Double triple, eh banyak ler

Kisah semua sumbat sekali la.. nak jimatkan masa mak cik..Mak Cik tengah sibuk menanda kertas soalan BM ni. Mujur juga hari Jumaat haritu tak diselubungi jerebu, sempat lepas dua kertas termasuk BM. Rakan-rakan lain dah mula gelisah sebab kalau berpanjangan cuti ni entah macam mana nak buat peperiksaan nanti kerana 2.11.2015 dah mula SPM. Cikgu kena pergi bertugas mengawas SPM dah satu hal, murid-murid pun biasanya memang kena dicutikan sebab tak nak mengganggu peperiksaan.


Ok, cerita pertama. Lawa tak hasil tangan Naim ni. Rasa berbaloi mama usahakan cari butang untuk kelas seni dia. Sekarang ni ada di atas meja kerja saya, ingatnya nanti nak buat frame baru tahan lama.



Comel tak dua budak kecil ni? Anak kawan saya ni. Dah dibotakkan kedua-duanya nampak macam kembar pulak, padahal lain tahun tu.. semalam diajak pergi ke rumah diorang ni, geram tengok badan adik tu.



Ni dia si comel saya.. adoi, suka betul makan benda tu, kalau ke kedai ayam kampung, suka betul dia makan masak lemak siput sedut. Mama nak sedut pun tak pandai, jadi papalah yang jadi mangsa kena sedutkan untuk dia..

Kes ke IKEA pada hari Sabtu lalu, masa pergi tengah black out. Tak lama kemudian elok semua bekalan elektriknya. Masa bayar, rasa pelik sebab macam banyak daripada sepatutnya je kena bayar. Mujur terus tengok resit dan komplen terus, rupanya kes salah tag kod barnya, maka dapat balik duit sebanyak rm114.10. Banyak juga tu kan? Boleh makan sedap dah tu. Tapi bertabahla menunggu di kaunter perkhidmatan sebab nak dapatkan semula tu, ramainya manusia masa tu..
Hasil ke IKEA tu, dapat meja study dan kerusi baru. Jangan gelakkan saya, baru mewujudkan soho sendiri. Tak terlewat untuk berubah, kan? Kalau sebelum ni, Papa N ada soho dia, di bilik Naim pun ada meja dan kerusi untuk belajar. Jadi kali ni, saya beli dan jadikan bilik kosong kat atas ni bilik kerja saya pulak. Moga makin rajinla nak buat kerja di rumah selepas ni. Konsep simple je.. tak nak letak banyak barang, buat semak je nanti. 

Ok..itu jelah..nak sambung tanda kertas ni supaua tak kalut masa minggu bertugas SPM nanti.

Comments

  1. asyik cuti jerebu pun kerja byk juga tertangguh kan..maunya tak risau...huhu
    cantik lah hasil kerja Naim tu... mmg boleh frame kan.... wow! dah ada soho sendiri... cantik dan selesa...boleh lah berblog kat sini nti....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aip...nak kena buat kerja, bukan berblog.. haha, padahal rasanya berblog memang tk boleh dipisahkan.. tulah pasal wujudkan soho sendiri ni, cikgu dlm rumah ni je yang tak ada soho sebelum ni.. kelakar btl

      Delete
  2. cantik hasil kerja naim tu...

    oh suka makan siput sedut ye..acik dulu kecik2 suka makan juga,dah besar ni malas nak menyedut dah hehe

    ReplyDelete
  3. Nieyl pun dalam proses ubah suai bilik kerja kat rumah :)

    ReplyDelete
  4. Wow lawa soho mama..ringkas dan smart.mujur jugak check resit ye..klu jenis membuta ruli macam sy ni kan ke dah rugi.byk tu seratus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. nak ada rezki lagi kan? Sebelum pergi saya dah aim apa yg nak dibeli dan dah ada budjet saya.. jadi masa casher tu cakap amaun yg lebih saya terkejutla..takkan setakat capai lilin dan cawan anak lebihnya 100.. tu yg check resit.. rupanya lilin rm5.90 dicaj rm120.. mau tak komplen?

      Delete
  5. acik pun tak buat AN..sebab suka dok dapur je,,
    tahniah AN dah ada SOHO sendiri

    ReplyDelete
  6. Ok lah tu dah ada SOHO dah..
    xpe cikgu..belum terlambat...hehehe...

    Aah..kadang2 terkena jugak...tag harga x sama dgn harga barang yg sepatutnya..

    So kena alert bile berbelanja...

    Ikea cheras yg baru buka ruby belum sempat terjah lagi: )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..dh buka ye yang cheras? Saya ingatkan buka hujung bln 11 nati.. takpe..nati free dan ada benda nk beli boleh ke ikea lg..

      Delete
  7. salam ukhwah ai, singgah malam ke sini, erm macam kisah dalam satu entri, menarik juga untuk di baca .:)

    ReplyDelete
  8. Cantiknya hasil kraftangan Naim tu!
    Kat Aussie ni org jual berdollar2 tau harga,
    kraftangan butang camtu..

    ReplyDelete
  9. alahai cntik nya soho AN..
    saya pon suka tapi tu la bila ddk kuarters mmg susah la nak tebuk bagai. mcm mcm alasan pulak.. hukhuk

    byk tu. nsb check kan.. xpa la pnjg beratur pon.nak blik hak milik kita.. alhamdulillah masih rezeki akak :)
    cntik hasil kerja naim tu..

    selamat bercuti :)

    ReplyDelete
  10. Kata nak datang rumah test kek coklat hihi.....
    Ada lagi dalam esbok tu....

    Tak pedas ke siput sedut tu AN, biasa kalau jual bukan ke dapa buat pedas. Baguslah Nazef ni, kebal!!

    Nasib check balik, rupanya tersalah punch. Apa tak banyaknya.....puas makan sedap tu weyh hihi.... Okje lama tak gi Ikea lewn...teringinlah pulak nak cuci mata. Manalah tau ada benda murah boleh rembat hihi....

    Sebenarnya mak suka jer cuti jerebu ni, sebab boleh santai santai kat rumah sambil pakai baju kelawar haha....tak payah kelam kabut nak mandi ....hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. cakap je, nak ke Cheras sendiri agak takut la nak drive..

      Yang siput ni tak pedas pun. Masak versi kelate.. kedai kelate.. kalau yg versi negori mmg tak bagi Nazif makan..

      Kami pun ni baru kali pertama ke ikea tahun ni.. takde hal mmg xpegi.. tak nak bersesak kat sana.. katanya nati kat Cheras ada ikea.. molek la tu, leh kita jumpa kat ikea cheras ye??

      Delete
  11. Lupa lak nak puji Naim punya hasil kerja tu....mmg cantik, okje suka sebab unik! Elok frame tu AN....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. dalam perancangan nak framekan.. insyaAllah..

      Delete
  12. RM100 lebih banyak tu....nasib baik perasan kalu tak membazir tak pasal2kan... Cantik hasil kerja Naim... cantik masuk fram nanti...

    ReplyDelete
  13. Siapa sangka tangan budak lelaki belum baligh ada imaginasi tinggi Aisy. Cantik sangat tu kalau nak banding usianya. Memang patut diframekan buat kenangan.

    Kes jerebu nasib baik kat JB sekolah tak cuti sebab belum tahap serious. Memang semua tengah periksa sekarang ni Aisy. Kalau tangguh tak tahulah macam mana pihak sekolah nak susunatur balik semuanya.

    ReplyDelete
  14. Mmg risau aisy...risau sakit..
    Cntik hasilnya tu..kreatif
    Hari tu knor pun nk pg ikea..tunda2 lgsung tk pergi..jerebu ni lgi..la

    ReplyDelete
  15. waah dah ada SOHO..bagus3x.
    enSuami saya tak ada lagi..
    thn depan, inshaAllah..Aminn

    ReplyDelete
  16. Banyaknya silap ? Smpi 100 lebih? Huhu..

    ReplyDelete
  17. Hihi...comeeeeel betul budak 2 org tu....gerammmm kite nengok

    ReplyDelete
  18. Ahaaaa... apa kaitan jerebu di luar dengan tanda kertas exam? Hehehe....

    Memang nampak macam sebaya aje budak comel berdua tu. Tapi si comel Nazif lagi hebat. Eksyen ajelah tu ya dengan siput sedut di mulut padahal PapaN yang tolong sedutkan. Eh, AN... saya memang tak makan siput sedut ni! Saya rasa semacam aje tau ...

    ReplyDelete
  19. menarik!
    ada SOHO sendiri.
    aida masih tiada. SOHO ku di mana2 yg available :(

    ReplyDelete
  20. assalam Aisy
    wah Naim mcm nama hubby akak
    amboii terer nya dia kan salute kaknoor, skrg ni duit aalaupun $10 mmg berharga apa lagi $100 lebih tu nasib baik kan..

    ReplyDelete
  21. cantiklah hasil tangan naim tu
    berkenaan saya nengoknya...memang kena frame kan tu cikgu AN
    buat kenangan dak naim tu nanti =)

    pasal siput sedut...dulu suka sangat
    sekarang kalau suh makan...rasa tak lalu pula
    hehe...mengada sungguh kan

    saya ada perancangan nak buat ala-ala soho tu
    tapi hanya perancangan sahaja setakat ni =)

    ReplyDelete
  22. cantik hasil tgn naim..

    ok lah tu kak..ada jugak tempat kerja sendiri..lya xde lg ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1