Betul ke main beyblade lebih baik daripada gadjet elektronik

Assalamualaikum semua..
Korang kenal tak benda ni?

Sebelum ni saya tak heran sangat pun pasal benda ni.  Anakanda berdua tu asyik beli je.  Dari satu,  jadi dua,  lepas tu jadi tiga,  jadi lima,  jadi 10.  Jumlah terkini pulak tak dapat dikenal pasti.   Bila dah bosan beli kat kedai,  deme ni beli online pulak.  Katanya yang dijual kat kedai kecik di mall tu tak ori.  Belilah pulak yang kat online atau kat TrS(korang tahu kot kedai ni kan).  Kalau dah sampai beli kat sini,  mama ni pun mulalah menyiasat.  Apalah hebat sangat benda ni..  

Bukan anak-anak je main.  Kebelakangan ni bapaknya pun main.  Siap lawan dengan anak-anak lagi weh.  Si bapaknya kalau anak dah tidur pun ada masanya saya dengar bunyi benda ni..  Hadoi,  dia main sorang diri..  Tak puas lagi masa main rebut-rebut dengan anak-anak agaknya.  Berdentum-dentum di tengah malam bunyi benda ni.  Korang rasa?  Maklumlah zaman dia kecik tak de lagi benda ni, kan? 

 Bila saya membebel pasal asyik beli benda ni je,  si bapaknya ni jawab.. " tak apalah anak-anak main benda ni,  daripada main gadjet elektronik tu. Lagipun ni seolah-olah gasing versi moden.  Bagus ni,  boleh anak latih kebolehan softskills " 

Korang setuju tak? Hai.   Mama dalam dilema ni.   Nak marah tak jadi pulak. Dari segi lain pulak,  si abang tu makin sayang kat papanya sebab dapat beli beyblade sedangkan kalau mama dia tahu pasal bakal pembelian tu,  mama dah caras awal.  Jadi dia akan buat muka dah kata mam ni berkira.   Hadoi,  anak oh anak.  Kalaulah korang faham niat sebenar mama ni.   Tak kisahla.  Hidup ni memang macam ni kan?  Selalu ada kecaman,  kita jangan takit dikecam,kan. Dan lagi,  main dengan stadium yang dibeli aje.  Jangan kacau kuali mama sudahla.. Lagi,  masa main jangan bergaduh. Tapi yang herannya main kejap dah jadi gaduh aje diorang ni.   Tak reti main ikut giliran dan terima kekalahan ke?  Tahla korang..  
Jangan letak merata sudah,  kalau terpijak ni sakit jugak kaki ni oii..  

Comments

  1. Ada rasionalnya alasan si ayah tu. Hehehe.. Ye la kan.. Kalau main gadget elektronik ni, skill anak x berkembang. Saraf mata dan tangan tak berapa dirangsang. Kalau main mainan fizikal ni, otak kita berfikir mcm mana nk menang, tgn nk pegang bg pusing benda tu. Tp still x cukup kan kalau kita nk compare dgn aktiviti melompat, berkejar2an tu.. Cuma setiap apa yg dimain tu perlu ada kawalan jgk kan. Kalau dok menghadap bayblade x ingat makan ke apa, susah jgk tu. Sabar je la mama ye.. Mood tgh layan bayblade tu, esok2 xtau apa pulak musimnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga betulla mcm tu.. Harapnya tak lama la mood main benda ni. Dh dua bulan lebih dah tu.. Sengaja saya tak tulis kuantiti benda tu dgn tepat, takut kakak sy baca entry ni terkejut nati ..tak pasal nati sy dpt ceramah pulak..

      Delete
  2. Nampak macam blom sampai Aussie lg mendalah ni.... entah la.. kot2 Kak Sam yg tertinggal train.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Sam better jgn bagi Shashal main, kang terjebak nati Mama dan Papa sekali yang join main tu.

      Delete
    2. Betul tu Aisy. Ni pun I dah nyesal sbb tak tegah awal2 masa kakak dia belikan game apa tah tu.. dok ralit hari2 ngadap mende tu.

      Delete
  3. Dulu dah ada demam beyblade ni masa umur Irfa 7-9 tahun.. lepas tu reda sekejap..
    Then kebelakangan ni dia timbul semula dgn mcm2 jenis beyblade pula... dan demam kali ni makin menjadi jadi.. sampai mak ayah pun tumpang sekali main.. Firas pun bila nangis kita pujuk dgn beyblade pun jalan.. hahaha, kuat sungguh penangan beyblade kali ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke dh lama benda ni.. Ai.. Rata2 budak lelaki mmg main ni skrg kan? Diroang ni bawa je ke mana2 beyblade ni dan bila diorang main kat mall ke kat restoran, akan ada je kawan baru yg join diorang ni main sama..

      Delete
  4. Menariklah entri ni. Buat kita semua berfikir ")

    ReplyDelete
  5. anak2 akak pun dok kumpul bayblade, tapi sekarang ni dah beralih pada badminton pulak, pendek kata anak2 ni ada saja aktivitinya setiap petang,dapatlah lari dari gadjet untuk abang2 tapi untuk anak dara tu kadang2 dia minta juga. bukan tak boleh langsung tengok cuma kena ada hadnya lah kan, buat apa pun kita ni perlu ada hadnya kan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1