It’s okay not to be okay
Assalamualaikum semua.
Kesibukan semasa selalu melekakan kita, kan? Ada masanya saya cuma berharap setiap hari berakhir dengan kerja siap mengikut masanya. Cuba tak buat diri sendiri stress sebenarnya. Tapi ada masanya banyak benda yang akhirnya kita abaikan. Tak sedar pun kita abaikan benda tu sehingga diduga tentang perkara tersebut. MasyaAllah. RahmatMu sememangnya sangat besar dan tak terfikir oleh hambaMu ini.
Terima kasih Allah. Sesungguhnya dugaan ini walaupun cuma separuh hari, dah menyeksa hambaMu ini dan menginsafkan hambaMu ini sesungguhnya.
Meh sambung kisah ni, asalnya semalam saya nak tulis macam tu je, konon biarlah rahsia. Tapi sekarang ni terasa nak menulis panjang sikit jadi kita tulis jelah.
Kisah dugaan di atas tu sebenarnya taklah besar mana bila kenang sekarang. TAPI, semalam petang sehingga lewat malam tu terasa macam dunia nak terbalik dah. Laptop yang digunakan buat kerja sehari-hari ni secara tiba-tiba tak boleh masuk windows. Kemudian, bila suami saya cuba nak dapatkan semua fail-fail yang ada dengan kaedah yang diketahuinya, tak dapat !!!!! OMG!!!! Dengan fasa kerja sekolah yang tak cukup nyawa nak siapkan, kalau hilang semua memanglah satu dugaan besar sangat. Malah memang panik sangat semalam, saya sampai menangis. Bayangkan, antara yang rasa tak sanggup nak hadap ialah buku program Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan yang akan buat esok pagi kat dalam tu. Esok pagi tu maknanya saya cuma ada masa 24 jam untuk siapkan, sedangkan kerja asal tu ambil masa seminggu nak dapatkan hasil sebegitu. Buku ni pulak saya sorang je buatnya, kalau tak de yang tu memang tak ada back up lain. Selain itu, slaid pembentangan kajian tindakan untuk panitia pada tengah hari esok juga menjadi kerisauan. Isnin juga kerja tu nak kena bentang, mana nak cekau weh, ingat cikgu kat sekolah pergi tidur je? Zaman covid ni kelas sangat padat sebab masa murid datang ke sekolah dah dipendekkan. Memang tak dapat siap tu. Ha, ingat tak panik kalau macam tu keadaan??
Memang pada masa tu, sedih, kecewa, panik semua adalah.
Doa kepada Allah memang tak putus namun dalam hati duk bertanya apakah dosa yang besar saya dah buat sampai diuji sebegini.
Saya sampai dah rasa nak cuti tanpa gaji dah masa tu.
korang mungkin gelak je baca ni, tapi bagi saya kalau hilang semua data tu, nak mulakan semula bukan satu kerja mudah.
Jadi ketua panitia, ketua guru kantin, guru penasihat kelab persatuan, ketua majlis2 sekolah, dan lain-lain ni, memang banyak dokumen yang kena simpan. Nak mulakan semua tu dah rasa macam guru baru posting. OH tidak!!!!
Namun, alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan, akhirnya suami dapat selamatkan data-data yang ada. Alhamdulillah pujian kepada Allah yang Maha Tahu segala yang umat manusia takkan tahu.
Comments
Post a Comment
KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...