Bila keputusan SPM dah tahu
Alhamdulillah akhirnya berakhir pertanyaan dan kerisauan pasal SPM 2019. Pejam celik masa menunggu memang tak lama. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang mendapat keputusan SPM pada hari Khamis yang lalu. Nasib jadi cikgu ni, tiap-tiap tahun merasa berdebar nak menunggu keputusan SPM ni. Kalau kerja lain, maybe merasa benda ni masa diri sendiri amik SPM dan masa anak ambil sahaja. Ini para guru memang tiap-tiap tahun lah merasanya.
Adat peperiksaan, ada yang baik, ada yang sederhana dan ada yang pasti mengecewakan. Apapun insyaAllah apa yang telah diperolehi tu adalah apa yang telah diusahakan. Jangan kecewa ya kalau hasilnya tak seperti diharapkan.
Antara caption di instagram anak murid saya . Keputusan dia katanya kurang daripada apa yang diharapkan. Namun sebagai guru, saya dah berbangga dah bila dia dapat buat yang terbaik semasa kat sekolah.
Ini pulak yang gembira dengan keputusan masing-masing. Alhamdulillah tahniah kepada semua. Cikgu tumpang gembira dengan keputusan ini.
Cikgu rasanya takla ajar bagus sangat. Namun terima kasih atas ingatan korang hadiahkan cikgu senaskah Al Quran yang cantik ni. Alhamdulillah terharu sangat cikgu dengan hadiah yang sangat bermakna ini.
Kad dengan ucapan yang buat cikgu menitis air mata. Sungguh baik korang. InsyaAllah semuanya cikgu doakan dapat sambung kursus yang dihajati dan dapat jadi insan yang berguna kelak.
Tahniah kepada para pendidik semua
ReplyDeletepekerjaan murni untuk anak2 bangsa
Budak2 ni jenis budak baik.
Delete