Budak zaman sekarang dan duit raya
Korang ada terbaca tak berita ni? Mulanya saya nak kata, "ala, wartawan ni banyak sangat agaknya masa free sangat musim raya ni, pasal duit raya pun ada je nak tulis". Tapi lepas saya terbaca, jadi terpanggil pulak nak ulas pasal ni. Tambahan pula tadi hampir panik saya sebab loceng rumah ditekan bertalu-talu oleh remaja yang saya agak dalam 15-17 tahun datang meminta duit raya. Sebelum tu saya dah dengar suara memberi salam dari perlahan dan akhirnya semasa tiba di rumah saya, mereka menekan loceng rumah bertalu-talu. Haish, budak-budak ni, dah macam gaya si pemungut hutang.
Kalau korang, apa yang korang rasa?
Rasanya kita kena buat sesuatu ni. Nak kena betulkan pemikiran budak-budak ni. Pertama kena ingat yang duit raya diberi sebagai satu keraian sahaja. Terpulang kepada keihlasan orang yang memberi tu sebenarnya. Kita yang lebih dewasa kena ingatkan anak-anak ni agar menerima sampul raya tu dengan gembira dan berlapang dada terima seadanya. Kita juga kena ingatkan supaya anak-anak tahu yang lebih penting ialah semasa beraya kita nak mengeratkan hubungan dengan saudara mara dan sahabat yang jarang kita jumpai. Duit raya tu sebagai bonus je, bukan pulak duit raya tu dijadikan agenda utama semasa beraya. Kena tahu bezakan bend yang kita beli atau dapat sendiri dengan benda pemberian orang lain. Tak pastilah boleh salahkan budak-budak sepenuhnya juga sebab zaman sekarang ni rata-rata ibu bapa melimpahkan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak sampai anak rasa nilai syiling tu tak ada apa kepada mereka.
Tapi saya rasa seronok juga tadi, kat sekolah, bila sesaja bagi sampul kepada murid yang dapat markah tertinggi dan kepada murid yang buat kerja cepat. Cara mereka terima sampul tu nampak terharu sangat. Nampaknya masih ada anak-anak yang gembira dengan sedikit pemberian ikhlas orang lain. Walaupun diorang tak buka sampul(anak orang-orang kaya kat USJ ni kebanyakannya), tapi bila saya cakap "cikgu tak bagi banyak, tapi ikhlas" . Murid tadi jawab " i'm happy even it's 50sen teacher". Bagus ajaran maknya tu.
Mcm2 baca kat FB tu..
ReplyDeleteAda yg perlekehkan jumlah dan mcm2 lg.. seram pulak nak blk klu gini gaya. Haha..
Kat Aussie ni tak de tradisi duit raya.. Bukan la nak kata bersyukur, sbb memberi duit pun 1 bentuk sedekah... cuma yg leganya tak timbul isu2 yg trending skg ni.
Ha kan. Mcm2 isu buat kita fikir lain kan. Td sy pun seram, tambahan pulak sorg jr td sy kat rumah. Mmg gaya gengster diorang td
DeleteTu la kan kena didik anak2 tentang duit raya ni..zaman sekarang ni dah jadi macam wajib pulak sediakan duit raya.. Bila dah bagi..jumlah pulak jadi isu. Huhu
ReplyDeleteHa. PK pun perasan kan... Kita mula dengan didik anak2 kita pasal benda ni.. Moga parents lain pun akan amik tindakan yg sama..
Deletemasa raya je memang jenuh pesan dekat anak2 dapat duit raya jangan buka, bagi terus pada mama hehehe..jadilah mama bank pada hari raya simpan duit raya anak2. memang banyak juga tengok kes viral pasal duit raya nih, sebenarnya bukan wajib pun kan atas ihsan orang yang nak memberi tu tak kisahlah berapa..dapat banyak syukur dapat sikit pun syukur, rezeki kita banyak itu Allah tetapkan
ReplyDelete