Betulkah ibu bapa kerja keras untuk anak-anak?

Isu yang saya alami, terutamanya bila ada tiga anak lelaki yang sedang membesar ni.  Semuanya sihat, aktif dan jenis nakkan perhatian.  Pandai pulak meminta apa yang diorang rasa berkenan.  Ada masanya terasa banyaknya kerja,  bila balik dengan badan penat terpaksa lepaskan je budak bertiga ni main phone sorang satu sebab mama nak rehat.  Jadi,  bila dengar kawan lain yang mengatakan anak-anaknya memang tak ada main gadget,  saya diam jelah sebab tahu saya tak amalkan macam tu.  Dalam masa yang sama,  dalam hati ni yeke tu?  Macam bagus nau..  Haha jahat tetap ada kat situ kan?

Banyak kekurangan diri rasanya bila memikirkan hal anak-anak dan kerja. Bukanlah kat tempat kerja saya ni bagus sangat pun tapi saya cubalah buat apa yang terbaik setakat mampu.  Tapi ada masanya bila dah ada 5-10 benda berbeza nak disiapkan dalam masa yang tak berapa lama memang dilema sangat.  Maka,  mulalah ber"dikir" rasa nak resign dan jaga anak-anak je.  Haha,  ada tak korang buat gitu juga?

Dah menghampiri hujung tahun ni, terfikir pulak tahun ni tak banyak bawa anak berjalan-jalan.  Masa tengok tv bersama minggu lepas,  si abang komplen dah lama tak ke taman tema air.  Alahai,  betullah ye abang.  Kalau tak mama sibuk,  papa yang sibuk.  Ke rumah ibu (mak cik mereka)  yang kat Ampang pun dah lama tak jejak.  Alahai,  sabar ye anak-anak,  abis exm SPM ni,  mama ada banyak masa lapang.

Tapi apa pun, rasanya berbalik kepada niat kita.  Sebagai manusia yang pastinya tidak akan sempurna,  dan bukan pula dari golongan kaya raya,  teruskan lah hidup ini dengan doa yang baik-baik.  Walaupun kerja ada kalanya sesak dan menghimpit masa berkualiti dengan keluarga,  namun cuba bersangka yang baik-baik.  Ada gaji sendiri,  kita bebas je buat apa yang kita nak.  Juga boleh sedekahkan sedikit kepada orang yang memerlukan, juga kerja saya tu insyaAllah membantu ramai orang.  Mungkin hikmahnya tak nampak sekarang tapi lambat laun jika Allah izinkan pasti akan baik je semuanya.







Kenangan bulan Ogos yang lalu.  Bercuti bersama dengan family sebelah suami,  alhamdulillah buat perangai elok budak bertiga ni masa tu.  
Semoga anakanda bertiga ni membesar menjadi anak-anak yang baik dan beriman orangnya.  Itulah antara doa yang paling kerap saya mintak.  Bila sibuk,  doa pun tak panjang mana.  Alahai.  Moga mama pun sentiasa sihat dan dapat jaga anak dengan lebih baik.  

Comments

  1. Alhamdulillah dah sampai "kampung ai" rupa2nya. Yes U told me before tp blom nampak gambar ni lagi.

    P/S : "Kg ai"?. Gurau je k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pakai label kg ai tu nampaknya mmg dah suka sgt kat sana ya. Best tu Sam

      Delete
  2. Wahhh jauh berjalan nampaknya tu sampai boleh main dukung dukung dengan Koala hihi....
    Betul AN...selagi boleh bertahan, teruskanlah kerja mulia tu, kan best ada duit sendiri, nak buat apa pun tak de orang larang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang dukung anak koala tu bukan saya, tu pembantu kat taman tu.. aip, dah tak kenal saya ni nampaknya...??? hihi
      kan, kenalah bertahan dan doa je. mana ada kerja yang senang macam apa yang kita nak, tahan jelah lagipun takdela 24/7 stressnya....

      Delete
  3. apapun kena bertahan jugalah ikutkan akak ni pun macam nak pencen awal je, tapi anak2 kecik lagi banyak pulak belanjanya.

    akak pun tak boleh kalau anak tanpa gadjet tu, bagi jugalah tapi kena tetapkan masa kalau ikutkan anak2 seharian pun takpe mengadap telefon

    ReplyDelete
  4. Jangan kata sis yang ada anak, saya yang bujang ni pun selalu fikir nak resign dan duduk rumah je.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1