Kalau tak mampu buat pilihan, kita hadapi je semua..

Apa khabar semua? Macam mana PKP kali ni? Dah biasa rasanya kan keadaan macam ni, jadi taklah rasa tertekan sangat patutnya. haha, sepatutnya kan? Lagipun semua orang pun sama, jadi sama-samalah kita bersabar dan ikut SOP agar keadaan kembali seperti sedia kala secepat mungkin. Apa-apa pun kita cubalah sebaik mungkin untuk mengatasi apa jua masalah yang ada dengan akal fikiran yang Allah kurniakan ni..

Risau pulak saya tulis “semua orang pun sama “ macam kat atas tu. kalau dibaca dengan emosi, ada yang marah tu agaknya.. Berdasarkan pengalaman saya cakap ni.. bila seseorang tu dah dalam keserabutan, semua benda pun nampak negatif bagi dia. Pastu, mulalah fikir yang bukan-bukan, marah orang atau macam- macam jadinya..Gini korang, apa-apa pun bertenang dulu. Setiap hari ada je masalah yang melanda kita. Tak kira apa status sosial seseorang tu, PASTI ADA MASALAHNYA..kita tak duduk di tempat dia, mana kita tahu apa masalah dia.  

Kita juga berhadapan dengan pilihan yang kita kena buat. Kalau nak komplen je, selamanyalah tak ada perkembangan dalam hidup ni. Jangan hanya melihat se'post' orang lain dan terus melabel orang. 

Kalau ada masalah, kalau rasa tak percaya ke orang lain, korang google je. Mana tahu Allah berikan hidayah melalui apa je hasil carian di google tu. Asal lapang hati korang, boleh kembali buat pertimbangan yang wajar selepas tu, apa salahnya. Kan? Kadang- kadang ilham secara tak langsung boleh menyelesaikan masalah kita.. Ha gitu pulak ya, patutnya kala ada masalah , kita mohon dengan Allah sebanyaknya. Tapi kalau kita bagi nasihat macam tu, ada pulak yang jawab “ kau tu alim sangat ke? Nak nasihatkan aku macam aku ni tak ada agama!” Pengsan kita nak menjawab..  pendek cerita, miga semua diberi kemudahan dan hidayah Allah la.. usahakan lah sebaik mungkin dengan doa kepada Allah ya.. Moga yang baik-baik je jadi kepada kita dan keluarga kita nanti.
                              
Jangan stress ya, kita usahakan apa yang boleh kita kawal. Kalau belum ada face shield , meh kita pakat beli sebab benda covid ni sekarang memang merata , kita cegahla sebaik mungkin.


Benda yang boleh beli kat shoppe, buat apa ko nak balik kelate semata - mata nak beli.. di hujung hari je weh. Kawe bulih tokke set demo xleh? 

Alat ni katana elok untuk pakai dengan double mask, saya belum ada lagi. Setakat ni keluar pakai double mask macam rasa ok je tak ada benda ni pun..

Comments

  1. Assalamualaikum k.ti, sihat ko? Teringat ke k.ti plop mlm2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh cik fatii,lamanya tak dengar khabar...

      Delete
  2. Setiap orang ada ujian masing-masing. Cuba jelah apa yang terbaik. Semoga Allah permudahkn urusan semua

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?