Resepi rendang daging minang

Bersiaran dua kali hari ni demi memenuhi permintaan kawan-kawan yang nak resepi. Haha, gaya macam ramai je yang minta ya? Eh, kalau lebih daripada satu tu kira banyaklah kan? Ok, jom kita tengok bahan-bahannya, ya puan-puan.

Bahan-bahan kisar:
4 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Seinci Halia
1/2 inci Lengkuas
Kunyit
Sesenduk Cili kering
*beberapa biji Cili padi

Bahan lain:
Daging (semangkuk kecil)
Santan (satu mug kecil)
Kerisik (3 sudu besar)
Serai (2 )
Daun limau purut
Daun kunyit
Asam keping
Garam
Gula
1 cawan air

Cara memasak:
Masukkan semua bahan kecuali gula, garam dan kerisik.
Kacau sekali sekala.
Dah mendidih dan kering sikit kuahnya baru tambah kerisik, garam dan gula.
# air masak tu tambah sikit-sikit sebab nak melembutkan daging. Rasanya kalau korang buat lebih santan atau sediakan santan cair, kuah takla cepat sangat keringnya.

Itu jelah, resepi yang tak seberapa daripada saya. Ketaq cheq tau, yang tanya resepi ni PK tau.. chef ni.. PK, dah try nanti pandai-pandaila adjust sendiri ya. Yang saya buat ni hari ni kebetulan menjadi, maklumla amatur tapi main campak-campak bahannya pulak.. haha.. apa pun, dah selamat masuk perut satu menu yang diidamkan sejak minggu lepas. Rasanya sebab sikit kot yang dibuat ni, itu yang rasanya sedap. Kalau banyak belum tentu lagi sedap..

Sebelum terlupa, ada yang bertanya namanya ada minang. Pasal minang ni, saya sebenarnya ikut resepi ayah mentua. Abah buat rendang ikut resepi Padang Bukit Tinggi, itu yang namanya "minang".

Comments

  1. daun limau nipis AN?Akak rase daun limau purut tu..

    ReplyDelete
  2. Good sharing!
    tk sesangatt..senang la nak rujuk bebila nak menerai nanti (entah bila la tu haha)
    baru je baca entri yg ada gambo rendang ni td...tup2 nampak entri resepinya..alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  3. Hai, bersiaran 2kali sehari ke? Ni mesti nak kejar 30 entri sebulan macam orang tu juga *_*

    Tak payah susah hati sampai ketaq lutut AN kalau PK minta resepi. Confirm dia tak ikut dan main campak baling je pastu tayang dalam blog menjadi pulak. Itu jelah yang tak boleh menahan, tersayat-sayat hati ni rasa jealous tau :)

    Saya kena baca entri sebelum ni lah nak tahu macamana rupanya resepi rendang daging minang ni. Saya terbalik dari PK. Tengok resepi yang panjang jerk terus rasa macam nak pitam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, mana lak saya target 30 sebulan entrynya. Kalau dapat 10 pun dah lega sangat tau.. tahun ni memang tak produktif blog saya ni.

      Haha.. ye juga kan? PK ni mana nk ikut apa resepi orang, dia mesti adjust punya.. haha. Ketaq jugala sebab chef yg mintak.. ingat senang ke? Haha..

      Delete
  4. TQ AN resepinya.,rasa macam nak buat esok je,tengoklah esok klu ada kudrat keluar beli bahan.hehe

    sy mmg tak pernah buat rendang..klu kali ni berjaya Kira sejarah lelah tercatat menggunakan resepi dari cukgu AN.tp madam MD mata la..mesti kena adjust ikut tahan yg ada..klu daun kunyit n daun limau purut takde, rendang jugak ke namanya?haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. bangganya saya kalau tetiba Chef PK masak rendang dengan resepi saya ni..
      Yang wangi masa masak tu sebab ada daun2 ni lah.. kalau xda takla kuat bau agaknya..

      Delete
  5. thanks sharing an
    rendang aroma daun limau purut
    memang best
    cicah pulak dengan lemang
    fuhh sedap nyoo :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kalau ada lemang tu dh macam raya lak kan? Tapi bila akak sebut lemang ni ....ai.. tetiba teringin pulak

      Delete
  6. ooo sebab ade cili padi tu yeak aisy...tu jadi rendang minang kan....lieya penah mkn kawan org nogori bawak...kaler rendang pun lain sebab kuning....pedas berapi tapi sedap gileeeee..... bahan semua ade tu dlm esbok..tgl cari dauh kunyit ngna daun limau ajek tu...leh le try nanti....

    tq for sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. dah buat minggu lepas tu resepi ni ke? Rajin tul lieya.. kalau saya ni teringin dah lama, buatnya beberapa minggu kemudian.. huhu

      Delete
  7. rendang juga yang paling sedap

    ReplyDelete
  8. Eh nape mak tak tau ni......ni mesti sebab mak dah banyak sangat tertinggal cite awak kan AN.....
    Bapak mertua awak mmg terer masak yer AN.... Kalau dia dtg rumah tak seram ke awak nak masak?

    Okje tak pandai buat rendang.....buat selalu tak menjadi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Mula2 tu seram gak Okje.. dah 6 tahun ni saya dah otai.. saya masak je ikit kemahiran sedia ada saya. Tp kalau ada anak2 lain selalunya yang masak abah.. haha.. mana sama air tangan abah diorang dengan chef amatur mcm saya ni kan?

      Delete
  9. tak sabar nak cuba ni..sodapp suka rendang daging :)

    ReplyDelete
  10. Waaa bleh la cuba raya nt. Tq Aisy.

    ReplyDelete
  11. hai sedap juga ni...akak tak pernah masak rendang letak daun limau purut,biasanya akak letak daun kuniyt je,nanti boleh juga akak cuba nih

    ReplyDelete
  12. Suka rndang
    Nti knor nk cuba versi cikgu plk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan tu kalau master chef nk cuba buat versi saya ni.. hihi..

      Delete
  13. Btul.. saya rajin sikit buat pun sebab alasan yang sama ni lah.. kalau kena tumis itu ini.. agak tak berapa nk rajinla..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?