Rezeki masa kini.

Pandang orang berumah banglo, rumah semi-d, sedangkan kita teres je.. sushhh.. pergi jauh-jauh hasutan syaitan ni. InsyaAllah rezki untuk kita pasti yang terbaik bagi kita.

Rezki masa ke Melaka hujung minggu lepas, dapat cenderamata dari Australia. Ada juga rezki walaupun dah lama tak jumpa, orangnya ke Aus dah hampir setahun. Ditambah lagi rezki menziarahi orang balik dari Mekah, buah tangan dari Mekah dapat lagi. Rezki, rezki, alhamdulillah. 


Kesihatan pun salah satu rezki, nikmat yang Allah bagi kepada kita. Siang semalam cikgu Nazif kirimkan gambar ni. Masa tu elok je dia aktif buat aktiviti di sekolah. Alhamdulillah makin lancar bacaan dalam solat yang Nazif dapat ingat. Baru bacaan yang pendek je ni. Tapi dengan pelatnya tu, kita mampu fahamla dia baca ayat masa rukuk, sujud dan dua surah pendek..Malam pula dah dua malam Nazif demam panas. Merengekla dia bila panas badan.  Hari ni nampaknya kena pontengkan dia, walaupu  dah kebah demam tapi dia tak nak bangun dan nampak mengantuk sangat, kami biarkan dia tidur dulu pagi ni. Moga makin baik anakanda mama ni. Demam nak membesar kot ni. 

Comments

  1. Alhamdulillah....murah rezeki.

    Moga nazif cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Get well soon Nazif....
    Syuuuhhh... pegi jauh2 hasutan syaitan...
    Itu lah kan, ada rumah tempat berteduh pun rezeki juga... Mana tahu ada rezeki akan datang dapat banglo pulak sebiji :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..setiap dr kita dah tertulis rezeki masing2 kan cikgu... hehe.... redha dan terima seadanya...
    moga cepat sembuh Nazif... demam nak membesar kot... pandai Nazif, dah lancar bacaan sholat.. :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..sejuk hati melihat hero2 tu bersolat..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Dah makin bujak si Nazif ni. Bagus juga dihantar ke playschool kecil-kecil lagi. Daripada dok bermain di rumah aje.

    Alhamdulillah sekali lagi, murah rezeki AN. Macam-macam hadiah dapat. Kita ni kalau selalu mendongak ke langit memang tak pernah puas hati, AN. Cuba sesekali melihat ke bawah, barulah terasa betapa bersyukurnya dengan rezeki yang Allah telah beri :)

    ReplyDelete
  7. Tahniah AN dpt buah tgn.. Lbh bermakna bila dpt pemberian begitu dari kita gi beli sendiri kan? Pemberian org besar ertinya pd kita

    Rezeki tiap org berbeza2.. Kita je yg tak perasan yg kita ni amat bertuah dpt ini ini ini dan inj..

    ReplyDelete
  8. Jangan selalu pandang yg atas aje Aisy nanti kita mula lelah mengejar dunia
    Tapi bila kita walau sesekali pandang bawah alangkah bersyukurnya hidup kita ini.
    Tengok bujang-bujang Aisy tu - kakak suka tengok. Sejadah yg diguna sama dgn sejadah kakak pulak tu hihi...
    Moga anakanda Nazif cepat sembuh...

    ReplyDelete
  9. kalau kita banding yang di atas
    memang tak tercapai cikgu AN
    pandang yang lebih bawah dari kita
    baru kita nampak betapa beruntung dan lengkapnya kita =)

    anyway, cantik hadiah tu
    tak nak bagi saya ye..hehe

    moga nazif cepat sembuh =)

    ReplyDelete

  10. betul rezeki Allah dalam pelbagai bentuk

    bagus nazif kt school dah pandai macam2..

    moga cepat sembuh ye nazif

    ReplyDelete
  11. acik pun rumah teres je AN..syukur alhamdulillah kita ada rumah tempat berteduh

    ReplyDelete
  12. rezeki Allah beri dalam pelbagai cara. dapat suami yg baik, anak2 yg sihat dan cerdik, rumahtangga yg sentiasa kecukupan..sentiasa tenang..itu pun rezeki..subhanaallah..

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah
    rezeki dalam pelbagai bentuk
    semoga cpt sembuh ye.. aamiin

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah..rezeki..
    xpelah, bersyukur apa y kita ada kan kak..

    hrp sekarang dh sembuh ye..betol tu kak, kesihatan pon satu rezeki & salah 1 kenikmatan dlm hidup..lya pernah rasainya...

    ReplyDelete
  15. alahai syg syg...
    alhamdulillah.
    rezeki utk kita Allah da tulis.
    tak semestinya yg besar tu bagus. yg byk tu best :)
    yg kita kena bersyukur, apa jua yg kita punya...

    ReplyDelete
  16. Cantik souvenir dr Ostolia tu....olen....dan dan tu rasa bersemangat pagi ni.....

    Gitulah yg namanya rezeki, walau dah lama tersimpan , kalau dah katanya rezeki kita, tetap menjadi rezeki kita juga....

    Alahai .... sejuk perut mama mengandung ni tengok anak rajin solat. Biasalah anak nak membesar ni, demam, sakit mmg jadi teman

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?