Burger sedap di gerai biasa

Akhirnya dapat juga kami merasa burger yang disebut-sebut oleh rakan sekolah. Memang sedap betul burgernya. Patty burger ini dibuat dengan resepi pemiliknya sendiri, rotinya dikukus dahulu masa patty dibakar, ada timun jeruk ala-ala kat McD dan sosnya sesedap rasa. Lupa pula bagitahu pattynya sedikit terasa lada hitam.


Burger yang dimaksudkan ialah Burger Putra, di Putra Height. Lokasinya di tepi 99 Speedmart Putra Height. 
Bab lokasinya ni sedikit tak best... haha, bukan apa, nak menunggu burger ni agak lama sebab pelanggannya ramai masa kami ke sana, jadi budak-budak berdua ni masuk ke Speedmart ni beberapa kali. 

Senarai harganya. Kali ni kami mencuba burger daging dan burger ayam. Gambar burger tak sempat pula nak ambil kerana anak-anak tak sabar nak makan. Dapat je burger tu, terus Naim buka dan makan kat situ je. Alang-alang dah gitu, jadi semua pun buka dan makan kat situ juga. Mujur kat kawasan menunggu ada banyak kerusi dan ada satu tempat duduk yang sesuai. Buat muka tak malu je kami empat beranak makan kat situ. Adik burger tu datang hulur tisu untuk kami lepas tu.

Nampak, gerainya biasa je, tapi sedap burger ni. Patutla lama kami tunggu tadi, ramai yang datang buat pesanan dan tunggu kat dalam kereta. Adik burger ni pergi hantar ke kereta satu demi satu. Lain kali bolehlah datang lagi memandangkan Naim makan cukup berselera. Sebiji burger tu dia ngap sekejap je dan lepas makan terus dia cakap, " burger uncle ni sedapla. Lain kali Naim nak makan lagi ya?". Lain kali nak cuba meetball dia pulak, juga dikatakan sangat sedap. 
Alamatnya ya.. kalau nak terjah.. 

Comments

  1. As salam Aisy
    Sedap tu nmpknya mamanya kena beli lgi ni...
    Sngkn...klu knor bz bugger le penyelmatnya...anak2 tk tolak pyalh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Knor..
      Ha.. betul, mmg kena pergi lagi ni. Anak2 suka.. lain kali boleh pergi awal sikit kot, baru tak tunggu lama..

      Delete
  2. Alamakkk aiii.....buat terliur je akak ni pagi2...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak buyung kena jalan jauh2.. jangan jenguk yang tajuk makanan ni.. kang meleleh air liur...

      Delete
  3. burger pengusaha tempatan lg sdap dari mcD. Hoho

    ReplyDelete
  4. Patutlah ramai yang sanggup menunggu...
    Wah, Naim pun dapat habiskan sebiji burger... Mesti sedap betul ni...

    ReplyDelete
  5. wah naim kata sedap..mesti sedap sungguh ni.. sebab tu ramai yang sanggup menunggu,sedap sangat tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. kalau Naim suka tu mmg kena pergi lagi lah nampaknya.. dia kan memilih, kalau dia makan tu mmg rasa beli.banyak2 pun tak pe..

      Delete
  6. Sedap ye.. Baca pun blh bayangkan kesedapan burger tu AN.

    Wah ada Meatball jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada meatball, juga owner ni buat sendiri.. bukan yg beli siap..

      Delete
  7. AN..klulah dekat area sini dh suruh en suami Cari dah Malam nanti.hahaha..sebut pasal meatball teringinnya..huhu

    mmg berbaloi dtg lagi sbb anak2 suka n puji sedap..budak2 kan mana pandai tipu..sy percaya mmg sedap betul ni..pelanggan pun ramai kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kami pun baru kali ni betul2 sampai, sebelum ni dengar kawan2 duk sebut je.. dah ramai sangat cakap sedap, malam tu memang bertekad nak pergi juga.. malam ni pun ikutkan papa N dia nak ajak g makan burger ni lagi, tapi saya rela masak sb tghari tadi saya makan sikit je.. tgk bahan dalam peti sejuk pun banyak lagi tu..kalau x dah makan burger ni lagi..

      Delete
  8. Kalau anak-anak dah suka, memang boleh datang berulang makan lagilah, AN. Kat tempat saya ni pun ada jual burger kat gerai macam ni. Dari gerai kecil sampai dah boleh beli lot kedai kecil. Yang menjadikan burgernya sedap sebab sos resepi asli tuan empunya itulah. Lupa pulak saya apa namanya gerai ni.

    Nak ke Putra Height memalam macam jauh pulak padahal kalau siang hari tu selamba jerk pergi area sana kalau dah teringin sangat nak jenjalan meninjau kawasan :)

    ReplyDelete
  9. memang nampak sedap burger nya tu... lama tak makan burger... ehhehe

    ReplyDelete
  10. Tadi baru berangan nak makan berger AN....Tengok entri ni tambah membuak buak nak makan .....huhu.

    ReplyDelete
  11. kiranya homemade punyalah ni..cnfirm puas hati

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?