Risau Demam kepialu

Ai semua.
Tak tahula apa lagi nak cakap kalau pasal kena cuti jerebu lagi ni. Dah mula ada di berita tentang kesusahan yang ibu bapa hadapi kerana anak dicutikan sekolah. Moga cepatla berakhir keadaan ini ya. Ok, masuk cerita tentang tajuk ya. Gini, korang tahu kot pasal demam kepialu ni. Kerap dapat mesej dalam minggu ni. Pasal demam yang bahaya ni, lama-lama baca agak seram juga bila terfikirkan kesannya sehingga boleh membawa maut. Kebetulan pula saya yang biasanya jenis payah membuang air besar, dah sebulan lebih jadi sebaliknya. Mau tak risau ye, antara tanda-tanda demam kepialu atau nama lainnya typhoid ni ialah cirit birit yang berterusan.

Maka awal pagi tadi saya bincanglah dengan anak buah sulung saya. Kena nasihat dengan budak tu saya pun pergilah ke klinik. Soalan pertama yang doktor tanya adalah " ada demam tak?". Bila saya bagitahu tak demam, kata doktor bukan demam kepialu. Legalah dengarnya. Namun ikut kata doktor tadi agak membimbangkan juga kalau seumur hidup biasanya payah membuang tetiba buangan cair atau lembut sahaja walaupun tak masuk kategori cirit. Maka dapatlah tiga jenis ubat termasuk antibiotik untuk dihabiskan dalam lima hari.

Masa sakit ni redho jelah telan sambil tutup hidung semua ubat ni. Lagi-lagi yang serbuk probiotik tu, aduh 20 kali teguk baru habis. Dah macam kandungan dalam susu anak pulak. Di umur 30an ni kena amik probiotik, haha.. 

Ok, apapun kebersihan masa penyediaan makanan sangat penting. Pengarah Kesihatan pun dah keluarkan kenyataan akhbar tentang pencegahan demam kepialu ni, jadi kita sama-sama beringatlah ya. Kalau ada tanda-tandanya seperti demam, cirit-birit, najis cair, sakit otot, lemah badan, ruam di badan dan penurunan berat badan mendadak, jangan tunggu lama-lama, rujukla doktor ya. 

Comments

  1. Menakutkan cuaca sekarang.....semoga cepat pulih hendaknya

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua dijauhkan dari penyakit tersebut..
    huhu.. risau skg ni.. macam2..
    Cantik la layout ni, nmpk kemas je..
    tengah stress ke?? heheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. mana ada stress.. layout ni kan yg saya tukar haritu, ha, dah lama tak datang sini la tu? dah agak sebulan ni

      Delete
  3. Mcm2 skrg ni...kn
    Musibah dr tgn 2 mnusia juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tu Knor. Perbuatan tangan manusia juag penyebab semua ni

      Delete
  4. Moga dijauhkan dari sebarang penyakit... kepialu musim skrg ni..harapnya kita lebih extra dlm bab2 kebersihan makanan... takut lah...

    ReplyDelete
  5. Kena jaga2 , takut wabak baru pulak datang...dunia semakin tua...

    ReplyDelete
  6. semoga aisy diberikan kesembuhan...itulah nak telan ubat2 ni akak pun payah...

    kalau susah membuang minum air lemon tu ok juga, tapi akak buat macam ni, pagi2 bangun tidur sebelum basuh muka gosok gigi, minum dulu secawan air masak, inshaAllah senang membuang, hasilnya setiap hari akak pasti membuang..selian itu, ia juga petua utk awet muda...hahaha tp aisy dah nampak muda tu, macam anak remaja je akak tengok...

    bersamalah kita jaga kebersihan, risau jugakan dengan keadaan sekarang, jerebu belum hilang demam kepialu pula melanda...moga kita semua tabah melalui ujian dari Allah ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok terima kasih kak..
      tulah kan, insyaAllah nk istiqamah minum air masak sebaik bangun tidur, dulu mmg amalan saya juga, tapi sekarang agak2 lupa nak buat...

      Delete
  7. kan.. mmg ada dpt msg tu
    risaunya sbb dkt dgn saya area kg baru.
    brg basah selalu juga beli di chow kit. tp mmg skrg jrg mkn diluar.

    rumah saya kt ruang laundry dah blh bau asap. mula mula pelik, asap apa, kan. pastu baru teringat asap jerebu..
    mmg sumbat kain je bwh lubng pintu. huhuhu

    sama samalah kita jaga kesihatan ahli kelluarga minta doa dgn Allah..

    kak, setuju dgn kak aryan azra..
    memang elok dan bgus mnm air putih sblm tido dan slps bgn tidur.jdkan amalan. saya mmg dh terbiasa dr zaman sklah. alhamdulillah, mmg lawas. sama dgn suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami ni agaknya memang gen, haha.. sb ayah, 2 kakak, akak sdiri dan juga beberapa orang anak buah memang sama pesen, kalau kurang sikit minum air, tak amik sayur dan buah memangla akan bertapa kat dalam bilik air...sejak kecil lagi memang macam tu, jadi memang menu buah dan sayur wajib.. tapi pelik dalam sebulan ni tetiba lain patern pulak,

      Delete
  8. Salam

    Moga cpt sembuh AN. Siannye..

    Kalau bkn kepialu cuma cirit pun kena jaga betul2 kan? Kebersihan amat penting sbb takut yg lain sama terjangkit. Doc selalu pesan klu mak mak yg kena pastu masak dan urus ank sure pastu ank berjangkit pula. Tu yg kita ni sgtlah kena hati2, ank sakit lg teruk nk handle

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan, kalau makan kat luar kena beringat.. dan kalau kita sendiri masak pun kena juga beringat supaya kebersihan terjaga dan tak ada penyakit berlaku..

      Delete
  9. Salam. demam kepialu ni memang menakutkan..huhu

    ReplyDelete
  10. Moga cepat sembuh ...cuaca la ni memang tak menentu, so mcm2lah wabak penyakit yg muncul.Take care ye!

    Mummy ronda2 dari blog Bunda... #donefollow

    ReplyDelete
  11. Macam-macam yang merungsingkan sekarang ni. Dari jerebu, ke demam kepialu pulak. Entah hari apa hari tu saya tengok berita tentang budak Tingkatan 1 nyaris nak kena culik. Semua berita yang didengar, dilihat, yang ngeri-ngeri belaka! Aduhai cabaran hidup!

    ReplyDelete
  12. Sekarang ni memang kena lebih alert Aisy sebab kepialu pun banyak symptomnya. Kalau dah doktor bagi sebaiknya makan ajelah. Alang-alang dah buat pemeriksaan. Harap-harap beransur sembuhlah.

    ReplyDelete
  13. Takutnya..efek demam kepialu ni paling teruk kan ke bawa maut..bagus AN pergi doktor ambil langkah pencegahan awal.bab makan ubat tu la azab..sy pun tak suka ubat.huhu

    ReplyDelete
  14. Moga hari ini kesihatan AN dah ok, aamiin..

    ReplyDelete
  15. moga sihat ye.
    menakutkan bila wabak penyakit gini berleluasa.
    kena jaga la serba serbi ekk.
    terutama makan kat luar.

    ReplyDelete
  16. yelah kan cikgu AN
    sekarang ni antara penyakit yang agak cepat menular
    penyakit lebih kepada kebersihan
    permis makanan ni perlu ambil satu suntikan tu
    entah apa nama dia...lupa plak

    apapun take care ye cikgu AN
    saya kalau serbuk probiotik tu pun kalau saya minum
    confirm saya muntahkan balik...eee

    ReplyDelete
  17. Pergh....yg tak boleh blah bila okje tengok tu ha.....air lemon dlm bekas biru tu.....Vitamin C sambil buang kolestrol tuuuu hihi.....

    Yelah AN, mmg banyak WA masuk pasal demam kepialu ni. Naik seram pulak. Baru teringin nak makan roti canai tau....

    Boleh pulak kena ceri beri di saat musim demam kepialu ye AN....salah makan kot. Okje pun ada gak kekadang datang angin cenggitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. okje ni saja je yek..air lemon dalam bekas minum anak je tu.. sekali sekala je minumnya takla konsisten buatnya.. haha..

      kalau teringin roti canai, apa lagi, esok menebar ler kita. Haha..

      Delete
  18. sekarang mcm2 pyakit ada kan.. moga dijauhi drp semua pyakit y teruk2 ni

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?