Mengajar online musim PKP

Assalamualaikum semua.

Lepas bulan Ramadan dengan masih lagi di musim cuti pertengahan tahun ni, buat saya terasa seharian panjang sangat masanya. Dah berkali-kali tawaf kawasan rumah, makan pun dah berkali-kali, kemas pun berkali-kali masih lagi belum lewat petang. Rasa banyak sangat masa lapang. Nak berjalan ke mall yang berdekatan, memanglah tak ada kalau saja-saja. Setakat enam hari berhari raya ni tak terasa ada keperluan nak menjengah ke mall lagi rasanya. Nak adakan kelas online macam biasa pulak tak dapat jugak sebab murid tengah cuti. Kalau buat nati dapat aduan kang cari susah tu maknanya, hihi.

 Credit to Miss Adilla, yang kerap kali snap gambar semasa kelas online saya dan masukkan di ig story dia. Mujur dia tak snap gambar semasa cikgunya nganga mulut.

Tak sangka betul 2020 yang dinantikan ni macam ni keadaannya, kan? Mengajar dengan normal baharu ni pada mulanya terasa tak puas hati. Eh sampai skrg pun saya rasa kurang puas hati sebab tak dapat melihat wajah anak murid semasa membuat penerangan. Ada keadaan yang memang tak dapat buat semasa kelas atas talian ni. Murid pulak setakat ni bergantung kepada kelas yang terlibat. Kalau kelas baik, memang ramaila murid join online kelas ni. Kalau kelas yang lain tu pernah ada masanya cuma separuh kelas je yang muncul, sedih. Pernah juga terjadi kes di mana, saya syok menerang tetiba terasa senyap je, saya tengok skrin rupanya dah offline. Bila saya tengok di whatapp group dah 6 minit murid bertanya kenapa cikgu tak ada tiba-tiba. Rupanya saya dah bercakap seorang 6 minit. Bila disiasat, rupanya si kecik 4 tahun ni tutup suis modem, jadi satu rumah tak dapat internet pada masa tu, aduhai, kenangan syok sendiri betul.


Ikutkan lagi bagus kalau buat video pengajaran dan upload ke youtube. Ini pun saya pernah cuba, tapi mampu 4 video je sebab nak buat video dengan ada tiga anak kecil di rumah ni menang cabaran yang besar. Dah rekod dengan suara anak-anak sekali tu kena edit pulak, itu pun ambil masa. Itu belum lagi video yang diambil berkali-kali sebab saya sendiri rasa kelakar dengan mimik muka sendiri. Pada masa tu terfikir pulak saya, selama ni aku mengajar muka aku kelakar macam ni ke? Haha, aduhai. Jadi akhirnya memang saya ambil keputusan ajar dengan cara buat slide power point dan bahan lain dan ajar online dengan google meet je. Itulah yang paling mampu nak buat setiap minggu dengan kekangan yang ada.


Tak sabar nak tunggu pengumuman pasal pembukaan semula sekolah. Rindunya meja di sekolah, rindu kawan-kawan jugak, rindu murid-murid dan semualah. Sama-sama kita doakan keadaan dapat kembali seperti biasa kembali ya.

Comments

  1. kena hadap juga norma baharu ni dalam pekerjaan seharian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan, nak tak nak memang kita kena hadap juga norma baharu ni. Syukur masih ada kerja yang baik di masa ni kan

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1