Resepi keluarga dan bendi hasil tanam masa pkp


 Assalamualaikum semua.

Siang tadi sikit kami makan tengah hari harini. Hihi, bukan lambat sikit kalau dah makan pada pukul 4.15 petang ni. Al kisahnya tadi kami dah makan kek. Jadi taklah terasa sangat menunggu siap masak untuk makan berat ni. Ternampak di instagram gambar kek ni, lalu  terorder la pulak sebab yang jual tu melayan kami nak ambil kek di tepi tol. Jauh ni belinya dari Rawang. Tapi alhamdulillah sedap keknya ni. Alang- alang kami dari Tapah tadi jadi taklah jauh pun, sehala je masa singgah tadi. 

Memang nampak sedap keknya kan? Rasanya pun sedap, alhamdulillah.

Ok, kembali ke kisah bendi yang ditanam semasa PKP haritu. Rasanya lama sangat dah tanam tapi alhamdulillah dua minggu lepas pokok bendi tu mula menunjukkan hasilnya. Walaupun buahnya keluar sebiji-sebiji, perasaan teruja tu sentiasa ada. Sebelum keluar kerja, jenguk pokok bendi dulu sambil kira buahnya. Masa balik kerja pun sama, mesti tengok pokok bendi dahulu sebelum masuk ke dalam rumah. Kali ni dapat 3 biji pun dah rasa nikmat makan sayur yang ditanam sendiri, kan? Nampaknya lain kali boleh try tanam sayur jenis lain pulak. 


Saya juga ada masak daging buku besar yang sepatutnya ikut resepi mak, tapi memandangkan lupa salin maka saya buat ikut cara buat kari je. Bolehlah tapi rasanya taklah sama dengan masakan mak. My own version ni masuk santan, asam keping, kerisik sebaliknya mak saya guna susu cair, asam limau nipis dan cili besar. Lain kali kena ingat tu ya...

Comments

Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1