Drama Naim

Jenuh mama dan papa mencari laptop mama malam ni. Biasanya kalau bab cari barang, Papa N memang hebat. Tapi malam ni tak juga berjaya cari laptop hitam tu. Padahal bendanya bukan kecil, mulalah naik hairan kami ni. Ke mana pulak perginya. Ingatkan tersalah masuk ke bilik stor, pergi juga jenguk bilik tu. Tak ada tanda-tanda pun ada kat situ.

Dah hampir berputus asa, saya pun panggillah Naim. Dia ni jenis pandai cari barang macam papanya juga. Masa menerima arahan tu, dia turun bawa dan minta papanya carikan. Adoi, terus rasa alahai, ini macam tak adalah harapan nak buat kerja di laptop tu malam ni. Kalau setakat nak berblog boleh guna hp je, tapi ni nak buat kerja sekolah. Maka, saya mula lipat baju, dengan patah hatinya.

Tapi tak berapa lama, Naim naik dengan muka senyum dan hulurkan laptop tu. Bila ditanya, dia bagitahu yang dia sorokkan laptop tu di bawah tempat kami letak modem dan router unifi.. memang tak syak langsung tempat tu. Ayat menyentuh hati yang Naim keluarkan tadi ialah , " Abang tahulah cari sebab abang yang sorokkan. Haritu mama marah abang sebab mama tak sayang abang. Jadi abang sorokkanlah.".

Alahai abang sorang ni. Terus saya teringat malam Jumaat hari tu dia banyak kali kacau masa saya nak meng'homeschool'kan adiknya. Diajak sertai sama-sama bergaduh pula diorang ni masa tu. Dah naik geram, saya marahlah dia. Agaknya masa tulah dia sorokkan laptop saya tu. Terus saya terangkan bukan mama tak sayang dia, tapi apa kesalahan yang dia dah buat masa tu.

Kena lebih berhati-hati lepas ni nampaknya. Kena kurangkan perkara yang buat anak terasa dipinggirkan..pada masa sama tak juga boleh saya nak terlalu manjakan anak.  Banyak benda yang saya kejar seharian, namun yang keluarga perlu diutamakan.

Comments

  1. begitu ye. alahai abg.
    kekadang dia just nak perhatian kot.
    sel-sel sedang berhubung. tu yg jadik drama tu :)

    ReplyDelete
  2. hahaha..Naim..Naim... bijak dia...
    biasa lah anak2 skrg kan.. cepat juga terasa dan ingat apa yg kita kata..samalah dgn bujang sorang sy tu...huhu...
    bab2 mencari barang hilang sy pun failed...asyik tak jumpa klu kena suruh cari brg... babahnya pun sama, kadang gigi palsu pun lupa letak kat mana.. hahaha
    *psst : cikgu dah sekolah erk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. soalan panas ni.. dah lama dh sekolah.. huhu.. xda kes makan gaji buta ye..

      Delete
  3. Alahai Naim... Jujur pula alasannya... Tapi kita yg bergelar mak ni pula yang terasa, kan?
    yang bagusnya, Naim ni jenis yang pandai luahkan apa dia rasa.. Tak de lah dia meragam jer tak tentu hala buat mama dia pening... Good job Mama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. lepas 2 hari dia luah perasaan.. masa ari kejadian tu dia diam2 je sorokkan laptop tu.. saya mmg xperasan langsung..ai, dugaan ya.. kena beringat lepas ni

      Delete
  4. Alahai, syahdu pulak rasa hati bila anak kata begitu.... Geram sangatlah tu sampai disembunyikan laptop mamanya. Kita memang tak pernah tak sayang anak tapi adakalanya mungking perbuatan kita tu nampak begitu pada pandangan mereka. Anak saya yang sulung pun selalu tau kecil hati padahal pada kita takda apa-apa pun. Memang nak kena jaga kata dan perbuatan bila ada anak lebih dari satu ni.

    Bab mencari barang tu, saya ni ada masalah baru AN. Selalu sangat dah letak barang lepas tu terlupa kat mana. Sebab saya memang suka buat kerja serentak semuanya. Baru-baru ni saya beli ubat gigi anak dalam pada mengemas groceries boleh pulak saya letak atas peti sejuk. Puas cari semalaman tak jumpa tapi memang for sure saya ada beli. Nasib baik HD nampak lantas HD yang beritahu. Nasib baik juga saya beritahu saya hilang barang! Itu pun selepas saya beli ubat gigi baru!

    ReplyDelete
  5. hahaha gelak sy baca alasan naik tu..betul kan kadang2 kita tak perasan yg kata2 kita mengundang anak kecil hati..nasib baik dia pulangkan laptop mama dan mengaku..

    ReplyDelete
  6. Mahu pulak dia mengaku dia yang sorokkan.....kira dah tak merajuk lagi dah tu...

    Hish! abang ni... lain kali tak mo main sorok2 barang lagi tau...

    ReplyDelete
  7. Hahahaha..
    Tau pulak Naim, benda tu satu keperluan penting buat Mama.
    Pasni Naim jgn sorokkan lappy lagi ye.... sorokkan kunci rumah plak..biar Mama tak gi work, bleh Naim manja puas2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aip.. apa ni anty Sam..ajar Naim bukan-bukan ni.. kena babap baru tahu!

      Delete
  8. Oh main sorok2 plk ye...
    Mama nk berblog lh naimmm..hihi

    ReplyDelete
  9. Alahaiiii sayu plak baca alasan dia......sedih pon ada...

    ReplyDelete
  10. alahai naim...pandai pula dia ya sorokkan laptop mama.. itulah kan anak2 ni bukan kita tak sayang, tapi mungkin cara kita buat mereka rasa kita pinggirkan mereka, yelah mama pun banyak yg perlu diberi perhatian sampai kadang2 terpaksa ketepikan perasaan anak sekejap...

    ReplyDelete
  11. alahai naim...camtu sekali dia pikir ye

    cam kes saya ni, saya hilang rotan
    saya sekarang cari tak jumpa
    tak de sape pun ngaku...
    padahal rotan tu guna bukan tu memukul pun, menakutkan aje

    ReplyDelete
  12. alahai abg..
    xlist abg dah luahkan pd mama, kan !
    betul tu akak :)

    ReplyDelete
  13. Kikiki.....geram sangat tu nampaknya abang. Sama jer mcm TLBD dulu duly, dia pernah unfriend okje kat Fb, tau AN, sebab okje marah dia rasanya hihi...

    Nantilah sambung balik pak Jilap dah balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah3x. Kesian Mak kena unfriend dengan anak. Rasa macam nak gelak besar jerk tapi takut kecil hati pulak. Hahaha!

      Delete
  14. hahahha..alahai abang.. nk marah pom x jadi mcm ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1