Ayahandaku sentiasa dalam kenangan
Saya tak tahu dari mana nak mula menulis. Terutama bila nak menulis tentang ayah yang dah tak ada. Apa pun sebagai umat Islam, saya yakin Allah dah buat semuanya tepat pada masanya, tak lewat seminit atau tak juga cepat walau seminit. Terima kasih Allah kerana telah memberi kami sekeluarga masa bersama arwah ayah sehingga akhir tahun 2019. Detik 5.43 pm hari Selasa 31/12/2019 rasanya akan jadi saat yang akan saya kenang sampai bila-bila. Detik di mana mendapat panggilan daripada Kak Bi tentang pemergian ayahanda kami yang sememangnya sakit terlantar sejak awal Disember yang lalu.
Siapa menyangka dan tak siapa menduga detik tu jadi tarikh pengakhiran. Mengikut cerita kakak yang sememangnya ada bersama dengan ayah, beberapa minit sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir, ada beberapa orang saudara kami datang melawat ayah kami. Sebenarnya sejak setengah bulan yang lalu, hampir setiap hari ada saudara atau jiran yang datang melawat arwah untuk bertanya khabar. Semasa saudara yang datang menziarah tu baru je nak balik, semestinya pandangan kakak dan mak pada masa tu melihat kepada tetamu yang nak beredar balik. Belum sempat lagi tetamu tu keluar dari kawasan rumah kami, arwah ayah dah tak bernyawa lagi. Maka pada masa tu, tetamu tadi dipanggil semula masuk ke rumah untuk melihat arwah. Saya memang tak bersama mereka pada masa tersebut, namun bila mengenangkan apatah lagi menulis pasal hal ni, jatuh air mata berkali-kali, alhamdulillah Allah memberi kesudahan yang baik kepada arwah ayah.
Mengenangkan sakit arwah ayah ni boleh dikatakan sakit tua. Sejak akhir bulan 11 yang lalu beliau dah sakit dan pernah dimasukkan ke hospital selama 13 hari. Selepas balik dari hospital, beliau dah tak mampu nak menguruskan dirinya sendiri namun ada anak cucu yang prihatin, jaga arwah ayah ni siang dan malam sehingga ke saat terakhir beliau. Namun, terasa ralat bila saya dalam sebulan tersebut hanya mampu balik dua kali , kali pertama 9 hari dan kali kedua hanya 2 hari untuk menziarahi arwah yang sedang sakit. Besar pahala mu wahai Kak Bi, Lukman dan Faisal. Hanya Allah je yang mampu membalas segala kebaikan korang semasa menjaga arwah semasa sakitnya beliau.
Harini dah hari kedua saya kembali bekerja setelah 3 hari bercuti balik kerana pemergiaan arwah ayah. Rasa terharu sangat kerana semalam dan harini ramai lagi rakan sekerja yang mengucapkan takziah dan sebahagiannya memeluk saya sambil mengucapkan takziah. Walaupun cuma sekadar ucapan takziah dan bertanya khabar tentang arwah, namun sangat terharu rasanya. Kalau boleh ingin sangat bercakap tentang arwah sepanjang hari. Terasa kerinduan walaupun hanya ceritakan apa yang ditanyakan oleh rakan-rakan. Sesungguhnya terasa ramai yang sayang saya dan arwah.
Maybe korang yang dah mengalami situasi ni faham perasaan saya ni. Urusan pengebumian dan tahlil berjalan lancar. Anak cucu hampir semuanya balik dan melibatkan diri. Untuk urusan pengebumiannya, bertuahlah anak cucu yang tinggal berdekatan. Kami warga KL Selangor tak sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir kerana jarak perjalanan yang jauh, kami hanya sampai di Kelantan pada pukul 1.30 pagi. Jenazah dah selamat dikebumikan lebih kurang pukul 10 malam, berikutan permintaan arwah agar segera menyempurnakan jenazahnya jika beliau dah tak ada. Sedih, i cried alot
Maafla ye kalau penulisan saya ni kelam kabut. Saya cuma tulis apa je yang terlintas di fikiran masa ni. Dah hujung 30an kehilangan ayah ni masih lagi terasa sedih amat ni. Siapa tak sedih kalau kehilangan ayah, ya tak? Walau tak tinggal sama dah lama sejak belajar, bekerja dan berkahwin namun kehilangan tak terasa sebelum ni sebab saya tahu ayah masih ada. Namun kini dah tak de. Teringat pula lirik lagu Hanya Rindu, nyanyian Andmesh Kamaleng.
korang yang membaca coretan ini, mohon korang sedekahkan bacaan al Fatihah arwah ayah saya Ibrahim Bin Saadiah. Doakan beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan diampunkan segala dosanya.

Saat ku sendiri, ku lihat foto dan video
Bersamamu yang telah lama ku simpan
Hancur hati ini melihat semua gambar diri
Yang tak bisa, ku ulang kembali
Ku ingin saat ini, engkau ada di sini
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu
Segala cara telah kucoba
Agar aku bisa tanpa dirimu
Namun semua, berbeda
Sulitku menghapus kenangan bersamamu
Ku ingin saat ini, engkau ada di disini
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukan diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu
Hanya…
korang yang membaca coretan ini, mohon korang sedekahkan bacaan al Fatihah arwah ayah saya Ibrahim Bin Saadiah. Doakan beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan diampunkan segala dosanya.
Salam takziah aisy dan keluarga,betul setiap yg bernyawa pasti merasai mati kita tahu hakikat tu kan, tapi bila hilang orang tersayang memang sedih sangat,akak dah melaluinya faham sangat apa yg aisy rasa.
ReplyDeleteSemoga arwah ditempatkan dikalangan orang² yg beriman dan beramal soleh
Alfatihah untuk arwah. Takziah ye sis dan famili
ReplyDeleteSalam takziah aisy. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beramal soleh.. Semoga aisy dan family tabah menghadapi dugaan ini.
ReplyDeleteInnalillahiwainnailayhirojuun...
ReplyDeleteTakziah utk Aisy sekeluarga.
Saya dah melalui situasi ini belasan tahun yg lalu.. mmg fhm sgt. Btw.. bertabah ye Aisy.. arwah berada di tempat yg lebih baik. Moga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya. Aamiin.
salam takziah. Innalillahiwainnailayhirojuun. al-fatihah dengan bacaan
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletekabare aisy..?
jumpa kat sini...
semua dh lain ye kat sini...jauh ketinggalan ni..
Innalillah.
ReplyDeleteSemoga tabah.