Raya at home Aidilfitri 2020

Assalamualaikum semua,

Meriah tak sambutan Aidilfitri korang kali ni? Banyak buah juadah raya dan kuih tak? Beraya dengan keluarga besar ke macam mana tadi? Sesungguhnya Allah menduga umat-Nya yang mampu menghadapi ujian-Nya, kan? Mari kita mulakan dengan memegang kata-kata tu agar kita ni sentiasa redho apa adanya. Ujian demi ujian pastinya adalah untuk menambahkan keimanan kita kepada Allah.

Ok cerita pasal raya kali ni. Anak-anak pastinya yang paling gembira bila raya. Pada mulanya Naim dah macam tak nak beraya sebab kami putuskan tak pergi beraya ke rumah kakak di Keramat, jadi Naim kecewa sangat. Siap moncong dan hentak kaki lagi pada hari kami bagitahu pasal beraya di rumah tu.  Namun, budak-budak kan? Kejap je mood dia tu. Bilq tiba hari raya ni dia ok je rupanya. Anakanda berdua ni nampak gembira je seharian tadi kerana dah habis puasa sebulan. Alhamdulillah puasa kali ni kedua-duanya dapat berpuasa penuh.
Budak ni terutamanya, sangat bangga dengan pencapaiannya. Dah beberapa kali dia bagitahu abangnya dia dah puasa penuh di usia 8 tahun, sedangkan abang dapat puasa penuh di usia 10 tahun. Saya gelakkan je. Hikmah cuti covid ni, bila anak-anak berada di rumah, memang banyak masa dengan mama, jadi memang dapat pantau mereka ni dengan lebih baik, alhamdulillah.

Lagipun diorang memang terror bab komunikasi atas talian ni, seharian ni berapa kali buat video call dengan saudara mara. Tunjuk itu ini dan bercerita itu ini nampaknya. Alhamdulillah, seadanya gembira. Bukan kami je, ramai lagi yang sambutannya macam ini juga wahai anak-anak ya.

Untuk saya yang dah tua ni, inilah raya pertama tanpa ayahanda. Walaupun tak balik Kelantan, namun kesedihannya terasa sangat sejak masuk bulan Ramadan. Terbayang macam mana mak kat kampung nanti kalau hari raya bersama anak-anak yang ada di Kelantan sahaja? Apa pun mujur masih ada anak-anaknya beberapa orang yang tinggal di Kelantan, dapat memeriahkan sambutan hari raya. Dalam Ramadan haritu, kalau baca Quran je pasti teringat sampai mengalir air mata ni, moga pahala bacaan yang saya sedekahkan tu sampai kepada arwah ayah, amin.

Selain tu, beraya kat rumah macam ni memang bosan, sampai tengah hari je dah tak tahu nak buat apa. Tetamu yang datang pun sorang je, kebetulan ada anak buah saya di Cyberjaya datang ke rumah beraya. Bolehla daripada tak ada langsung kan? Menu yang masak ni dah ulang makan dua tiga kali pun ada banyak lagi.


Ini je gambar makanan yang sempat snap. Sempat buat soto ayam dan rendang ayam je untuk raya. Kira bolehlh untuk sambutan raya bagi family kecik kami ni. Tak abis pun bendanya ni. 
Asalkan anak-anak happy dengan raya, asalkan anak-anak semua sihat, syukur walaupun beraya dengan gaya macam ni kan? InsyaAllah keadaan pasti akan lebih baik nanti. Kita sama-sama doakan ya?


Comments

  1. Salam raya PKPB
    Stay safe at home

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya... itulah, mmg beraya kat rumah je kali ni, alhamdulillah dapat beraya dengan anak2 dan suami

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Aisy.
    Betul tu.. mari kita terima dugaan ini dgn redho.. Allah nak bagi "Hadiah Besar" tu nanti.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Sam.
      Insya Allah hikmahnya pasti ada, kita sama-sama doakan yang baik-baik sepanjang tempoh ni.

      Delete
  3. Maaf Zahir Batin AN.... nak ucap Selamat hari Raya, Syawal dah habis pulak ek ....Sukalah tengok port si Nazef posing tu.... cool je.... Mana gambo Raya ni? Jangan ckp tak ambik gambo pulak eh!
    Mesti sedih mak tu.... kena tinggal dengan suami, lain perasaannya kot...
    Nasiblah anak anak lain ada kat sana kan

    Sedapnya soto....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1