Mengajar anak berbelanja

Usia berapa ya yang paling sesuai nak ajar anak kita gunakan duit untuk berbelanja sendiri? Saya mula memikirkan macam mana Naim nak belanja kat kantin sekolah bila masuk sekolah rendah nanti? Kawan saya gelakkan saya pulak, katanya bila sampai masa budak-budak ni tahu je apa nak buat. Sindrom mak yang anak sulung baru nak masuk sekolah, katanya.

Al kisahnya hari Rabu yang lalu, giliran saya menghantar Naim ke kelas mengaji. Masa balik tu, Naim ni mulalah nak minta upah. Dimintanya ais krim, alasan dia nak makan bersama-sama dengan adik. Mama pun mulalah tak sampai hati, terfikir kesian adik kena tinggal kat rumah. Masa mama hantar dia asyik kena tinggal je tapi kalau giliran papa yang hantar abang, papa akan bawa kedua-dua sekali.

Saya pulak malas nak menyinggah sebab tengah comot. Mandi pun belum. Pakai pun baju yang sama sejak pagi, tudung pun sangkut je tak ada pin apa-apa, mudah instant shawl pun kalau nak nampak kemas kena pin sikit. Tapi dah Naim ni merengek nak beli ais krim juga, maka saya singgah juga di kedai runcit. Saya hentikan kereta betul-betul depan pintu kedai runcit. Buka beg, keluarkan RM3 dan hulur pada Naim. Ayat saya masa tu, " Kalau nak ais krim abang pergi beli sendiri. Abang pergi ke peti ais krim. Amik 2 ais krim green je. Lepas tu abang bagi duit ni pada uncle, faham?"

Naim jeling pada saya masa tu. " Mana boleh, Naim kan kecil lagi. Naim tak tahu".
Mamanya memang malas betul nak keluar masa tu. Dalam hati saya pada masa yang sama terasa nak uji tahap keberanian Naim ni. Saya pun tutup enjin kereta dan tengok tepat ke muka Naim. " Tengok mama comot ni, mana boleh keluar. Jadi kalau abang nak abang yang kena beli sendiri, kalau tak jom kita balik. "

Naim keluar dari kereta. Saya dah mula yakin yang Naim ni boleh buat. Haha.. ada ke patut kan.. tapi dah alang-alang gitu, nak juga tengok setakat mana Naim boleh pergi. Dalam hati saya berkata, dah ada betul-betul depan kedai je ni, enjin kereta dah tutup, kalau ada apa-apa nanti saya terus je masuk ke dalam. Saya besarkan mata dan bagi isyarat nak balik. Naim agaknya masa tu sedang berfikir nak buat keputusan. Dia jalan sikit ke depan dan tengok lagi ke arah saya. Saya buat isyarat tangan suruh dia masuk lagi sekali.

Dan, betul jangkaan saya. My dear abang ni memang berani. Dia masuk sorang-sorang dan tuju ke peti ais krim. Tapi mamanya pulak, bila anak dah tak nampak di mata, terus lagi masuk ke kedai. Melilau mata cari bujang pujaan ni. Ada rupanya, sedang berusaha nak buka peti ais krim..

Bila nampak muka mama, Naim lak perli saya ," Kenapa mama datang? Tadi mama cakap Naim pergi sorang-sorang? ".. haha.. saya lak terkena.

Patutnya tadi saya tinjau je Naim dari jauh, kan? Ai...tak apalan. Lain kali pulak kita sambung pelajaran kepengunaan ni ya..

#p/s : Naim di usia 5 tahun.

Comments

  1. caya la abg naim, berani!

    bab ajar anak2 berbelanja tu, mmg smpai masanya insyaAllah dia pandai sendiri..tp kalo kita nak pelan2 latih dia pun boleh juga :-)

    **anak sulung biasanya cepat pandai & sangat berdikari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. nampaknya berani juga.. lega saya

      Harapnya gitulah kan. Sampai masa moga ok semuanya

      Delete
  2. Kami train Shashal seawal darjah 1.
    Sbb nk kena beli mknn kantin.
    Tp sejak besar ni, tujuan training tu bukan sbg pembelajaran kewangan, tp lebih kpd pembelajaran percakapan, supaya dia lebih fluent in English.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya boleh slow2 train Naim agaknya ya. Masa ni cepat je berlalu. Pejam celik dah bulan Mei ni..

      Delete
  3. jgn mata aisyh ke lain sudahlah..bahaya tu..sekjp sgt benda kalau nak jadi..
    semangat jer naim pergi kedai ye..
    mesti nak pergi lagi tu,...tapi hati mak2 ni..follow jugalah kan...risau ttp ada..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan.. mmg ugut je lebih, hakikatnya mana sampai hati pun, tetap juga ikut anak tu.. mulalah saya terfikir masa naim tahun 1 nati saya nk cuti dua bulan nak uruskan dia.. haha.. ok tak?

      Delete
  4. hehe, comel je baca entry ni
    insha Allah, anak lelaki
    sifat beraninya mesti hebat :)

    ReplyDelete
  5. anak dara aida umur 10 & 8 thn.
    baru la percaya diorang gi beli brg.
    tu pun aida akan bagi duit cukup-cukup dan parking kereta depan kedai.
    tunggu la sampai dia keluar.
    masa diorang kecik @ 5 thn, x pernah suruh :) hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak plan pun sbnarnya.. asalnya malas keluar.. tp tiba2 dapat idea masa tu.. saya rasa ok je nak ulang lg buat mcm ni dengan syarat park kereta btl2 depan kedai mcm hari tu.. leh nampak naim masuk n keluar..

      Delete
  6. bagus la Naim ni.. semoga bijak menguruskan duit sendiri.
    dlu masa zaman nina brg semua murah2 lagi akak.. skrg dgn gst lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ais krim pun kena gst nina.. akak beli ais krim solero tu ada masanya jadi 1.10 dan ada masa 1.00.. jadi agak2 yang rm1.10 tu apa? Gst la kan?

      Delete
  7. salam,, besar dah anak bujang tu.. dah lima tahun,, tapi rasanya dia tak pandai lagi buka peti ais krem tu heheh,, pandai mama dia ugut kalau tak nak ambil sendiri nak balik,, sebab nak kan ais krem pergi jugalah hahaha,, Insha Allah Aisy Nasiha lama2 dia pandai sendiri tu nanti di sekolah,,^__^

    ReplyDelete
  8. memang nanti naim sendiri akan pandai bila dah selalu praktis. saya pun memang dah biasa kan aiman buat bayaran utk benda yang dia nak beli sejak kecik,tak ingat pulak masa Aiman berapa tahun.5 tahun tu sesuai sangaat la kan. walaupun kita ada sebelah tak salah ajar Cara berbelanja,bagi peluang dia buat bayaran. Pastu boleh juga buat pemantauan dari jauh madam Cara AN ni kanji keselamatan anak diutamakan..tapi bila dah Sekolah nanti dia akan tahu sendiri..kenal je dah expert kira2 n tahu semuanya harga Makanan klu dh hari2 kt kantin.ke AN nak bentokan naim nanti?hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. berbento? Tulah kan, tgk Lya dan lieya Latiff rajin tu berbento.. saya pulak? Tengok keadaan nanti mcm mana.. kalau rajin insyaAllah.. kot2 sebulan pertama je rajin.. hihi..

      Delete
  9. Ingat masa kecil dulu,Sya pandai belanja sendiri dari umur 5 tahun sebab masa tu 4 tahun dah pandai Baca n mengira. So,umy masa tu yakin je bg duit.sbb dia kata Sya tau nak beli apa n harga berapa n baki berapa. Cuma masa tu pandai 10sen sampai seringgit je la..lebih pd tu x pandai Sgt lg.dah darjah 1 baru reti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. bagusnya sya..5 tahun dh pandai...akak xingat dh bila pandai tu semua..

      Delete
  10. Hihi.....amboiiii dan dan dia perli mama dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. naim ni.. bukan malam tu je.. pagi tadi kami lalu kedai tu nk pergi isi minyak, sekali lagi dia tanya, "kenapa hari tu mama masuk juga? Kan mama kata naim je pergi? "

      Delete
  11. Assalamualaikum Adey Manis....lama mak tak menyinggah sejak sejak mood berblog dah merudum ni....

    Ya ya....okje pun kadang tu mls nak menyinggah mana mana kalau pakai comot cenggitu hihi... Sama jer pompuan rupanya ek ...
    Setuju ngan kengkawan ckp tu, sampai masa depa taulah guna duit nanti....cuma ajar jerlah basic basic thing dari sekarang kot.

    Mama yg terlebih risau rupanya ek....hihi....biasalah anak sulung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. sorang lagi yang gelakkan saya ye..

      Delete
  12. hahahah...mama nya pulak yang risau...

    ReplyDelete
  13. assalam akak
    bagus bagus
    nmpaknya naim makin berani
    so, bjaya x naim ambil eskerim tu dan prrgi bayar ke
    mama yg tlg byr juga.. ?

    pppsstt: akak.. hahhaha.nk gelak dulu la boleh.actually pertanyaan akak pasai rania hisap ibu jari kaki tu kan, rania dh hisap ibu jri kaki masa umur 7 bulan.. (16/3/2015)
    kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang akak temankan Naim masa tu, tp akak suruh Naim bayar sendiri duitnya..

      Delete
  14. hai mama lak xsabar nmpaknya..hehe

    ReplyDelete
  15. last2 mama yg risau... lama2 nti Naim pandai lah kan...sy tak ajar lg anak bayar harga mkan..umur pun dah 5 tahun... hehe

    ReplyDelete
  16. Hihihi.. Qila tu walau darjah satu sy asik tny apa dia beli brp dia byr. Bkn dia tau sgt pun. Org x pulang duit dia x kisah pun.

    Klu kat petrol pump mmg sy tak bg dorang beli sendiri. Sy takut org larikan mereka. Bising gak suami.. Tp sy buat bodoh je. Muka sememeh pun sy keluar gak kereta dgn harapan.. Takda lah kot blogger kat area sini. Ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. saya pun sama gak biasanya.. kalau comot keluar juga walaupun ramai jumpa parents r murid2 masa saya tgh comot tu.. malam tu je rasa malas nk layan.. tu yg bg alasan mama comot

      Delete
  17. Kalau tak silap saya masa si Bubbly Abang dalam 5,6 tahun tu saya rajin juga suruh dia pergi kaunter bayar apa yang nak dibelinya. Masa tu dia tak pandai lagi bab-bab duit ni tapi dia pergi juga bayar. Kalau kita bagi RM10, RM10lah dia bagi lepas tu terus jalan. Saya perhatikan aje. Tapi bila dia tak ambil baki, saya pun suruh dia pusing pergi ambil baki.

    Adatlah tu AN kalau emak yang terlebih risau. Saya pun macam tu juga dulu-dulu. Tapi dengan si Adik Cute ni saya kurang sikit risau sebab tengok anak yang kedua ni macam terlebih over berani pulak kadang-kadang. Sekarang ni pun kalau nak beli aiskrim, dia pilih sendiri dan bayar dengan duit RM1 walaupun aiskrim tu harganya lebih. Sayalah tukang bayar baki....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?