya selalu ingatkan murid-murid agar menyalin coding, supaya mereka dapat menguasai bahagian pengaturcaraan dengan baik dan menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Memang ada golongan murid yang kalau di komputer kemain hebat pengaturcaraannya.. Ada error je dia tahu kat mana nak baiki sintaks tu. Tapi lain halnya pulak bila menjawab soalan peperiksaan, kadang-kadang diorang tak jawab dengan tepat pun. Saya pun beri amaran keras, salin coding part ni supaya tangan dan otak kamu dapat ingat benda ni masa menjawab soalan peperiksaan nanti. Apa taknya , diorang ni nak yang mudah aja, semua dicetaknya. Akibatnya bukan baca sangat pun nanti. Haha, mujur murid tak ada tanya, logik tak ayat cikgu pasal tangan dan otak ingat coding tu! Cikgunya ni pun sama. Al kisah saya pergi servis kereta Selasa lalu, bila hulur kad untuk bayar, masukkan pin dua kali tak boleh, jadi akhirnya buat pemindahan wang secara internet banking sahaja. Ah sudah, lupa pin weh. ...