Hari Terbuka Tadika Naim 2015

Rasa cepat masa berlalu bila melalui saat-saat macam ni. Maksud saya bila berhadapan dengan pengalaman membesarkan anak yang sentiasa ada cabaran dan kegembiraannya.
Sebut pasal majlis guru berjumpa ibu bapa atau apa sahaja nama panggilannya ni, lain sikit pengalaman bila saya hadir sebagai ibu bapa walaupun dah saban tahun saya  mengalaminya sebagai seorang guru.

Sebaik sahaja masuk ke kelas Naim, seronok sangat Naim menunjukkan semua hasil kerjanya kepada mama dan papa. Siap tolong ejakan namanya lagi, nak suruh mama prihatin yang bahagian atas tu yang dia punya hasil tangan.

Ceria kerja anak-anak lima tahun ni. Kagumla dengan kegigihan dan kesabaran cikgunya ni..
Bukan senang nak buat budak lima tahun ikut arahan dan buat sekemas ini, kan? Kebanyakan kerja yang ditampal ni semuanya ada 14, jadi nampaknya kesemua rakan sekelas Naim memang berjaya siapkan kerja dengan bimbingan guru.

Papa yang seronok tinjau sana sini tengok persekitaran kelas Naim ni. 

Masa jumpa cikgu pun sama. Macam-macam Papa N tanya. Bagus kan? Saya pula bukan tak nak tanya, tapi dah suami tanya banyak, saya kesianla dengan cikgunya. Muka pun nampak tertekan bila lama masa yang diambil. Haha, layankan jelah sindrom anak sulung ni.. dalam hati saya pula, agaknya inilah sebab bila anak dah masuk sekolah menengah, mak ayah dah malas nak datang, sebab dah bosan datang ke perjumpaan macam ni sejak umur anak empat tahun lagi..haha, teori saya je tu. Bukan apa, seronok tengok situasi di sekolah Naim ni.  Kalau di sekolah menengah, jarang jumpa kedua-dua ibu bapa yang hadir.

Keputusan Naim? Oklah juga walaupun kali ni dah tak semua subjek dia dapat markah penuh. Budak perempuan dapat tempat pertama hingga tiga. Naim pula murid lelaki yang paling tinggi markah. Kira bolehla tu untuk budak 5 tahun. Kan?

Comments

  1. wah... tahniah naim, cantik hasil kerja naim tu,mesti mama bangga tengok hasil kerja naim kan.

    akak ni selalunya en.azmi yang biasa berjumpa dengan guru adam,akak sekalipun tak pernah sellau mengharapkan en.azmi je, haish mama kena pergi pula la lepas ni,nak rasa pengalaman tu pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..kena pergi tu kak.. saya pun kali ni baru duduk betul2, masa tahun lepas saya kat luar, jg Nazif yang nak main kat playground dia..

      Delete
  2. Tshniah nsim
    Betul tu..mls dh nk pg..kecuali yg pnting2lh..harus tunjuk muka.
    Kdg yg besar tu kta tk pyhlh mak...tk dtg pun tk ape...
    Cikgu pun mls dh..haha

    Macam mnalh nk produktif...sabar jelh..kdg mood atas bwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Knor.. haha, betul2.. kalau jg kelas budak pandai, cikgu pun sebenarnya dah malas sebab tak banyak nk cakap pun, budak baik keputusan bagus.. kalau kelas nakal tu, ha banyakla.. tp biasanya yg kelas nakal ni, parents pulak yg tak nak datang..

      Delete
  3. Anak lelaki lambat matured Aisy - so not to worry. Budak lelaki tak belajar pun boleh pick-up berbanding budak perempuan. Sebab itu budak lelaki kalau kecik-kecik dah pandai biasanya sampai besarlah dia pandai... tak sama budak perempuan.

    ReplyDelete
  4. pandai naim.hasil kerja pun semuanya kemas..seronok papa meninjau mutu kerja anak.hehe..

    budak perempuan ni rajinnya lain macam tu yg Sekarang kita tgok mana2 tempat pun girl yg menonopoli tempat pertama..tp Kira naim ni yg terbaiklah kan dikalangan lelaki..tahniah naim dan AN..terus kan kecemerlangan ye naim. belajar rajin2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala PK, markah budak2 tadika ni lebih kurang je.. yang kali ni kira rezeki jugalah, tp budak2 yg lain pun lbh krg je markah diorang..

      Harapnya gtulah. Dah besar pun ok2..

      Delete
  5. Tak.. Aisy.
    Dari ank2 tadika sampai skg naik menengah..
    I tetap rajin dtg sekolah tanyakan perkembangan dorang.. Tugas hanya berakhir bila dorang dah bersuami kot .. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak yg macam Sam ni bagus betullah.. saya suka ni.. entah saya akan rajin mcm ni ke x nanti

      Delete
  6. kalau urusan sekolah anak biasaninya suami saya je yang pergi..saya dok umah je..hehheh..

    tahniah naim..baru 5 tahun..kan?bagi peluang dia main2 dulu..heheh..nanti naik sekolah rendah mesti makin bijak..

    ReplyDelete
  7. Kemaslah kerja-kerja budak 5 tahun macam ni. Malu pulak kita... Hehehe...

    Ahah, dapat jugalah merasa dipanggil ke sekolah sebagai ibubapa ya. Kalau kebiasaannya, AN yang dok menjawab soalan makpak anak murid, sekarang ni turn awak pulak suami isteri dok bertanya itu, ini.

    Sekolah anak saya setahun sekali jerk panggil ke sekolah untuk report card. Masa Abang tadika dulu memang setiap kali exam, kena panggil. Datanglah makpak yang teruja ni nak tahu perkembangan anak sulung katanya....

    ReplyDelete
  8. Wallahhhhh.....lawa hasil kerja....kemas je kannn

    ReplyDelete
  9. pandai nya Naim... kemas & cantik hasil kerja nya tu...sebayalah Naim & my Pae tu...:)

    ReplyDelete
  10. Betul AN....okje pun naik malas nak jumpa cikgu, bukan tak suka cikgu tp malu dengan pencapaian anak, kalau keputusan bagus mungkin seronok kot....yg tak bestnya kalau keputusan kurang memberangsangkan....

    Tahniah Naim.....moga terus kekal cemerlang ye

    ReplyDelete
  11. Pandai naim! Untung dapat hadir mak ngan ayah sekali. Tapi... Kalau Ada aral Tu, nak buat macam mana.

    Cikgu paham Tu.... Parents memang tunggu hari ter buka nak Tanya pasal anak-anak. Macam saya, jarang nak Tanya pasal akademik. Sebab di atas kertas dah tertulis result nya. Saya suka Tanya pasal siapa kawan dia, macam mana aktiviti sosialnya, dalam kelas main ke fokus, cara komunikasi dengan guru...

    Kalau boleh, memang nak Tanya banyak. Tapi... Kita pun faham yang parents lain pun nak bertanya juga. Jadi, ambil masa sorang sikit, jadi la

    ReplyDelete
  12. xpelah naim..asalkan ada peningkatan y bagus,, kg pon baru tadika kan...
    maybe dh rsa ank2 besar, tu bila msk sek men ibubapa dh mls nk layan..tp hopefully, lya xkan mcm tu kot..hubungan ibubapa n guru sgt penting..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?