Risau Demam kepialu
Ai semua. Tak tahula apa lagi nak cakap kalau pasal kena cuti jerebu lagi ni. Dah mula ada di berita tentang kesusahan yang ibu bapa hadapi kerana anak dicutikan sekolah. Moga cepatla berakhir keadaan ini ya. Ok, masuk cerita tentang tajuk ya. Gini, korang tahu kot pasal demam kepialu ni. Kerap dapat mesej dalam minggu ni. Pasal demam yang bahaya ni, lama-lama baca agak seram juga bila terfikirkan kesannya sehingga boleh membawa maut. Kebetulan pula saya yang biasanya jenis payah membuang air besar, dah sebulan lebih jadi sebaliknya. Mau tak risau ye, antara tanda-tanda demam kepialu atau nama lainnya typhoid ni ialah cirit birit yang berterusan. Maka awal pagi tadi saya bincanglah dengan anak buah sulung saya. Kena nasihat dengan budak tu saya pun pergilah ke klinik. Soalan pertama yang doktor tanya adalah " ada demam tak?". Bila saya bagitahu tak demam, kata doktor bukan demam kepialu. Legalah dengarnya. Namun ikut kata doktor tadi agak membimbangkan juga kalau seum...